Wednesday, May 18, 2011

BEN ASHAARI JADI REFEREE - BLOGGER LELAKI vs BLOGGER POMPUAN

nak join lawan2? SINI

Soalan cepumas Ben Ashaari:
SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI  ?
Jawapan dari hati sanubari tuan kemah:
Setuju!
Ini sebenarnya taktik psikologi orang Melayu dulu-dulu nak bagi anak lelaki rasa macam mana nak tanggung anak orang. 
Dah lumrah manusia, nak buat apa juga kena bersuruh. Sama la kes nak tanggung anak orang ni. Kalau tak mula dari waktu si pengantin lelaki masih lagi bawah suruhan mak ayahnya, ingat mudah ke dia nak berinisiatif sendiri cari duit tanggung majlis kahwin (hantaran). 
Walaupun zaman sekarang sama-sama cari rezeki, tapi dalam Islam - lelaki adalah ketua keluarga dan tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga adalah SUAMI, bukan isteri . 
Jadi penyediaan wang hantaran ni ibarat 'training' untuk bakal-bakal ketua keluarga ni.


~ Ayat entri ku kali ini amat condong ke arah ayat pakai spek tebal rambut belah tepi (skema) kan? :-) ~

8 respon yang Tuan Kemah dah baca:

Cik Ina Do do Cheng said...

hapa cite, ada perempuan yang sanggup buat pinjaman loan perbadi share ngan bakal suami tuk wat hantaran. cam ni tak boleh jadik, cam mana kita nak up kan kaum perempuan. apa pendapat tuan kemah? sekarang cik ina plak soal .

Ija Zambry said...

tuan kemah punye pendapat la kak cheng, itu pompuan sangat mulie niatnya.. tapi tak membantu suaminye menjadi suami terbaik jadi dia ni ibarat api dalam sekam.
errr betui kaa peribahase ku ini aishh..
kesimpulannya, kite bako! kite bako! bole jawapan gitu? (mode nak balik umah dah ni)

k.h.a.l.i.l.a said...

salam. singgah sini bc pendapat ^^

Rai said...

elok jugak kalau pengantin perempuan contribute jugak agar pihak lelaki tak tertekan..after all diorg da nak jadi husband and wife kan..

tapi janganlah sampai nak buat loan bagai..nanti anak da masuk lima pun loan utk hantaran tak habis bayar lagi..sapa yg nak jawab..

kesungguhan seseorang tu jgn dinilai dengan wang ringgit yg dia mampu sediakan..

Ourkizuna desu

Ija Zambry said...

khalila - tq singgah!

rai - tu la kan. pendapat masing2 la. tapi mengikut pemerhatian tuan kemah yang masih mentah di dunia fana ni, kaum lelaki ni naik lemak bila dimanjakan. lagipun, muslimin ni leh kawen sampai 4. kalo 4 kali kawen, 4 org bini tong-tong hantaran, tak ke memudahkan depa tu huhuhu. terabai anak bini kalo lagu tu. deshou? (nihondaisotsu kan?)

Rai said...

betul ija..kalau dah nak berbini lebih dari satu..tak payah la bini tolong nak tongtong duit hantaran. arienai gile..haha..

lainla kawin kali pertama..tak semestinya kita sapot sikit tu maksudnya kita manjakan diorg.. cuma bertolak ansur..

yap yap..ija dai mana? saya saitama dai..

Ija Zambry said...

rai - hehe tolak ansur tu lah kelemahan org pompuann huhuhu.
haah yamaguchi dai. rai ni pangkat kohai saye kuttt. sotsugyou thn berapa? saya 2000. zaman 'morning musume' baru nak menggedik kat tv hehehe.
saitama ermmm sape yek batch saya kat sana x ingat la.

Rai said...

bertolak dan beransur2..huhu..

haah..kohai..saya muda remaja lagi tahun 2000 tu..hahaha..baru abis spm..

zaman saya kat nihon moning musume dah meroyan..hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggal Link Kat Sini Ye!