Tuesday, May 31, 2011

ENTRI UNTUK TATAPAN ASBEN TERSAYANG - SILA RUJUK AYAT TERAKHIR

Ok dah selamat nikah.
Cukup kuota.
Sape?
Korang tengok sini je la. Aku pon tengok sini je tadi. Thanks K Jee!

caaayang anje abang mmuuuah - gambo credit to K Jee

Tapi sian Emi (nama manja binik abang Salih yang nomor empat).
Honeymoon angkut semua ye.
Isk isk isk... SEMUA ikut ye?
Isk..isk..iskk..
Balik Mesia honeymoon kat umah je le. SEMUA tu takde, baru best ye dak Emi?!

Isk isk isk abang Salih..

Payung emas? Takpe terima kasih la tapi takpe, ai tak nak.. betul ni, ai tak nak..





MARI MAKAN PARU LEMBU SEBAB AYAM DALAM PETI AIS DAH HABIS

Semalam pening-pening pon masak tetap masak.
Teruja tengok blog CikIna yang menggugat level pahala pose aku semalam, aku pon nak tempek gambo kuali beserta lesung batu ku untuk tatapan ramai.

Korang nak resepi penuh jangan tanya la.
Aku men campak je. Tak pernah sukat der.

Sebab tu kot aku masak selalu tak sedap HAHAHAHA (font gelak sengaja dibesarkan).

Sape ada paru lembu dalam peti es?
Sape ada suun ngan fucuk dalam lemari dapur?
Sape ada rutbir A&W ngan ais krim dalam freezer?

Yang takde pi cari resepi kat blog lain.

Tengok gambo je le. Senang benor.


Menu 1:
 PARU GORENG CILI TIRU MACAM CIKGU PUZIAH








 Menu 2:
 TUMIS SUUN & FUCUK TIRU MACAM IJAZAMBRY






 
 Dessert:
FLOAT KEGEMARAN BOS GENG SEMUT BESARR






Lepas masak, lepas makan, suh bibik kemas dapur okey!
Tima kasih bibik!!





Monday, May 30, 2011

SEBAB-SEBAB AKU PENING KEPALA SANGAT MASA TAIP ENTRI NI:

1- Malam semalam jam 1 sampai 3 pagi Mikail ajak main ketuk tutup botol sampai ngantuk (T_T)

2- Aku puasa arini. (ganti ye, ganti. bukan sunat. kalo sunat aku tak bagtau korang)

3- Tadi keluar ofis tengahari buta Ya Allah - PANASSSSSSSS! (ye aku tahu neraka lagi panas..huhuhukk)

4- Blogspot mengonsss!! kejap leh login kejap takleh GERAAMMMMM! (tapi aku kedekut nak ambik domain sendirik. redho je la)

Citer pasal Blogspot.

Hari Jumaat lepas, malam lepas Isya' aku nak up satu entri untuk wiken tapi tak boleh login Blogspot.
Aku pakai Musang Berapi jadinye teringat nasihat sape ntah kat blog mana ntah supaya try login guna Gugel Krom (bunyi cam rim tayar je).
Ok aku try login masuk Krom.
Berjaya yeyy.
Best gak guna menda baru, lalu ku godek-godek la Krom ni tengok ape yang best.
Sudahnya entri tak siap, aku pi blogwalking dulu.
Banyak blog best nak follow tapi kotak follower ilek. Hampeh kan?

Aku masuk balik ijazambry.blogspot nak draft entri dan aku perasan ni.



Uik. Menarik. Aku klik 'Translate'.

Tunggu beberapa minit je (translator pakcik gugel ni leh tahan lak lajunye).

Tadaaaaa!

before

after


Hehehe.. Inglish edukesyen itu penting kan pakcik Gugel?

Tengok bloglist aku..


MakDaraTerdiva, BenAshaari, CikMatGebu, KakJee, BangkuKosong - perrhhh internasionale!

Sekian terima kasih.



Nota pening: mode tuan kemah dah kelaut sebab pening.

Nota tak pueh hati Mr Semtz: congrats Barca

♫ Glooory glory..... ♪..... (fade...)



Friday, May 27, 2011

EPI BESDAY EICHA CAYANG!! SEMOGA MEMBESAR MENJADI ANAK YANG SOLEHAH YE BAMBAM!

HAPPY 2ND BIRTHDAY EICHA!! (dan time kasih pakcik gugel!)


Hari ni 27 May besday anak buah aku, Eicha!!
Anak sulung kepada adik Mr Semtz.
2 tahun dah umurnya. Petah dan peramahnya ya Rabbi, memang senang dibawak sesiapa je.
Eicha! namo ikot owang tak kenai tauu! Caaaayang dia! Muah muah!

Esok kami ke Nilai umah parents in law aku jumpe Eicha nak polok-polok dia bagi hadiah! :-))

budak bambam yang petah cakap German sedang melakonkan aksi atuk baca paper



Dan.. aku teringat pada arwah Daris.

Dulu aku boyot kan si arwah, Mummy Eicha boyotkan dia - dua-dua menantu pompuan parents in-law aku memboyot hehehe.
EDD (Expected Due Date) arwah Daris dulu 29 May 2010.
2 tahun dah abang si Mikail.

Alfatihah buat sayang mama dan papa Muhammad Daris.



Jadi entri emo lak.
Jap nak basuh muke ayor mate dah menitik tetiba.






ADA TOYOL DALAM RUMAH AKU? TOK TOK TOK TOK...

Salam Jumaat korang!
Malam tadi malam apa? Yeee, malam dimana TV menayangkan citer-citer seram belaka.
Malam Jumaat memang mintak mahap le aku nak tengok TV3 ke, Ria ke, Prima ke, Oasis ke, NTV7 ke... Aku akan setia dengan channel 701 Astro je layan CSI.
Haah memang ponnn aku penakut.

Aku tak paham la nape malam Jumaat je sinonim ngan hantu.
Yang aku tahu mak aku ajor, malam Jumaat roh atuk nenek yang meninggal akan jenguk keluarga depa ni. Jadi ahli keluarga ni bagi la buah tangan Yasin kat depa untuk bawak ke 'sana'.
Roh ngan hantu sama ke?
Hantu tu bukan jin ke?
Roh tu pulak sesuatu yang Allah rahsiakan dari manusia jadi takde siapa tahu sebenarnya perihal roh & alamnya melainkan yang dicatatkan dalam Al-Quran sahaja. Wallahualamm. Kalo salah betulkan aku ek.

Tapi dok aku cuba menafikan kaitan hantu dengan malam Jumaat ni (ye ye aku tahu malam Jumaat sinonim ngan yang 'tu' gak. ini blog rating 'U' ye. jangan konar), malam tadi aku ter'kena'.

Citer nye begini...

CSI baru je abih. Mr Semtz dah hanyut. Mikail pon dah lama hanyut.
Jam Blackberry aku dah tunjuk kui 11 lebih.
Aku ingat nak tunggu si Mikail bangun untuk susu kui 11 dia tapi dianya dah sampai Hong Kong kot..

nyenyak zzzzz


Takpela aku biarkan, nyenyak benor dia tido.
Aku pon senang hati, terus tarik selimut nak ikut anak aku belayar ke Hong Kong gak, kebil-kebil 4067392 kali aku pun hanyut zzzzzzzz....

Tiba-tiba aku jumpa bos aku. Baju dia kelakor sangat - kemeja petak-petak hijau lengan panjang tak tuck in, seluar 3 suku kaler coklat. Iskk kang ada award ceremony kat lobby ofis ni takkan bos nak pakai gini macam Bangla outing tengok wayang hari Ahad je!
Oit bos! Seme director kena pakai baju company la bos. Takkan nak attend award ceremony pakai seluar 3 suku cenggitu bos! Kang Presiden marah kat saya bos! Jap saya pegi hantar driver amik baju biru company bos tukar ye! Iskk sempat ke ni, alamak driver aku punye nombor henpon mana pulak? Takkan aku kena drive pi umah bos amik baju dia! Kang telefon ofis berbunyi sape nak angkat? Hah hah panik panik!
Tiba-tiba..

Tok tok tok tok tok...!


Tok tok tok tok tok!

Uik? Bos ketuk pale aku ke?

Tok tok tok tok..!

Aku pegang pale, ok je.

Tok tok tok lagi.

Eh? Ni bunyi betui ni.
Tok tok tok...!
Aku terbukak mata luas! Errkk.. malam Jumaat!

Tok tok tok tok....!

Halaaa... bunyi dari bilik air laaa..
(teori aku bila takut di tengah malam - tengok manusia lain di sekitar anda kot ada yang sedang jaga boleh ajak borak)

Jadi aku pun pusing ke kanan nak tengok Mr Semtz.

Aik??

Aku bingkas bangun, tengok ke arah bilik air.

Dalam samar-samar aku nampak kelibat kecik!

Ada TOYOL KECIK TENGAH MAIN GENDANG!

Aku pun capai Blackberry - SNAP!




kemain laju tangan si'toyol' ketuk 'gendang' aka bekas susu



HAH!! KANTOI!

errk!

Apa ko buat tu sayang oiii berderau darah mama tau! Iskkk..

Sebenornya masa aku pusing kanan tu aku perasan Mikail takde kat sebelah aku!



Malam Jumaat la sangat!



Nota tumit: ada award ceremony kat ofis aku pagi ni dan aku dari petang semalam  takut bos lupa nak pakai baju company yang disediakan walhal aku dah ingatkan dia tapi semalam dia sibuk sangat sampai aku tak sempat nak ingatkan dia sekali lagi jadi malam tadi aku tido dengan kerisauan bos aku pakai baju petak-petak ke ceremony tu nanti  :-)






Thursday, May 26, 2011

MAIN KASAR NAMPAK!

Salam Khamis kat korang semua! Eeee suke le tu esok dah Jumaat ekk :-)
Ye, masa berlalu terlalu cepat sekarang ini, ececehh ayat drama Yusup Haslam pulak.
Betul kan, rasa cepaaat je masa berjalan (cemana pulak aku tahu masa 'berjalan', tak merangkak ke, berenang ke, terbang ke, merapu jap..).
Tetiba aku rasa seriau pulak bila tengok cepat sangat Mikail membesar depan mata ni.

Yep, aku nak citer pasal anak aku pagi ni.

Baru je berumur 10 bulan ari Isnin 23 May ni, hero aku dah terer:
 - merangkak: both gear R & gear D
 - duduk sendiri
 - minum dari cawan biasa
 - menghabiskan bubur nasi semangkuk PENUH (3/4 je kalu, dia jerittt!) . 2 kali sehari ye (ikut sapee la pelahap ni hehehe)
 - paham bila kata 'no,no,no,no!' tiap kali dia jilat lantai, jilat sofa, jilat dinding (manis gamaknye umah aku)
 - 'tegur' orang, especially kawan baik dia - Mujamil 16 bulan dok umah sebelah. cara dia tegur 'hah! hah!'
 - merajuk!
 - main bola dengan tangan (train hari-hari nak bagi setarap Messi derr heheh)
 - makan pisang! ko bagi sesikat pon abis kot. dia akan makan selagi ko suap pisang lenyek kat dia (ikut sapee la anak onyet ni hehehe)
 - cium sesapa bila kata 'sayang..sayangg' TAPI bila papa dia kata gitu dia tolak muke laki aku tu hahaha tu laaa malas lagi shave janggut tu tajam der! cara dia cium - dia rapatkan muka ke muka kita sooo sweeet!
- senyum gatey (haisyy nak wat cemana dah senyum copycat senyum aku hahaha aku gatey ke?)

Sekejap je aku rasa dia dah macam bukan baby yang baring, tido, minum susu je sepanjang hari.
Sekarang ni pantang letak je atas lantai, abis le lantai tu dia tawap. Nak-nak ada mainan dia. Memang dikejornya la menda tu sampai jemu.
Dah jemu dia jerit. Sabo je kan perangai!

Aku kadang-kadang terfikir perlu ke aku tetapkan satu cara untuk mendidik dia - samada kasar atau lembut.
Tengok kelasakan dia memang tak sesuai langsung la dengan cara aku belai-belai dia macam aku belai anak patung Barbie errr 25 tahun dulu (aku main Barbie umur 10 tahun - haa kire laaa umur aku tak kisaaah)
Mr Semtz lak suke gunakan pendekatan kasar dengan Mikail.
Di gomol-gomolnya budak tu tak kira sikenit tu terjerit-jerit meleding-leding badan marahkan papa dia.
Aku yang tengok mesti marah Mr Semtz.
Aku takut kalo dibiasakan budak tu dengan rasa marah, perlakuan dia nanti kasar.
Contoh, kadang-kadang ada jumpe kan, budak kecik yang marah balik makpak dia bile dia kena marah dengan depa. Hohoooo aku tak boleh tengok situasi tu weh, rase nak tampor je anak orang tu. Kecik mecik!

Pastu Mr Semtz suka biarkan anak dia tergolek jatuh terhantuk lantai terlanggar dinding, 'Biar dia kuat' katanya. Hisyy aku seriau la. Tulang dia bukannya kuat lagi. Nak bagi budak tu lasak sangat pon rasanya tak sesuai lagi ngan umur dia. Pada aku dah masuk setahun lebih tu boleh la nak golek terlentang bagai.

Cemana korang didik anak ye?



Ada muke 'jinak' ke? Tengok tahap blur gambor ni pon dah leh agak betapa tak diamnye budak ni.






Wednesday, May 25, 2011

SENGAL PUNYE BUDAK!

(credit to Yahoo email)


Adeh laaa..


Kepada cekgu-cekgu di luar sana, selamat bertugas dengan tabah ye!



ATUK JIMMY CHOO TENGOK PON NANGES TAU!

Brand cap ayam harga RM49.90

Mulut kiri tahap makcik-makcik (lebor!)

Mulut kanan masih dara (malu-malu!)  

Ce korang bayangkan.
 - Kasut ni aku beli hari Isnin 23 May masa balik dari klinik lepas check jari kaki aku yang lebam
    (usia kasut = 3 HARI)
 - 3 hari ni aku pakai kat ofis SAHAJA
    (takde nyer aku nak bersoping sakan seret kaki lebam show off kat orang der!)
 - Peratus penggunaan kasut ni di ofis cuma berkisar sekitar 15% SAHAJA
    (ke toilet, surau, bilik bos sebelah ni je)

Berbaloi ke RM49.90 aku?
HAMPEH.
Mana pegi nilai duit sekarang?

Jap nak cari dalam longkang..



P/S: ada ke sore sumbang kata aku jalan ganeh? haaa sebelum ada, ko pikir ye, lojik ke aku yang bengkak jari kaki ni nak jalan ganeh-ganeh? aku beli kasut ni pon sebab kaki sakit dowh, tsk!



BUAT YANG DOK JIWA KACAU TAK ABIS-ABIS TU TOLONGGGG LAH BACA NI

Dari Minda Tajdid

MENCARI PENAWAR DUKA, PENGUBAT SENGSARA
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?

Sebahagian ujian itu, jika diukur dengan akal insani, seakan tiada lagi baginya jalan keluar. Warna kegelapan kadang-kala merangkumi segala penjuru, hanya Allah sahaja yang mampu mengeluarkan insan dari keadaan yang sedemikian. Kadang-kala pula insan terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit, tidak mampu ditolak oleh dirinya yang kerdil. Namun, insan yang beriman yakin bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh menukar segala keadaan. Menggantikannya dengan lebih baik yang tidak disangka. Memindahkan duka kepada bahagia dalam pelbagai rupa dan warna.
Persoalannya, bagaimanakah caranya agar Allah Yang Agung melimpahkan rahmatNya lalu menurunkan pertolonganNya. Ya, memang insan disuruh berdoa dan merintih kepadaNya. Namun apakah caranya agar mustajab lalu Allah membawanya keluar dari daerah duka kepada daerah sejahtera atau bahagia? Apakah ungkapan yang meredhakan Tuhan al-Rahman yang menjadikanNya dengan pantas mendengar rintihan insan?
Insan perlu sedar, antara penghalang rahmat Tuhan kepadanya adalah dosa dan kesalahannya. Dan, setiap insan pula tidak terlepas dari salah dan dosa. Sehebat mana pun, sealim mana pun dia, insan tetap insan, terdedah kepada dosa. Jika tidak anggotanya, mungkin dosa jiwa atau hati nurani yang sombong dan bongkak, atau hasad atau sangka buruk dan pelbagai lagi. Percikan dosa sentiasa ada. Ia penghalang cahaya indah syahdu antara nurani insan mendampingi Allah untuk menjadi kekasihNya. Maka, doa sentiasa diganggu oleh dosa. Apakah penawar yang menerangi jalan agar doa itu sampai kepada insan dengan pantas dan mustajab?Jawapannya ialah taubat dan ‘istighfar’ iaitu kembalikan kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya. Dengan jujur, dengan luhur, dengan kusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagian hidup. Itulah janjiNya: (maksudnya)
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepadaNya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)…” (Surah Hud: 3)
Janji Yang Pasti
Setiap kita pernah melalui duka dan sengsara. Kita mencuba perbagai ungkapan dan doa agar Allah mendengar rintihan kita. Ya, doa itu senjata. Namun, di sana ada satu pemohonan yang jika dibuat oleh insan dengan keikhlasan jiwa, pengharapan dari lubuk jantung hatinya maka Allah akan mendatang pelbagai kebaikan lain kepadanya. Dikeluarkan dari kesempitan hidup, diberi kurnia rezeki dan anak, kebahagiaan jiwa dan ditambah kekuatan dan pertolongan.
Inilah janjiNya dalam al-Quran. Bukan janji yang diadakan oleh sesetengah buku doa, atau bicara tokoh-tokoh agama yang kadang-kala mengada-adakan pelbagai doa ‘sendirian berhad’ mereka yang entah dari mana dikutipnya. Tidak! Ini adalah jaminan langsung dari Allah dalam kitabNya. Apakah pemohonan itu? Pemohonan ialah doa agar Allah S.W.T mengampuni dosa. Apabila ia dilafazkan dengan ikhlas dan jujur. Sebanyak-banyaknya. Dengan kekerdilan diri, tunduk dan insaf, maka keajaiban pertolongan Allah pun akan datang dalam pelbagai rupa dan cara. Inilah janji dalam banyak ayat dalam al-Quran.
Firman Allah menceritakan nasihat Nabi Nuh a.s. kepada kaumnya: (maksudnya)
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai” (Surah Nuh: 9-12).
Pelbagai Kurnia
Inilah janji Allah kepada yang berikan kepada sesiapa yang beristighfar dengan ikhlas. Atas lisan Nabi Nuh a.s. Allah berjanji untuk menurunkan hujan rahmatNya, dibanyak rezeki dan anak, diberikan harta yang berharga dan subur. Maka, yang beristighfar dengan penuh ikhlas sebanyaknya, akan menikmati peruntukan ini. Kekurangan hujan, harta, anak, kesuburan dan segalanya penawarnya ialah ‘istighfar’.
Dalam Miskat al-Masabih ketika membahaskan hadis istighfar, diriwayatkan seseorang datang kepada al-Imam Hasan al-Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu jawab Hasan al-Basri: Beristighfarlah. Datang yang lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang yang lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang pula yang lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: Beristighfarlah. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama bagi soalan yang berbeza. Katanya “Ini bukan pendapatku, inilah yang Nabi Nuh a.s sebut” –lalu beliau membaca ayat di atas.

Mengelakkan Bala
Allah juga menjamin bahawa Dia tidak akan mengazabkan insan di dunia ataupun di akhirat kita insan itu benar-benar beristighfar kepadaNya. Hambatan dan ketakutan terhadap dosa dapat dibentengi oleh istighfar yang ikhlas. Inilah janji Allah. Dia Maha Benar janiNya. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka sedang engkau (wahai Muhammad) ada antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar” (Surah al-Anfal: 33).
Inilah janji Allah. Dalam ayat ini; kewujudan Nabi s.a.w dan kewujudan istighfar menghalang azab Allah. Adapun Nabi s.a.w baginda sudah tiada dalam kalangan kita, namun istighfar terus ada jika kita mengamalkannya. Wahai jiwa yang dihambat dosa! Beristighfarlah sebanyak-banyaknya nescaya diselamat dari bala dosa. Wahai yang takut ditimpa bala! beristighfarlah.

Ditambah Kekuatan
Gelora hidup kadang-kala amat menakutkan. Ia memukul insan dari sudut yang diduga dan tidak diduga. Jika hanya bergantung kepada kekuatan diri semata, insan akan terkorban dan tidak akan berdaya. Ganasnya lautan hidup hanya dapat dihadapi dengan kekuatan kurniaan Allah. Firman Allah: (maksudnya)
“(Kata Nabi Hud) dan Wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian taubatlah kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu (yang sedia ada)”. (Surah Hud: 52).
Dengan tambahan kekuatan dari Allah dan bantuanNya insan merasai kekuatan dalam menelusuri permusafiran di dunia yang fana ini.
Maka membanyakkan istighfar adalah penawar hidup. Betapa banyak kisah insan-insan yang Allah berikan pelbagai kurnia disebabkan mereka membanyakkan istighfar. Betapa banyak hamba-hamba Allah yang diselamatkan dari pelbagai kesusahan, diberikan ketenteraman jiwa dan pelbagai pertolongan berkat keikhlasan istighfar mereka. Setiap insan yang beristighfar dengan ikhlas sebanyak-banyaknya pada sesuatu hari akan merasai kesyahduan ruhnya. Allah akan membuka ufuk akalnya. Dia akan alami kekudusan jiwa, kesegaran minda dan merasai perdampingan dengan Allah.
Tapi syaratnya, hendaklah istighfar yang ikhlas. Bukan yang hanya ‘berlagu’ dimulut tapi kontang jiwanya dalam mengharapkan keampunan Allah. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) menceritakan bahawa bagaimana beliau apabila menghadapi masalah, beliau akan beristighfar sehingga seribu kali atau lebih, di mana sahaja beliau berada; di masjid, di pasar, di pusat pengajian sehinggalah beliau dapati Allah lapangkan dadanya dan tunaikan hajatnya. (lihat: Ibn ‘Abd al-Hadi, al-‘Uqud al-Durriyah, 21. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).
Marilah kita banyakkan istighfar, ia adalah penawar. Istighfar adalah penyembuh derita jiwa seorang hamba. Ia membawa kurnia Allah yang disangka dan tidak disangka. Maka datanglah rezeki, kebahagiaan dan pertolongan. Hiasilah kepahitan hidup dengan istighfar, nescaya kita akan merasai kemanisan dan kelazatan berada di persada alam yang sementara ini.


DOA HARD & DOA SMART!

Hari ni aku nak kongsi menda ni je ngan korang.
Dipetik dari Minda Tajdid.

**************************************************************

Soalan: Saya mudah kecewa. Apabila saya doa, saya rasa doa saya Allah tidak akan terima. Saya dah minta doa macam-macam, tapi banyak benda yang minta itu tak berlaku seperti yang diminta. Kadang-kadang sehingga saya rasa macam tidak larat hendak berdoa. Tolonglah saya Dr!

Wardini, Kuala Kangsar.

Jawapan Dr MAZA:

Saudari, semoga Allah merahmati kita semua. Untuk menjawab kemusykilan saudari itu, saya nyatakan seperti berikut:
1. Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepadaNya, hendaklah ia dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya.
Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah. Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan: (maksudnya)
“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).
Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah, kita menghampiri pintu kemakbulan.
2. Bersangka buruk kepada Allah seperti menganggap Allah tidak akan terima doa adalah perasaan yang salah dan perlu dibaiki. Bagaimana mungkin Allah menolak doa, sedangkan Dia yang memerintahkan kita berdoa kepadaNya. Firman Allah:
(maksudnya): “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).
FirmanNya juga: (maksudnya)
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).
Doa yang dilakukan dengan penuh penghayatan pasti diterima Allah. Itulah jaminan Allah sendiri.
3. Maka seseorang hamba yang berdoa hendaklah dia penuh dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doanya. Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa sahaja yang ragu-ragu terhadap penerimaan Allah. Sabda Nabi s.a.w:
“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
4. Namun, waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam ilmu Allah. Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya. Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam berdoa. Sabda Nabi s.a.w :
« Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah ». Ditanya baginda : « Apa itu tergopoh-gapah ? ». Sabda baginda : «Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa » (Riwayat Muslim).
5. Cara bagaimana Allah memustajabkan sesuatu pengharapan atau doa hamba itu juga berbeza-beza. Mungkin tidak seperti jalan yang disangka hamba yang berdoa itu, tetapi Allah sesuatu yang lain yang lebih baik untuknya. Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar atas andaian dengan kekayaan itu maka dia akan bahagia.
Namun Allah mengetahui tentang hal hamba tersebut yang mana kekayaan besar boleh memudaratkan iman atau persekitarannya yang lain. Allah mungkin menggantikan kekayaan yang besar itu dengan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh dan keluarga yang bahagia. Kesemua itu membawanya mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut. Sabda Nabi s.a.w :
« “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).
6. Doa tidak sia-sia. Doa adalah lambang pengabdian diri seorang hamba Allah kepada Allah Yang Maha Agung. Sebab itulah berdoa kepada selain Allah, sekalipun memohon kemustajaban dari nabi atau wali adalah dianggap sebagai syrik. Sementara berdoa kepada Allah adalah ibadah. Ertinya, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadah selama sejam. Jika dia berdoa sepanjang malam, bererti dia beribadah sepanjang malam. Sabda Nabi s.a.w :
“Doa itu adalah ibadah” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Adapun berdoa selain Allah pula adalah syirik dan memusuhi penyerunya pada hari Kiamat kelak. Firman Allah: (maksudnya):
“Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka” (Surah al-Ahqaf, 5-6).
7. Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.
Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan.
8. Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim. Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.
9. Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepadaNya.

**************************************************************


Tuesday, May 24, 2011

LAGI DUA BULAN GENAP SETAHUN?! ULP! CEPATNYA MASA BERLALU

aaa? mama nak syaye posying atash kusyi ni? cannew?

errrr..canner mama? syaye tak weti aarr! gaye syupan encem kew?

syupan canni bole?

wat muke syuke? haaa sengehhhh!! heheee


dah ke mama? dah? okeyy!


Pakcik IKEA, ce tengok ce tengok anak teman ni weh!
Tak bekenan ke ngambik jadi model kusi POANG mike ni!
Shooting kat Sweden?
BOOOLLLEHHHHHH!!! (verangans hiks!)




haisyyy kecoh arr mama ni owang syuke dok gini laaa






50 HENGGET JADI 2000 HENGGET

Assalamualaikummm korang. 3 hari tak hapdet.
Rindu tak? Rindu tak? (aku muntah sendiri dulu)

Acik capek der wiken lepas punye penangan.
Penangan apa? Penangan pakcik IKEA  uuuuuu.. abes tau bajet larik woo.
Tapi.....! Hati senang bunge-bunge riang tengok ini barang-barang.
Moh cekidaut gambor-gambor berikut!
(maseh capek untuk menaip jadi ku tepek aje gambor ye kawan-kawan)

Hasil tuaian 3 jam dalam ladang pakcik IKEA


Bukan sotong sumbat mahupun tin sardin tapi keadaan keta ku yang kena dera


Kusi baca paper untuk Papa!

Kusi bergosip untuk Mama dan tetamu. Yang kenit tu untuk Mikail nyebuk gosip sekali







Niat ASAL ke IKEA - cuma RM50. Sudahnye? (rujuk gambar atas) , terbang RM2K (T_T)



Pengajaran untuk diri sendiri: Jangan pegi IKEA dengan kad kredit!


Dan dek kerana kecapekan juga maka Tuan kemah telah tergelincir dari tangga umah lalu mencacatkan pemandangan kaki kiri diri sendiri (sile kesian dengan berkata aloloooo siannye..)

Jari kecik kakiku yang BUKAN kena make up ala smokey eyes okey


Friday, May 20, 2011

ABANG NAK KAWEN LAGI? SABAR..!

Ada ke orang Malaysia yang tak tahu lagi citer Salih Yaakub nak genap kuota?
Sana sini paper heboh weh laaa makin glemer ko Pak Salih!

Aku yang tak gemor sangat citer kawen banyak ni pon terkena tempias tadi!
Uikk??

Err, jangan gabra ahli keluarga ku sekalian.. hehehe Mr Semtz masih di takuk kemampuan SEorang isteri sahaja (oucchh! heheh sowi B, kalo u terasee baca ni hehe)

Tempias nya begini... tengah aku sibuk meminjamkan telinga untuk sesi gosip mak-mak dara di opis ni tadi, terdengar le satu suara nyaring (nape makcik2 suke cakap ngan sore nyaring ek?) wat satu ayat penyata yang merenggut jiwa halus ku ececeee..

  "Salih tu anak dah ramai kan? Kalo bini-bini dia semua TAK BOLEH BERANAK, aku paham la nape dia kawen banyak! Isskkk tak paham aku!" 
(sape suh ko paham cikkak? ada exam pasal Salih Yaakub ke ko kena amik?)


Fakta: 
Suami yang isterinya sukar untuk mengandung boleh kahwin lain tanpa perli / kutukan orang keliling


(T_T) kan?

Tapi Alhamdulillah aku & Mr Semtz insyaAllah takda perang baling pinggan mangkuk hempas pintu baling henpon cakar dada tarik rambut korek mata putar tengkuk (isk brutal imejinasi aku) dek kerana Mr Semtz baru pasang niat nak pasang bini baru sebab anak.
Err aku yang suh dia kawen lagi ada la! Hehehe.

Tapi tipu la kalau aku kata rumahtangga aku tak berkocak waima sedikit pun dek isu anak ini. Gaduh-gaduh, majuk-majuk normal tu ada la. Selalunya aku la yang bangkitkan isu kawen ni. 
Betul tak tipu aku penah suruh dia kawen lain. Siap aku suh dia cari calon sendiri lagi (uwaaa)
Aku baik hati? Hmmm bukan isu baik hati atau jahat hati. Aku rasa waktu tu lebih kepada KECEWA kot. 
At the verge of giving up. Sape yang penah rasa macam aku childless for almost 10 years, tahu la perasaan pompuan macam aku ececece mode sedih pulok ek hehehe.
 
Tetapi aku bersyukur amat ya Allah, kami diberi KESABARAN yang cukup untuk mengikat kuat jodoh ini.

Rahsia rumahtangga bahagia - SABAR!

Kalo tak sabar?
Baca ni ayat Zizan RL : Sabar sabur tak sabar masuk kubur! Pis!






 

Thursday, May 19, 2011

MULUT MAMA MASIN? MULUT OPAH LAAAAGI MASIN!

Sebelum balik Stewan ari tu mak tanya aku, Mikail pandai apa dah?
Aku jawab la, duduk dan merangkak masih gostan lagi.
Mak kata, haaa takpe balik umah opah nanti Mikail leh merangkak ke depan dah.

Masin tau itu mulut!

Pejam celik pejam celik, lepas 4 hari bercoti-coti makan tido makan tido kat Stewan, kitorang pon balik Shah Alam.
Kat umah malam tu Mikail main-main dengan mainan dia atas lantai cam bese (mainan lazim Mikail adalah dua ketul menda yang dipegang kiri kanan kemudian dilaga-laga untuk menghasilkan bunyi).
Dah agak boring dia duduk lama-lama ketuk 2 ketul toy blocks, Mikail start ubah posisi merangkak. Aku offer botol Minute Maid Pulpy (tak tau nape dia suke benorr botol minuman yang ini). Biasa la rasuah dia ngan menda feveret dia nak latih dia merangkak kedepan ke arah aku.

Tiba-tiba..
Hah! Uh ah uh aah uh ah! Dengan muncung panjang, air liur meleleh, Mikail MERANGKAK ke depan ke arah aku nak capai botol feveret dia.
Sekelip mata je camtu! Macam magic okeh!
Alalalalaaaaaa! Anak mama dah boleh merangkak KE DEPAN yeayyyy!!!
Kitorang seme eksaited terjerit-jerit tengok dia lajuuu je ke depan.

Tapi.. HAHAHAHAHA!... nape ko merangkak cam PELIK sikit eh?
Lawak tau cara Mikail merangkak!

Korang imejin ye.
Biasa budak merangkak lutut tu yang disorong ke depan selang seli kiri kanan kan?
Mikail punye version - dua-dua lutut disorong kedepan at the same time! Tangan dia kiri kanan ke depan kuat menarik badan, mengheret lutut/kaki. Kalo tengok dari belakang comey je 2 tapak kaki dia selarii je tak macam kalau merangkak normal, tapak kaki tu akan kedepan kiri kanan selang seli! Iskk susah aku nak explain laa tapi, PELIK! Comey siut! Hahahah!
Nanti kalo dapat amik video aku post kat sini.

Tapi pepe pun, kata-kata mak-mak ni memang ibarat doa la.

Hmmm... nanti nak suh mak cakap gini la,
"Haaa Mikail umur setahun nanti dapat adik ye!"

Boleh?

Hehehehehehehehe..

budak yang nak masuk 10 bulan minggu depan :-)



Wednesday, May 18, 2011

BEN ASHAARI JADI REFEREE - BLOGGER LELAKI vs BLOGGER POMPUAN

nak join lawan2? SINI

Soalan cepumas Ben Ashaari:
SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI  ?
Jawapan dari hati sanubari tuan kemah:
Setuju!
Ini sebenarnya taktik psikologi orang Melayu dulu-dulu nak bagi anak lelaki rasa macam mana nak tanggung anak orang. 
Dah lumrah manusia, nak buat apa juga kena bersuruh. Sama la kes nak tanggung anak orang ni. Kalau tak mula dari waktu si pengantin lelaki masih lagi bawah suruhan mak ayahnya, ingat mudah ke dia nak berinisiatif sendiri cari duit tanggung majlis kahwin (hantaran). 
Walaupun zaman sekarang sama-sama cari rezeki, tapi dalam Islam - lelaki adalah ketua keluarga dan tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga adalah SUAMI, bukan isteri . 
Jadi penyediaan wang hantaran ni ibarat 'training' untuk bakal-bakal ketua keluarga ni.


~ Ayat entri ku kali ini amat condong ke arah ayat pakai spek tebal rambut belah tepi (skema) kan? :-) ~

MIKAIL DI RUMAH OPAH STEWAN - EPISOD 2 : ANGKER...? HEHEHE

Sambung cerita dari SINI

Okay, tips yang selalu aku guna pakai bila balik dari mana-mana pon dengan Mikail:


Sebelum melangkah masuk ke dalam rumah, baca 'ayat penggerak' (tengok gambar kat bawah) 3 kali dan ludah ke kiri sekali, bagi salam dan langkah masuk kaki kanan:


Si bibik punya petua pulak agak pelik tapi bak kata dia "Mujarab buk!"
Caranya? Agak ekstrem dan eyuwwwwww! Sorry ye kalo ayat acik kat bawah ni detail sangat sampai ada yang 'segan' nak baca. Anggapla ini ilmu untuk dikongsi bersama..

Untuk anak lelaki, si emak perlu buat. Kalau anak perempuan, si ayah.
Buat begini ye:
Sebelum bergerak balik dari mana-mana tempat dikhuatiri ada yang bakal mengikut si anak, si emak/ayah pi lari tempat selindung sikit, letak tangan sebentar kat dalam seluar dalam (lebih tepat di kawasan tuuuttt). kemudian dengan tangan itu usap muka si anak 3 kali sambil selawat.

Rasional cara sebegini? Kita dengar penjelasan bibik. Silakan bik!

Bibik: "Ya, emangnya antu-antu ini idak gemar sama baunya itu la buk. InsyaAllah majarab ya anak saya dulu pun begitu lah, nangissss aja, kok saya sapukan begituh nahh senyep!"

Sape nak cuba, silakan.

Sambung cerita malam si bibik kena tindih tu.
Dia sebenarnya tidur dengan mak aku dan adik aku, Mak Su si Mikail.
Jadinya, lepas dia dapat gigit tangan 'si misteri', dia terus beristighfar kuat.
Adik aku terkejut masa tu baring sebelah bibik tengah men SMS, tak tido lagi.
Lepas dengar citer bibik dia pun seremm terus takleh tido lena. Dah la tak lena, tengah mamai tido tu terasa nak shishi le pulok. ye la, sape tido ngan mak aku kena kulit tebal wo - mak aku tido bermandi angin sejuk ekon brrrrrrr...
Jadinya si Mak Su pon teragak-agak la nak pi toilet yang memang bersambung je dalam bilik tido tu. Dek tak tahan sangat dia pon gagahkan diri masuk le toilet.

Nak jadi cerita, pintu toilet tu ada langsir (ye, mak aku sangat suka pakaikan baju kat pintu-pintu dan tingkap-tingkap rumah supaya tak nampak bogel).
Masa si Mak Su ni nak tutup pintu toilet, kesan tarikan dan tolakan angin + graviti + kelajuan pintu, ada la sikit hujung langsir yang tersepit celah pintu. Si Mak Su perasan tapi terus je dengan agenda utama dia masuk toilet tu.

Dok ralit lepas dendam, tiba-tiba..

Jeng jeng jeng.. kain langsir yang tersepit tu tiba-tiba DITARIK dari luar!

Ulpp!

Si Mak Su dalam hati dok berdoa laa ada mak atau bibik yang tolong tarik.
Keluar dari toilet dengan rasa berdebar..
Mak aku & bibik tengah nyenyak TIDO!
Halaaaaa..!
Tak cakap banyak, si Mak Su tarik selimut selubung dengan dada berdebar kencang.
Siapakah?
Adakah?

Pagi esoknya, lepas bibik bercerita kisah angkernya, si Mak Su bukak cerita. Bulat mata kitorang ternganga dengar citer langsir.
Tetiba adik aku yang lagi sorang - Mak Yang si Mikail bersuara,
"Tu AKU laa. Malam tadi sakit perut gile! Nak masuk toilet tiba-tiba ada orang plak! Terpaksa aku pi toilet dapur ni tau. Suruh Ajib (asben) teman tunggu luar pintu huhuhu!"

HAHAHAHAH! Legaa!

Tapi pastu mak aku pulak,
"Eh tapi mak bangun awal pagi tadi sebab rasa panas. Tengok-tengok ekon dengan kipas dua-dua OFF. Mak tengok kome berdua (bibik & si Mak Su) elook je selimut! Kome ada tutup ke?"

Si Mak Su & Bibik: GELENG kepala.

Haaa!!! Sape tutup?? Aiyyokkk!

Si Mak Yang bersuara lagi,
"Ala mak, ekon tu memang kitorang selalu letak timer tu pasal dia OFF sendiri!"

HAAHAHAHAA! Adehh.. memang lega mak aku.

Tapi.. tu ekon?
Kipas yang tertutup tu?
Takde pasang timer rasenyer.
Hmmmmm... aiiyokkkkk...

Kawan' si bibik tu kott.. kan?









SAPE NAK BELI SONY CAMCORDER MODEL DCR-SR47 - UMUR DEKAT 2 TAHUN - GUNAPAKAI KURANG DARI 10 KALI - CONDITION MACAM BARU - TAK TIPU!



 HARGA?

RM600 sahaja


Sape minat nak beli, sile email Tuan Kemah > ijazambryatgmaildotcomdotmy




Sape beli, dapat FREE GIFT !!



TARAAA!! Ni memang tak pernah guna langsung. Masa beli camcorder atas tu dapat free.

MIKAIL DI RUMAH OPAH STEWAN - EPISOD 1 : ANGKER

Salam semuaaa, lama tuan kemah menyepikan diri kan kan?
Jalan-jalan balik kampung lerr dah cuti-tak-berapa-panjang yang sengaja ku panjangkan semalam hehe.

Balik kampung Stewan kali ni dengan Mikail yang dah mula kenal stereng kereta dan kenal erti jemu duduk dalam kereta berjam-jam. 2 jam pertama still menten ensem anak mama, masuk je jam terakhir, dia dah melalak nanges tak cukup tido haisyy.. Sebelum gerak memang dah tido lena siap suap nasi bagai, nak bagi dia kenyang & segar dalam kereta. Tapi tu la, dok berayun lam kereta tu dia ngantuk balik tapi dok tahaan mata takmo pejam sebab eksaited tengok kereta kiri kanan.
Miakil kalo dah melalak memang bingitnye ya Rabbi. Bibik sampai terpaksa hayun-hayun ala-ala nek buaian dalam kereta nak tidokan dia masih tak mau jugak budak panjang tu tido. Menjeritnya macam kena dera dengan kitorang je dalam kereta tu.
Sudahnya dia penat mengangis gamaknya, mama peluk sambil zikir sambil tengok keta lalu berdesum kiri kanan sudahnya lena gak dalam pangku mama kat seat depan. Hmm anak..anak.. beli car seat canggih manggih untuk safety dia, sudahnya berpangku jugak dengan aku kat sebelah papa yang tengah drive. Aku tak suke sebenornya pangku dia dok depan sangat tapi terpaksa rela la jugak.

Kat umah mak aku tercengang-cengang jap dengan opahnye sebab lama tak jumpa hehehe. Mak aku pulak nanges syahdu tengok cucu dah besor panjang setelah sebulan lebih tak jumpe. Mikail tengok opahnya nanges, dia pon nanges jugak ahahah apadaaa!

Ok, tamat la adegan tanges nanges siang hari. Malamnye pulak nak tidokan Mikail sambil tepuk-tepuk bontot, dan dia pon dah mula layu mata nak tido... tetiba - UWAAAAAAA!
Adehh, nanges la plakk..tune nanges pon len macaam je. Aku tau dah. Tune nanges terkejut tengah tido ni nanges sebab yang 'itu'. Hmm aiseehh.. aku terlupe nak baca ayat masa masuk umah mak siang tadi. 'Ada' la yang mengikut dalam perjalanan tu. 
Mr Semtz pon apa lagi, azan kat telinga Mikail la. Lagi kuat la jeritnya sambil tolak badan papa yang dok dukung dia, badan plak dok hala kat aku suh aku dukung. Mak aku pun masuk bilik baca selawat Syifa dengan Lau Anzalna. Mak aku nak dukung dia tak mau jugak.
Aku pulak kumat kamit baca ayat Kursi, Al Fatihah ngan 3 Qul. Meleding-leding badan si Mikail atas dukung aku. Tak mau jugak reda nanges Mikail. Kesian aku tengok dia. Basah muka dia dengan air mata, air hingus, air liur, dengan merah padam muka nya aduhh.. sedih aku tengok. Mr Semtz mula baca Yassin kat dalam bilik tu, aku pulak tak diam-diam henjut-henjut pujuk Mikail.

Dah agak setengah jam tak reda gak nangesnya, bibik pulak jenguk ke bilik. Si Mikail nampak bibik dia terus nak bibik dukung. Bibik aku pun apalagi, capai gendong kain batik ala Indon dia dan dodoikan si Mikail. IDibawaknya Mikail ke bilik mak aku sebab mak aku rajin baca Al Quran bilik tu.
Tido.
Alhamdulillah.
Malam tu kami tido bilik mak aku. Mak aku dengan bibik plak tido kat bilik yang sepatutnya kami tido malam tu.

Pagi esoknya, bibik aku mengadu,
"Buk, saya pulak kena gangguannya si Mikail!"
Laa, malam tu rupanya si bibik baru 5 minit tido, datang 2 'ekor' bentuk pompuan tindih kaki tangan dia sampai tak boleh bergerak. Mulutnya pulak kena tekup dengan tangan 'pompuan' tu sampai bibik gigit tangan tu baru dilepasnya dan dapatle bibik mintak tolong kat mak aku. Haisyy.. saboo je la.

Malam esok nya mak aku pasang CD ayat Al-Quran sepanjang malam. Alhamdulillah takde apa gangguan lepas tu.

Sebenornya aku selalu amal satu ayat ni tiap kali bawak Mikail berjalan kemana-mana. Mikail ni jenis yang senang kena 'ikut'. Berkenan kut.
Bibik pon ada bagi aku satu petua nak elak budak-budak nanges kena sakat kalo pi memana.
Aku cerita pasal tips ni kat entri lepas ni okeh.

P/S: pagi esoknya sebelum bibik cerita pasal dia kena tindih aku ngan mak sembang pasal Mikail taknak ngan kitorang lepas nampak bibik. Kata aku, "Mikail taknak papa sebab dia azan, mama ngan opah plak dua-dua baca ayat Quran, bibik je tak baca ayat ape2, tu yang 'menda' kat Mikail tu nak kat dia kot".. hehehe. Dan sebab tu jugak ke bibik je yang kena 'kacau'? Wallahua'lamm.

Mikail tido lena di atas katil opahnya - malam kedua di Stewan


Thursday, May 12, 2011

BIARLAH MALAM JUMAAT INI MENJADI RAHSIA KITA SYY..

Jam sekarang 10:31PM

Mikail dah zzzzzzz

Bibik Mikail dah zzzzzzz

Papa Mikail dah zzzzzzzz

Mama Mikail?

Syyy...



Mr Semtz dapat free dari ofisnya hari ni..


Aku dah tak beli cookies femes ni dah, sebab ada alternatif lagi best kat sini.

Tapi ini biskut free... :-)

Ini rahsia kita berdua malam ni ye.. syy..

Dah. Pi tido.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggal Link Kat Sini Ye!