Showing posts with label Misc. Show all posts
Showing posts with label Misc. Show all posts

Friday, June 3, 2011

SENANGNYA NAK DAPAT PAHALA DARIPADA ALLAH YANG MAHA PENGASIH MAHA PEMURAH.

Salam bulan Rejab!

Hari ni banyak keje sket so takleh citer panjang, jom kongsi info ni.


KELEBIHAN BULAN REJAB

Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.

1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

6. Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

7. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

8. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

9. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

10. Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

11. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

12. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

13. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

14. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

15. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

16. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

17. Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

18. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

19. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

20. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

21. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

22. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

23. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

24. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

25. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

26. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)

27. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

28. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

29. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya
REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.


Renung-renungkan dan selamat beramal~!


Wednesday, June 1, 2011

SEBAB HARI NI HARI SUSU MAKA ENTRI INI PUN PASAL..

Cerita susu lagi.

Susu tepung Mikail = RM154.90 = 3 minggu

Ya Allah, hamba redha dengan rezeki susu dari badan hamba untuk anak hamba hanya sehingga umurnya 3 bulan. Murahkan lah rezeki hamba supaya anak hamba tidak terhenti rezekinya dengan susu yang hamba beli ini.
Amin ya rabbal aalamin..



RM154.90 boleh beli ini.

jawapan kepada soalan ' hadiah besday apa ko nak tahun ni?' (pic credit to crocs.com)

Tsk.

Kenapa la susu budak mahal sangat sekarang ni. Grrrr.....





Tuesday, May 31, 2011

ENTRI UNTUK TATAPAN ASBEN TERSAYANG - SILA RUJUK AYAT TERAKHIR

Ok dah selamat nikah.
Cukup kuota.
Sape?
Korang tengok sini je la. Aku pon tengok sini je tadi. Thanks K Jee!

caaayang anje abang mmuuuah - gambo credit to K Jee

Tapi sian Emi (nama manja binik abang Salih yang nomor empat).
Honeymoon angkut semua ye.
Isk isk isk... SEMUA ikut ye?
Isk..isk..iskk..
Balik Mesia honeymoon kat umah je le. SEMUA tu takde, baru best ye dak Emi?!

Isk isk isk abang Salih..

Payung emas? Takpe terima kasih la tapi takpe, ai tak nak.. betul ni, ai tak nak..





Monday, May 30, 2011

SEBAB-SEBAB AKU PENING KEPALA SANGAT MASA TAIP ENTRI NI:

1- Malam semalam jam 1 sampai 3 pagi Mikail ajak main ketuk tutup botol sampai ngantuk (T_T)

2- Aku puasa arini. (ganti ye, ganti. bukan sunat. kalo sunat aku tak bagtau korang)

3- Tadi keluar ofis tengahari buta Ya Allah - PANASSSSSSSS! (ye aku tahu neraka lagi panas..huhuhukk)

4- Blogspot mengonsss!! kejap leh login kejap takleh GERAAMMMMM! (tapi aku kedekut nak ambik domain sendirik. redho je la)

Citer pasal Blogspot.

Hari Jumaat lepas, malam lepas Isya' aku nak up satu entri untuk wiken tapi tak boleh login Blogspot.
Aku pakai Musang Berapi jadinye teringat nasihat sape ntah kat blog mana ntah supaya try login guna Gugel Krom (bunyi cam rim tayar je).
Ok aku try login masuk Krom.
Berjaya yeyy.
Best gak guna menda baru, lalu ku godek-godek la Krom ni tengok ape yang best.
Sudahnya entri tak siap, aku pi blogwalking dulu.
Banyak blog best nak follow tapi kotak follower ilek. Hampeh kan?

Aku masuk balik ijazambry.blogspot nak draft entri dan aku perasan ni.



Uik. Menarik. Aku klik 'Translate'.

Tunggu beberapa minit je (translator pakcik gugel ni leh tahan lak lajunye).

Tadaaaaa!

before

after


Hehehe.. Inglish edukesyen itu penting kan pakcik Gugel?

Tengok bloglist aku..


MakDaraTerdiva, BenAshaari, CikMatGebu, KakJee, BangkuKosong - perrhhh internasionale!

Sekian terima kasih.



Nota pening: mode tuan kemah dah kelaut sebab pening.

Nota tak pueh hati Mr Semtz: congrats Barca

♫ Glooory glory..... ♪..... (fade...)



Friday, May 27, 2011

EPI BESDAY EICHA CAYANG!! SEMOGA MEMBESAR MENJADI ANAK YANG SOLEHAH YE BAMBAM!

HAPPY 2ND BIRTHDAY EICHA!! (dan time kasih pakcik gugel!)


Hari ni 27 May besday anak buah aku, Eicha!!
Anak sulung kepada adik Mr Semtz.
2 tahun dah umurnya. Petah dan peramahnya ya Rabbi, memang senang dibawak sesiapa je.
Eicha! namo ikot owang tak kenai tauu! Caaaayang dia! Muah muah!

Esok kami ke Nilai umah parents in law aku jumpe Eicha nak polok-polok dia bagi hadiah! :-))

budak bambam yang petah cakap German sedang melakonkan aksi atuk baca paper



Dan.. aku teringat pada arwah Daris.

Dulu aku boyot kan si arwah, Mummy Eicha boyotkan dia - dua-dua menantu pompuan parents in-law aku memboyot hehehe.
EDD (Expected Due Date) arwah Daris dulu 29 May 2010.
2 tahun dah abang si Mikail.

Alfatihah buat sayang mama dan papa Muhammad Daris.



Jadi entri emo lak.
Jap nak basuh muke ayor mate dah menitik tetiba.






Wednesday, May 25, 2011

SENGAL PUNYE BUDAK!

(credit to Yahoo email)


Adeh laaa..


Kepada cekgu-cekgu di luar sana, selamat bertugas dengan tabah ye!



BUAT YANG DOK JIWA KACAU TAK ABIS-ABIS TU TOLONGGGG LAH BACA NI

Dari Minda Tajdid

MENCARI PENAWAR DUKA, PENGUBAT SENGSARA
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?

Sebahagian ujian itu, jika diukur dengan akal insani, seakan tiada lagi baginya jalan keluar. Warna kegelapan kadang-kala merangkumi segala penjuru, hanya Allah sahaja yang mampu mengeluarkan insan dari keadaan yang sedemikian. Kadang-kala pula insan terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit, tidak mampu ditolak oleh dirinya yang kerdil. Namun, insan yang beriman yakin bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh menukar segala keadaan. Menggantikannya dengan lebih baik yang tidak disangka. Memindahkan duka kepada bahagia dalam pelbagai rupa dan warna.
Persoalannya, bagaimanakah caranya agar Allah Yang Agung melimpahkan rahmatNya lalu menurunkan pertolonganNya. Ya, memang insan disuruh berdoa dan merintih kepadaNya. Namun apakah caranya agar mustajab lalu Allah membawanya keluar dari daerah duka kepada daerah sejahtera atau bahagia? Apakah ungkapan yang meredhakan Tuhan al-Rahman yang menjadikanNya dengan pantas mendengar rintihan insan?
Insan perlu sedar, antara penghalang rahmat Tuhan kepadanya adalah dosa dan kesalahannya. Dan, setiap insan pula tidak terlepas dari salah dan dosa. Sehebat mana pun, sealim mana pun dia, insan tetap insan, terdedah kepada dosa. Jika tidak anggotanya, mungkin dosa jiwa atau hati nurani yang sombong dan bongkak, atau hasad atau sangka buruk dan pelbagai lagi. Percikan dosa sentiasa ada. Ia penghalang cahaya indah syahdu antara nurani insan mendampingi Allah untuk menjadi kekasihNya. Maka, doa sentiasa diganggu oleh dosa. Apakah penawar yang menerangi jalan agar doa itu sampai kepada insan dengan pantas dan mustajab?Jawapannya ialah taubat dan ‘istighfar’ iaitu kembalikan kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya. Dengan jujur, dengan luhur, dengan kusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagian hidup. Itulah janjiNya: (maksudnya)
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepadaNya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)…” (Surah Hud: 3)
Janji Yang Pasti
Setiap kita pernah melalui duka dan sengsara. Kita mencuba perbagai ungkapan dan doa agar Allah mendengar rintihan kita. Ya, doa itu senjata. Namun, di sana ada satu pemohonan yang jika dibuat oleh insan dengan keikhlasan jiwa, pengharapan dari lubuk jantung hatinya maka Allah akan mendatang pelbagai kebaikan lain kepadanya. Dikeluarkan dari kesempitan hidup, diberi kurnia rezeki dan anak, kebahagiaan jiwa dan ditambah kekuatan dan pertolongan.
Inilah janjiNya dalam al-Quran. Bukan janji yang diadakan oleh sesetengah buku doa, atau bicara tokoh-tokoh agama yang kadang-kala mengada-adakan pelbagai doa ‘sendirian berhad’ mereka yang entah dari mana dikutipnya. Tidak! Ini adalah jaminan langsung dari Allah dalam kitabNya. Apakah pemohonan itu? Pemohonan ialah doa agar Allah S.W.T mengampuni dosa. Apabila ia dilafazkan dengan ikhlas dan jujur. Sebanyak-banyaknya. Dengan kekerdilan diri, tunduk dan insaf, maka keajaiban pertolongan Allah pun akan datang dalam pelbagai rupa dan cara. Inilah janji dalam banyak ayat dalam al-Quran.
Firman Allah menceritakan nasihat Nabi Nuh a.s. kepada kaumnya: (maksudnya)
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai” (Surah Nuh: 9-12).
Pelbagai Kurnia
Inilah janji Allah kepada yang berikan kepada sesiapa yang beristighfar dengan ikhlas. Atas lisan Nabi Nuh a.s. Allah berjanji untuk menurunkan hujan rahmatNya, dibanyak rezeki dan anak, diberikan harta yang berharga dan subur. Maka, yang beristighfar dengan penuh ikhlas sebanyaknya, akan menikmati peruntukan ini. Kekurangan hujan, harta, anak, kesuburan dan segalanya penawarnya ialah ‘istighfar’.
Dalam Miskat al-Masabih ketika membahaskan hadis istighfar, diriwayatkan seseorang datang kepada al-Imam Hasan al-Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu jawab Hasan al-Basri: Beristighfarlah. Datang yang lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang yang lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang pula yang lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: Beristighfarlah. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama bagi soalan yang berbeza. Katanya “Ini bukan pendapatku, inilah yang Nabi Nuh a.s sebut” –lalu beliau membaca ayat di atas.

Mengelakkan Bala
Allah juga menjamin bahawa Dia tidak akan mengazabkan insan di dunia ataupun di akhirat kita insan itu benar-benar beristighfar kepadaNya. Hambatan dan ketakutan terhadap dosa dapat dibentengi oleh istighfar yang ikhlas. Inilah janji Allah. Dia Maha Benar janiNya. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka sedang engkau (wahai Muhammad) ada antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar” (Surah al-Anfal: 33).
Inilah janji Allah. Dalam ayat ini; kewujudan Nabi s.a.w dan kewujudan istighfar menghalang azab Allah. Adapun Nabi s.a.w baginda sudah tiada dalam kalangan kita, namun istighfar terus ada jika kita mengamalkannya. Wahai jiwa yang dihambat dosa! Beristighfarlah sebanyak-banyaknya nescaya diselamat dari bala dosa. Wahai yang takut ditimpa bala! beristighfarlah.

Ditambah Kekuatan
Gelora hidup kadang-kala amat menakutkan. Ia memukul insan dari sudut yang diduga dan tidak diduga. Jika hanya bergantung kepada kekuatan diri semata, insan akan terkorban dan tidak akan berdaya. Ganasnya lautan hidup hanya dapat dihadapi dengan kekuatan kurniaan Allah. Firman Allah: (maksudnya)
“(Kata Nabi Hud) dan Wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian taubatlah kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu (yang sedia ada)”. (Surah Hud: 52).
Dengan tambahan kekuatan dari Allah dan bantuanNya insan merasai kekuatan dalam menelusuri permusafiran di dunia yang fana ini.
Maka membanyakkan istighfar adalah penawar hidup. Betapa banyak kisah insan-insan yang Allah berikan pelbagai kurnia disebabkan mereka membanyakkan istighfar. Betapa banyak hamba-hamba Allah yang diselamatkan dari pelbagai kesusahan, diberikan ketenteraman jiwa dan pelbagai pertolongan berkat keikhlasan istighfar mereka. Setiap insan yang beristighfar dengan ikhlas sebanyak-banyaknya pada sesuatu hari akan merasai kesyahduan ruhnya. Allah akan membuka ufuk akalnya. Dia akan alami kekudusan jiwa, kesegaran minda dan merasai perdampingan dengan Allah.
Tapi syaratnya, hendaklah istighfar yang ikhlas. Bukan yang hanya ‘berlagu’ dimulut tapi kontang jiwanya dalam mengharapkan keampunan Allah. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) menceritakan bahawa bagaimana beliau apabila menghadapi masalah, beliau akan beristighfar sehingga seribu kali atau lebih, di mana sahaja beliau berada; di masjid, di pasar, di pusat pengajian sehinggalah beliau dapati Allah lapangkan dadanya dan tunaikan hajatnya. (lihat: Ibn ‘Abd al-Hadi, al-‘Uqud al-Durriyah, 21. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).
Marilah kita banyakkan istighfar, ia adalah penawar. Istighfar adalah penyembuh derita jiwa seorang hamba. Ia membawa kurnia Allah yang disangka dan tidak disangka. Maka datanglah rezeki, kebahagiaan dan pertolongan. Hiasilah kepahitan hidup dengan istighfar, nescaya kita akan merasai kemanisan dan kelazatan berada di persada alam yang sementara ini.


DOA HARD & DOA SMART!

Hari ni aku nak kongsi menda ni je ngan korang.
Dipetik dari Minda Tajdid.

**************************************************************

Soalan: Saya mudah kecewa. Apabila saya doa, saya rasa doa saya Allah tidak akan terima. Saya dah minta doa macam-macam, tapi banyak benda yang minta itu tak berlaku seperti yang diminta. Kadang-kadang sehingga saya rasa macam tidak larat hendak berdoa. Tolonglah saya Dr!

Wardini, Kuala Kangsar.

Jawapan Dr MAZA:

Saudari, semoga Allah merahmati kita semua. Untuk menjawab kemusykilan saudari itu, saya nyatakan seperti berikut:
1. Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepadaNya, hendaklah ia dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya.
Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah. Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan: (maksudnya)
“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).
Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah, kita menghampiri pintu kemakbulan.
2. Bersangka buruk kepada Allah seperti menganggap Allah tidak akan terima doa adalah perasaan yang salah dan perlu dibaiki. Bagaimana mungkin Allah menolak doa, sedangkan Dia yang memerintahkan kita berdoa kepadaNya. Firman Allah:
(maksudnya): “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).
FirmanNya juga: (maksudnya)
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).
Doa yang dilakukan dengan penuh penghayatan pasti diterima Allah. Itulah jaminan Allah sendiri.
3. Maka seseorang hamba yang berdoa hendaklah dia penuh dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doanya. Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa sahaja yang ragu-ragu terhadap penerimaan Allah. Sabda Nabi s.a.w:
“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
4. Namun, waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam ilmu Allah. Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya. Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam berdoa. Sabda Nabi s.a.w :
« Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah ». Ditanya baginda : « Apa itu tergopoh-gapah ? ». Sabda baginda : «Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa » (Riwayat Muslim).
5. Cara bagaimana Allah memustajabkan sesuatu pengharapan atau doa hamba itu juga berbeza-beza. Mungkin tidak seperti jalan yang disangka hamba yang berdoa itu, tetapi Allah sesuatu yang lain yang lebih baik untuknya. Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar atas andaian dengan kekayaan itu maka dia akan bahagia.
Namun Allah mengetahui tentang hal hamba tersebut yang mana kekayaan besar boleh memudaratkan iman atau persekitarannya yang lain. Allah mungkin menggantikan kekayaan yang besar itu dengan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh dan keluarga yang bahagia. Kesemua itu membawanya mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut. Sabda Nabi s.a.w :
« “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).
6. Doa tidak sia-sia. Doa adalah lambang pengabdian diri seorang hamba Allah kepada Allah Yang Maha Agung. Sebab itulah berdoa kepada selain Allah, sekalipun memohon kemustajaban dari nabi atau wali adalah dianggap sebagai syrik. Sementara berdoa kepada Allah adalah ibadah. Ertinya, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadah selama sejam. Jika dia berdoa sepanjang malam, bererti dia beribadah sepanjang malam. Sabda Nabi s.a.w :
“Doa itu adalah ibadah” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Adapun berdoa selain Allah pula adalah syirik dan memusuhi penyerunya pada hari Kiamat kelak. Firman Allah: (maksudnya):
“Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka” (Surah al-Ahqaf, 5-6).
7. Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.
Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan.
8. Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim. Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.
9. Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepadaNya.

**************************************************************


Wednesday, April 20, 2011

AKU TERKENTUT DEPAN POLIS SEBAB MAK AKU SURUH

*Credit to Facebook & Ziema
(A) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar
(B) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Perempuan
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Lelaki
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Mak aku
(C) Pilih warna baju yang anda pakai sekarang:
Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

Cantumkan (A)+(B)+(C) dan jadi la ayat seperti tajuk entri ini 
(malang betul polis mana la tu ek)

contoh: Februari, 29, hijau
aku gigit orang gila sebab aku baik hati. 

Wednesday, April 13, 2011

MELAYU MAKAN DI RESTORAN MAKANAN KAMPUNG MILIK MELAYU MURTAD

Hari ni julung-julung kali aku lunch date dengan Mr Semtz kat Restoran Mohd Chan (boleh agak restoran genre apa dari nama dia kan?). Bersih + nyaman dek aircond + banyak hiasan dinding tulisan khat + ramai pelayan = nice restaurant.

Tengah tunggu order siap, aku kepochi tengok orang. Hobi.
Ada satu meja penuh Chinese kat meja sebelah kitorang tengah pesan makanan kat pelayan situ.
Pelayannya seorang Melayu lelaki.
Tukang order seorang Cina lelaki. Terdengar suara dia,
"Nasi goleng kam heong dhua, wantan mee... sup ya! sup ya! thiga, ayer ituu plain water! suam suam! air suam, arrr then.. (aku tak dengar dah)".

Dalam kepala aku dok terbayang mcm mana kalo aku order makanan kat restoran masakan Melayu yang tokeynya Melayu murtad dan pelayannya Cina.
Pelik.
Tak boleh bayangkan.

Isu agama ni lebih sensitif pada Melayu/Islam. Sape setuju?


P/S: dalam Restoran Mohd Chan ada surau, ada tempat khas amik wudhuk
Restoran Kak Limah/ Kak Tom/ Pak Usin/ Bob Corner (oppss) ada? 
Malu.


Ni aku makan dengan penuh sopan santun gaya pengantin - tengok la kaler dia wei, kalo kena baju nanges

JAPANESE MAKES THE BEST MUSLIM (PINJAM KATA-KATA MR SEMTZ YANG BIJAKSANA)

Dijengah oleh Anum kejap tadi. Aku jengah balik kat blog dia jap. Aduhhh bestnye sakura.
Aku saaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat rindu nak pergi Jepun balik (mengeluh).

学生時代のあの時に戻りたい
もう一度45キロの私になりたい
美肌で若々しいほっぺたを持ってる私に戻りたい
まだ旦那になってないカッコイイ彼氏がほしい (mesti ada yang pi copy paste ni tengok kat Google translate kan?)
Mimpi...mimpi...hehehe..


Aku sayang Malaysia tapi perangai orang Malaysia makin membuatkan aku rindu negara tempat aku menimba ilmu ni. Aku malu Malaysia yang konon negara Islam tapi rakyatnya tak melambangkan rakyat negara Islam langsung.
Kat mana salahnye?
Aku rasa la. Rasa ye. Salahnya kat didikan awal dan disiplin.

Japanese ni dah dilatih dengan disiplin sejak dari takde gigi lagi. Umur setahun jagung dah disuruh simpan mainan sendiri ok. Malas nak cerita panjang. Korang cari la blog mak-mak yang dok Jepun ada anak setahun jagung cerita macam mana tadika/taska Jepun.

Tadika/taska kita? Tak abis-abis citer bayi tercekik susu.

Tapi tu la, nak buat camne. Mak-mak kat Malaysia terpaksa bantu pak-pak cari duit kena kerja, kena hantar anak kepada orang lain untuk jaga. Berkongsi pulak penjaga tu dengan 5,6 orang anak orang lain ishhh.

Jepun? Jaaaarang dengar mak-mak Japanese full career woman kat sana. Betul. Kebanyakan yang dah kawen (mostly kawen terpaksa dek perut makin berisi kerna ditembak) akan karang surat letak jawatan.
Career traded with kids. Kenapa? Sebab depa nak jaga anak sendiri? Mungkin. Tapi mungkin jugak sebab takde istilah bibik kat Jepun. Mungkin jugak sebab lelaki-lelaki Jepun lebih suka pompuan bujang je kat opis supaya depa dapat cuci mata cuci tangan tanpa halangan. Mungkin jugak sebab tradisi dan kebiasaan bagi Japanese sendiri bahwa perempuan kerjanya di rumah menjaga anak - bukan di ofis menjaga bos (macam aku uwaaa).

Kesimpulannya, mendidik anak - baik buat sendiri, jangan bagi orang lain buat. Anak Malaysia superb, automatik Malaysia pun manterpppp kan?kan?



selalu nek beskal area sini pi sekolah.. natsukashii


Kalau aku benti keje jaga Mikail ada orang marah tak?



Friday, April 8, 2011

KENAPA AKU PULAK KENA CAKAP INDONESIA?

Pagi tadi terbangun lewat cikit. 
Kelam kabut turun tingkat bawah bawak bakul susu Mikail.

    Bibik :   Kesiangan ya buk.
    Aku: :   Haah, sebab malam tadi kemalaman.
    Bibik:   (diam)

Pemahaman aku:  keSIANGan = bangun lewat, keMALAMan = tidur lewat la kan?
Salah ek?

Len kali taknak cakap Indon la dengan bibik.

Gambar hiasan. Takde kena mengena dengan aku. Dengan bibik ada sikit kot.



Wednesday, April 6, 2011

NORMALLY I DONT DISCUSS POLITICAL ISSUES BUTTTTTT, ..!!!!!!!!!


Oh my dear $$RM$$-eyed Malaysian MEDIA, exposure lah sangat kann..
Korang ingat newspaper korang ni orang dewasa je ke baca? 
Berita PRIME TIME tu orang umur 21 ke atas je ke tengok?? 
Baaaaka!!
Malaysian morale issues culprit!





Tuesday, April 5, 2011

ENTRI KLIK KAT AYAT ADA GARISAN (^_^)v ~pis!!~

Monday, April 4, 2011

SHAHEIZY SAM


Merata-rata blogger dok citer pasal orang bujang terlaris malam tadi ni.
Macam-macam ejaan orang eja nama dia.
Perasan tak Melayu sekarang suke nama pelik-pelik susah nak eja kan kan kan?
Trend kot. Cer tengok jap.

Nama atuk-atuk nenek-nenek kita =   Mat Rapi, Dollah, Abu Ayub, Kiah, Salmah, Bedah, Juwita
- SEMPOI! CAMANA SEBUT, CAMTU EJA.

Nama ayah-ayah mak-mak kita = Yusuf, Ismail, Zakaria, Ramlah, Siti Hawa
- MASIH SEMPOI, BOLEH AGAK EJAANNYA.

Nama kita-kita = Saiful Azri (ihik!), Muhammad Rafiq, Siti Nur Alia, Nur Fariza (haha!) 
- DENGAR SEKALI MUNGKIN ADA EJAAN SALAH YE.

Nama anak-anak kita = Daniel Haqim, Marissa Maisara, Evaleesya Raihanna (heheh!) 
- HAA, CE TENGOK APA NURSE KAT KLINIK TULIH NAMA DEPA KAT PLASTIK UBAT? KOMPEM SALAH.


Nama cucu-cucu kita? = Haaa cer pikior cer pikior! (translate: cube fikir cube fikir)

P/S: 'SAM' = Muthusamy Karupiah iklan Deepavali yang ada nenek kiut depa panggey Patti.

ADA APA PADA NAMA? ADAAA... TUUUUU..!


Nama blogku udah ku 'TM'kan.
Jakun jap ngeeeee..!!

Friday, April 1, 2011

AL-FATIHAH UNTUK ADIK MUNIRAH (periuktanah.blogspot.com)


Terkejut + Sedih + Pilu
Baru kejap ni status Fesbuk Yong tertera ayat:
  Dapat call dari Kak Raihan sekejap tadi.. Munirah dah tak ada.. AL-FATIHAH

Korang baca lah blog entry Kak An di sini.
Gambar itu meruntun jiwa dan naluri hati keibuan aku meraung mengenangkan si comel dah tiada.

Al-fatihah.. Terjamin Syurga buat Munirah InsyaAllah.
Buat Kak An, tabahkan hati, segalanya mengikut perancangan Allah yang mana ianya terbaik buat kita tanpa kita sedari.

(entri ditaip penuh air mata air mata air mata air mata.....)


Saturday, October 16, 2010

IRRAISSHAI...


Selamat datang ke teratak Mrs Semtz (baca: mises semut)
Selamat jumpa kembali pada yang penah ke umah lama di Ai No Kotoba.
Selamat berkenal kenal pada yang baru kenal.
Jemput la selalu ke sini meriahkan umah acik yang hambel ni yerr.
Ada plak yang tanye kang nape pindah umah ek.
Sebabnya umah lama ada antu. Antu M. Selalu kaco blogger2 tak tegar mcm aku. Nak lawan antu M ni kena amik bitamin R. Takyah beli, kutip je dari blogger lain yang byk bitamin ni. Aku memang dah lama kena sampuk ngan antu ni. Alhamdulillah lepas beberapa round kutip bitamin dari umah2 blogger femes, makanya sembuh la jugek sampuk aku ni hihi.
Sebagai mukadimah, terima la serangkap pantun alu-aluan dari Mrs Semtz..
Jernih tenang air di kolah,
Ibarat sungai menyorok buaya,
Nak baca silakan je lah,
Nampak yang salah sila tegur ya!
p/s: Aku pun tatau nape kena guna pembayang air ngan boye yerr, so, jangan tanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggal Link Kat Sini Ye!