Thursday, May 19, 2011

MULUT MAMA MASIN? MULUT OPAH LAAAAGI MASIN!

Sebelum balik Stewan ari tu mak tanya aku, Mikail pandai apa dah?
Aku jawab la, duduk dan merangkak masih gostan lagi.
Mak kata, haaa takpe balik umah opah nanti Mikail leh merangkak ke depan dah.

Masin tau itu mulut!

Pejam celik pejam celik, lepas 4 hari bercoti-coti makan tido makan tido kat Stewan, kitorang pon balik Shah Alam.
Kat umah malam tu Mikail main-main dengan mainan dia atas lantai cam bese (mainan lazim Mikail adalah dua ketul menda yang dipegang kiri kanan kemudian dilaga-laga untuk menghasilkan bunyi).
Dah agak boring dia duduk lama-lama ketuk 2 ketul toy blocks, Mikail start ubah posisi merangkak. Aku offer botol Minute Maid Pulpy (tak tau nape dia suke benorr botol minuman yang ini). Biasa la rasuah dia ngan menda feveret dia nak latih dia merangkak kedepan ke arah aku.

Tiba-tiba..
Hah! Uh ah uh aah uh ah! Dengan muncung panjang, air liur meleleh, Mikail MERANGKAK ke depan ke arah aku nak capai botol feveret dia.
Sekelip mata je camtu! Macam magic okeh!
Alalalalaaaaaa! Anak mama dah boleh merangkak KE DEPAN yeayyyy!!!
Kitorang seme eksaited terjerit-jerit tengok dia lajuuu je ke depan.

Tapi.. HAHAHAHAHA!... nape ko merangkak cam PELIK sikit eh?
Lawak tau cara Mikail merangkak!

Korang imejin ye.
Biasa budak merangkak lutut tu yang disorong ke depan selang seli kiri kanan kan?
Mikail punye version - dua-dua lutut disorong kedepan at the same time! Tangan dia kiri kanan ke depan kuat menarik badan, mengheret lutut/kaki. Kalo tengok dari belakang comey je 2 tapak kaki dia selarii je tak macam kalau merangkak normal, tapak kaki tu akan kedepan kiri kanan selang seli! Iskk susah aku nak explain laa tapi, PELIK! Comey siut! Hahahah!
Nanti kalo dapat amik video aku post kat sini.

Tapi pepe pun, kata-kata mak-mak ni memang ibarat doa la.

Hmmm... nanti nak suh mak cakap gini la,
"Haaa Mikail umur setahun nanti dapat adik ye!"

Boleh?

Hehehehehehehehe..

budak yang nak masuk 10 bulan minggu depan :-)



10 respon yang Tuan Kemah dah baca:

alyyani said...

setuju2, kata2 ni ibarat doa. kalau kita selalu cakap tak elok, niat la tu, mak selalu marah. mujur mak kita positif kan :) gud job mikail :)

Cik Ina Do do Cheng said...

Tahniah anak ko dah merangkak tunggu dapat adik je.tolong up video, cik ina tak dapat imagine, dah tua ni makin benak.

zuwaidah said...

comelnya...mesti seronok kan dah boleh merangkak..nanti siap ler habih rumah mikail tolong kemaskan hehehehehehe

makdara TERdiva said...

anak yg sulong msti eksited giler :)

Ija Zambry said...

alyyani - betui betui.. dan baru terbaca kat fesbuk sape ntah pasal doa mak yang tengah marah lagi cepat makbul.. wallahualamm

kak cheng / cik ina - eh eh tua kerr. hehe. tu laa xsempat la capai kamera dok eksaited. try mlm ni.

k zu - ah xsempat merangkak ni pon dah di 'mop'nye lantai ni dengan mulut dia kak!

mdt - ofkosss! hehe.

gedek! said...

Cik Ina Do do Cheng : Tak baik cakap diri sendiri 'benak'

'Sengal' lebih manja....

Kakzakie said...

Masuk Blog Cik Ina DDC jumpa ija. Nampk pulak Mikail. Oh... baru pandai nak merangkak, tak lama bertatih, berjalan dan masa tu tak terkejar....

Cik Ina Do do Cheng said...

gedek sengal tu sama ngan benak ke?

Ija Zambry said...

kakzakie - salam kenai kak! jemput la masuk. cekodok belum goreng saye kat opis lagi ni heheh (kantoi!)

err sengal ngn benak tu sama la kak cheng. sengal tu 'lembut' sikit.

Cik Ina Do do Cheng said...

ija ko tak bangun tidur lagi ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggal Link Kat Sini Ye!