Ada 2 orang sahabat, Ali dan Abu.
Dua-dua main bola wakil kampung depa, Kg Jeram.
Ali goalkeeper dan Abu defender.
Satu hari ada perlawanan bola antara Kg Jeram dengan Kg Bukit.
Kg Bukit menang 10 -1 .
Si Ali dan Abu kena boo dek orang kampung.
Mana pegi kena baling telur.
Ali ngan Abu nekad nak menyamar supaya orang kampung tak kenal.
Esoknya Ali keluar pakai jubah macam Syeikh Arab.
Tengah jalan ada sorang nenek tegur, "Eh Ali!"
Ali terkejut lari balik rumah, 'Aiseh, orang kenal gak la. Tukar gaya'
Esoknya Ali keluar rumah pakai topi koboi dengan misai palsu.
Tengah jalan Ali perasan dari jauh nenek semalam.
Ali cuak.
Nenek makin dekat dan, "Eh Ali!"
Ali terkejut lagi terus tanya, "Macam mana nenek kenal saya ni?"
Nenek jawab, "Ni aku la. Abu."
Moral entri: buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali, eh-eh tetiba je kan.
Nota tumit: Selamat Hari Isnin! (nguap)