Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Friday, April 22, 2011

CERAIKAN AKU KALAU KAU NAK ANAK!

Hihi, tajuk entri tak bleh blah lagi. Skrip sapa tu?? Haa baca terus.

Aku nak kongsi satu tips yang dah terbukti berkesan kalo nak cepat mengandung -
JANGAN MINUM KOPI!

Ini memang terbukti. Aku dapat tip ni daripada internet (mana punye website korang jangan tanya aku dah lupe daa). Banyak kajian dan debat pasal isu ni. Tapi tukang kaji dan pendebat dari seluruh dunia (dunia ye, bukan Malaysia tau) dah pakat-pakat capai satu resolusi (macam ar ti em lagi laa):
Secawan kopi mengurangkan 50% peluang untuk mengandung

Haaaa takut tak? Separuh tuu!

Duhai isteri-isteri bersemangat kental yang sedang berusaha keras untuk mengandungkan zuriat suami, sila jauhkan kopi dari diri anda oke. Kalau secawan dah 50%, ko kire je la kalau average peminum kopi tegar ambik berapa cawan sehari.. (pengsan).

Kenapa aku tau tips ni berkesan?

Adeh, takkan takleh agak kott.

Ye, aku dulu sangat suke minum kopi.
Free coffee maa! Opis aku sangat kaya (betul, bukan gurau), coffee bar bersepah-sepah, tinggal tunggu ko tadah mug je kat muncung bar tu kuar air kopi yang aromanya aduiiiiiii tak tahaannn (sape tak minat kopi boleh berhenti baca entri ni kat sini). Satu opis leh bau bile sorang tadah mug. Kalo sepuluh orang tadah mug, orang tengah tido (pura-pura penat keje) pun leh terbangun dek bau kopi.

Jadinye lepas aku terbaca tips ni, aku pon dengan berat hati telah berkata 'Tak Nak' pada kopi (imej: aku pegang mug isi air putih dengan sebelah tangan diangkat gaya menahan teksi di depan coffee bar). Aku dan cik kopi 'bercerai' sementara.. hukhuk.
Sebulan lebih kot lepas tu, aku peknen si Daris.

Ya, rezeki Allah, Dia yang tentukan.. bukan sebab 'kuasa' si kopi.. tapi apa salahnya ambik tips yang tak rugi pon kalau kita ikut kannn :-)

Tapi kan, masa peknen aku 'rujuk' balik dengan cik kopi hahaha. Tak tahann. Hari-hari mesti minum, kalo tak minum, uwek uwekk. Tapi secawan sehari laa.

Oh ya, tajuk entri ni skrip cik kopi lee teheheeee!



Wednesday, April 20, 2011

DAH JUMPA DOKTOR DAH.. SEMUA OK DAH.. TAPI KENAPA BELUM MENGANDUNG LAGI NI?

Terima kasih pada kengkawan Fesbuk tuan kemah yang sudi share entri aku semalam kat wall depa. Nasihat yang elok, apa salahnya dipanjang-panjangkan kannn, ni asek citer gosip je nak share ngan orang len (eh, KD dah ngandung EMPAT bulan? bukan baru kawen SATU bulan ke? opppsss tergosip pulakkk lalalalala)

Tapi aku tahu, ramai yang akan kata doa dan usaha tu depa dah lama tahu. Tapi usaha yang macam mana? Adeh usaha laa. Usaha buat check up kat spital, jumpa pakar, buat treatment, cuba berurut, ambik petua orang lama, kaji anatomi diri sendiri, monitor waktu subur si isteri, buat 'overtime' sikit, makan makanan fertility-friendly etc etc.. banyak la.
Adeh, bukak tenet tu jangan la asek masuk kemah gosip je atau kemah masak-masak je atau kemah blogger pemes je, masuk le kemah pakcik gugel ke, kemah amid arshat ke, cari info. Usaha, usaha!
Di samping tu jangan lupa DOA.. macam aku tekankan semalam.

Dah jumpa doktor?
Dah buat treatment?
Dah cuba petua macam-macam?
Dah doa?
Kalau seme dah, tapi masih belum ada rezeki lagi, SABAR... Jangan stresskan diri ok.
Kita dah usaha, dah ikhtiar, dah doa, sekarang sabar la. Kalau tanam pokok durian pon kena SABAR tunggu pokok besar- berbunga- berbuah- buah gugur- baru dapat makan kann?

TAPI, kalau ada yang TAK BOLEH sabar, dan rasa ada sesuatu 'lain' yang menghalang rezeki zuriat ni, baiklah cuba berubat cara Islamik. Mungkin ada 'hamba Allah' yang mengganggu rahim si isteri (makan telur, makan embrio, rosakkan ovari) atau kilang si suami.
Bab ni sebenarnya antara penyumbang terbesar kenapa ada istilah mandul.
Tapi dengan izin Allah, 'mereka' boleh dihalau dari mengganggu sebab dengan izin Allah juga mereka dapat mengganggu.

Aku tak suka nak cerita pasal isu mistik dalam hal sukar mengandung ni sebab bukan semua orang boleh terima dan boleh percaya adanya sebab ni. Tapi ce korang taip 'ciri-ciri gangguan jin" kat tenet, confirm akan ada frasa 'sukar mengandung' yang kuar. Tak caye ce taip.

Ok, aku takkan elaborate lebih-lebih bab ni hanya sebab aku tak suka cerita pasal 'diorang'. Tapi macam aku cakap, ini adalah salah satu sebab sukar mengandung. One of the major, I'm afraid. Selalu kan kita dengar, "Dah check merata doktor dah, seme kata ok.. tak tau salah kat mana dah.."  ..hmmm tu kemungkinan besar ada yang 'nakal' la tu. Cuba cari perawat Islam dan tengok kalau ada gangguan saka atau sihir atau ada yang menumpang dalam badan tu, dan cuba buang ye.

Segala yang buruk dari aku, yang baik dari Allah.

"syemayang jangan tinggal laa anti ankel.. baru syetan tamo dekat!"









Tuesday, April 19, 2011

SUSAHNYA NAK DAPAT ANAK, KAN?

Ada bermaaaaaaacam sebab susah nak mengandung. Baik dari segi fizikal, mental, medikal, spiritual, you name it. Mereka yang dah lebih setahun berkahwin tapi masih belum 'lekat' patutnya dah tahu punca jadi begitu. Mereka yang baru kahwin 3,4 bulan tapi dah risau tak 'lekat-lekat' tak patut risau dulu. Buat la 'overtime' sikit (yang paham diam, yang tak paham pon diam hepp!)
Bagi yang dah mencari dan berjumpa solusi (adeh mcm ar-ti-em), usahakan dengan solusi itu.
Tapi bagi yang tercari-cari kat mana nak mula, nasihat aku - pergi kepada yang pakar - Yang Esa.
Bertaubat la cuci diri sebab dosa itu mungkin salah satu penghalang (ye la, umpamanya ko pecahkan mangkuk perex mahal mak, pas tu ko mintak henpon ko expect mak nak bagi?)
Doa selalu minta petunjuk dan panduan. Lepas tu ikut kata hati sebab itu la jawapan dariNya (ko nak tunggu jawapan dalam bentuk apa lagi? email?)

Aku banyak bagi pengalaman sendiri mendapatkan zuriat (klik kat tag Pregnancy - berderet keluor). Ini cuma pengalaman aku dan solusi yang aku dan Mr Semtz ambil mengikut kemampuan kami. Kalau ada yang mencuba cara sama tapi masih tak berhasil, aku mohon maaf. Mungkin serasi bagi kami tapi tidak bagi kamu.
Setiap kejadian pada setiap manusia dijadikan berbeza, jadi solusi nya pun tentu la berbeza.

Aku berharap sangat untuk pasangan yang macam kami ni, jangan berhenti dari perkara yang paling penting > BERDOA. Sebut dalam doa tu bagi terang:

"Ya Allah ya Tuhan kami, permudahkan usaha kami mendapat zuriat, tunjukkan kami jalan yang benar ke arah nikmat rezeki Mu ini, ampunkan dosa-dosa kami andai ia menghalang kami mendapat rezekiMu, kuatkan lah kesabaran kami dalam menjalani ujian Mu"
(Ini contoh doa aku dulu .. sayu plak rasanya. Dah hafal dah ayat-ayat ni ye laa dok ulaaaaaaaaang 3 kali tiap kali lepas solat selama bertahun-tahun dan akhirnya Alhamdulillahh..)

Bila kita berdoa gitu, otomatik hati akan lebih tenang, lebih kurang rasa tekanan, lebih fokus dengan apa yang kita nak buat. Itu magiknya doa. Kalau ada yang berdoa tapi tak rasa begitu, pepaham la, doa tak ikhlas la tu.

So, morale of  the story (er story ke ni?) kepada pasangan-pasangan yang senasib dengan aku + Mr Semtz:
Bertaubat hari-hari >  Doa jangan tinggal > Usaha sungguh-sungguh > Bila tak berjaya, usaha lagi! 

tunggu lama pon berbaloi-baloiii ♥


Wednesday, March 30, 2011

LELAKI BARU DALAM HIDUPKU

I'm a kenit boy! Premmie at 34weeks...

Semtz Sr & Semtz Jr  ~sesi suaikenal~

Control macho di dunia baru.. a-hemm side profile taww!

>
>
>
>
>
Lepas 7 bulan....

My cheeky premmie MIKAIL yang dah besor bagai Papa johan! Muahhhhhhhh my luv!

TERANNNNNNNNNN!!!

WARNING: The following post might contain some disturbing details. First time preggies with low pain tolerance are advised to skip reading and browse happy blogs other than this one :-)) 
Degil ones are welcome to read on - at your own risk ;-P hehehehe...


Jumaat 23 Julai 2010, pagi-pagi aku dah terbuka mata. Alhamdulillah si kenit masih enak dibuai air ketuban dalam rahim mamanye malam tadi dan masih tido (gamaknye) masa aku mandi dan bersarapan roti sekeping Milo secawan. Selesai isi perut, aku mula jalan mundar mandir keliling katil dalam bilik dengan harapan ada rasa sakit.
Pagi tu aku ditemani Mr Semtz, adik dan mak (yang tenang baca suratkhabar pagi tu tapi dalam hati mesti teruja habis nak jumpa cucu baru, weeee!). Lama jugak aku jalan-jalan tapi sakitnya haisyy - yillek!


Dalam pukul 10 pagi, adik nurse pun datang menjenguk aku dengan soalan ada contraction tak. "Takde la dik" (kecewa)
"Ok takpe. Dr Siti kata hari ni induce lah. Kita bagi ni ubat (ala-ala ubat tiub masuk kot vontot baby yang susah veraks) untuk akak buang air besar ye. Lepas tu boleh masuk labor room"
(dalam hati) ERRKK!!!

Ubat veraks ikut vontot pon masuk, "Akak rilek kejap, dalam setengah jam kalau rasa nak buang air besar jangan tahan ye". Aku pun baring jap.. tak sampai 5 minit, toilett!!! Haha, cepat betul kesan ubat veraks ni kat aku. 

Tapi dalam toilet aku perasan, "Uikk ada darah cikit ar! Dekat dah!". (sengih)


Dekat pukul 12 tengahari, nurse datang dengan, wheelchair! (dupdapdupdapdupdap!) Akhirnya detik ini yang aku tunggu bertahun-tahun akhirnya sampai juga! Ya Rahman Ya Rahim, Kau permudahkanlah segala yang bakal hamba lalui sekarang ini, aaminn. Vroommm ke labor room!

Di labor room, Dr Siti belum sampai lagi, cuma ada 2,3 orang nurse (bidan le kot) tengah sibuk-sibuk siapkan alat-alat kaler silver berkilat nak menyambut si kenit aku. Banyak yang rupa bentuknya sangatlaa straight to the point. Makin lama aku fokus, makin terbayang cemana menda-menda berkilat ni beraksi, adehhh..(dupdapdupdapdupdapdupdap!)

Maka naik la aku ke katil 'meneran' dan dililit tali pinggang 'mesin mengesan contraction' dengan kertas graf tersedia untuk tujuan 'monitoring'. Tangan kiri aku pun dimasukkan IV. Sorang akak nurse (pangkat bidan kot sebab uniform kaler biru pekat, berbanding nurse lain uniform kaler biru pucat) datang seluk vay-jay-jay (read: pintu keluar bayi baru lahir). Dah 5cm bukaknye. Another 5cm to go. (ye, 10cm adalah keluasan pintu rahim yang optima untuk baby keluar melihat dunia fana). Ubat induce pon mula disalurkan melalui IV (ada satu mesin kawalan dos ubat kat tepi katil labor tu). Dos rendah je dulu.

Selesai segala persiapan, aku pun rilek je baring-baring menenangkan hati sambil tengok citer kartun kat TV (ye ada TV lam labor room. aku terpikir apa laa motif nye ek). Masa ni Mr Semtz yang muka pucat (ahahaha!) berbelah bagi nak tinggalkan aku untuk solat Jumaat atau tak. Selepas nurse dan mak (yang taknak menantu dia ponteng solat) yakinkan dia yang si kenit takkan keluar jenguk kepala time dia tengah khusyuk solat (khusyuk kee), dia pon keluar la pegi masjid.

Mak yang tinggal meneman aku kejap-kejap dok belek kertas graf contraction. Ada la sekali sekala jarum graf tu melanting besar sikit (read: tak sakit = takde contraction = jarum graf diam atau gerak kiri kanan sikit-sikit, dan semakin sakit = contraction semakin kuat = jarum semakin melanting ke kiri kanan). 
Akak nurse plak bila ditengoknye graf tak tajam-tajam sangat, dia pegi adjust control machine ubat induce tu ke dos yang tinggi sikit. 


Mungkin kesan ubat induce yang tinggi sikit dari tadi, perut aku pun mula rasa sekejap-sekejap keras dan tak selesa. Dalam hati dok selawat dengan zikir je aku. Perasaan? Apalagi, Astro laa - macam-macam adaa. Takut, teruja, lega, tenang, risau, seronok etc etc. Tapi yang paling kuat rasa takut la. Sape tak takut beranak kali pertama memang sah spesis Mecha (nama spesis robot dlm filem AI. best citer ni, pi la tengok! -melalut sat). 

Dekat jam 2 petang, datang sorang nurse (bidan) India ganti akak nurse pagi tadi, terus seluk yay-jay-jay lagi sekali. MASIH 5cm?? Nurse tanya tak sakit ke? Aku geleng je. Memang tak sakit pun. Kat graf ada la tajam-tajam sikit tapi pendek-pendek jee. Nurse India tu angguk kat aku " Kita pecahkan ketuban ye". Errr silakan nurse. Buat la apa yang patut. 
 Haa ni cara-cara nurse pecahkan ketuban:
1. Mula-mula keluarkan alat menggunting (tak dapat aku pastikan bentuknya sebab aku intai dari ekor mata je, takmo tengok betul-betul hihihi)
2. Seluk vay-jay-jay sedalam-dalamnya sehingga dapat menarik sikit baby sac (read: karung baby yang menakung air ketuban)
3. Kalau masih tak dapat tarik, seluk lagi dalam-dalam walaupun pesakit (read: aku!!!!) diam-diam jee tahan senak kena seluk (uwaaaaa).
4. Dah dapat pegang sac? Gunting sac itu kasi pecah.
5. Suruh pembantu nurse tadah air ketuban yang keluar. 

Nota penting: Pastikan vontot pesakit dialas dengan lapik kalis air yang besaaaarrr supaya dapat menakung air ketuban yang keluar. Terutama bagi pesakit (aku!) yang banyakkkkk air ketubannye! 
(kelam kabut pembantu nurse tu dok tahan air ketuban aku yang bergelen-gelen dari melimpah keluar lapik vontot tu, hihihi!)


Rasa kempis sikit perut aku lepas tu.

Mr Semtz balik dari masjid terus terkam aku (berjalan dengan kadar laju) dok sebelah sambil tanya progress. Lega kot dia tengok aku belum beranak lagi. Aku cakap la ketuban dah pecah. Tunggu masa je. Masa ni datang rasa sakit yang agak boleh tahan nakalnya. Panjang sikit berbanding pagi tadi. Dan datang lagi selepas tu. Kerap sikit berbanding pagi ni. Alah, boleh tahan lagi sakitnye (eksyen). 
Lepas tu sekali lagi, lagi lama.
Lepas tu, sekali lagi, laaagi lama.
Dan lepas tu pulak sekali lagi, laaaaaagi lama.
Dan seterusnya sampai aku rasa, "hmmmm sakit jugak contraction ni".
Mr Semtz sebelah aku plak gelak-gelak tengok graf, "Hohooo, dah nak terkeluar jarum ni dari kertas!" Haaa?? Tu kuat la tu! Eh, tapi aku leh tahan lagi la sakitnye. Nurse datang tengok graf, "Haaa tu dah sakit dah. Nak ubat tahan sakit?". Aku geleng. (eksyen lagi). Sakit macam period cramp je. Ok lagi ni. Nurse seluk vay-jay-jay. 7cm. Hadoii lambatnyeee nombor sepuluh neh!


Keliling pinggang aku mula rasa tak selesa. Dan akhirnya aku rasa sakit yang kuattttttt, panjaaaaang kat ari-ari aku. 
Pastu tu stop.
Hmmm sakit ni. Jarum graf sampai dah terkeluar kertas dah tajamnye dia melanting.
Dan tak lama lepas tu, sekali lagi sakiiiiiiiiiiiiit (pejam mata, genggam tangan kuat-kuat). Stop. 
Sakiiiiiiiiiiiiiiiiittttt (pejam mata, genggam tangan lagi kuatttt). Stop. 
Hohoooooo ini rupanya sakit contraction. 
Macam mana rasanya? Errr ada la macam ni:
Bayangkan diri anda berperut yang sangat berat dengan berat itu menghimpit ari-ari anda sehingga anda rasa sangat senak
Tiba-tiba entah dari mana ada satu tangan lain yang datang menyeluk perut anda dan mencengkaaaammmm dengan kuat bahagian ari-ari dan memulassssssssss sesuatu di situ dengan sekuaaaaatttt hatinya, lalu hilang. 
Dan tangan itu kemudian muncul balik dengan tenaga yang lebih kuaaaaat dari sebelumnya. 
Dan situasi ini berulang-ulang setiap minit. Perghhh azab seorang ibu yang tak akan dapat dirasai seorang bapa, jadi berbaktilah lebih sikit kepada ibu/ mak/ mama/ mummy/ ummi/ anda heeeeee!

 Sakit bersalin. Ohhh korang tahu tak masa kecik-kecik aku sangat petah berkata-kata? Umur setahun setengah dah boleh buat ayat skema "Mak, nak makan!". Dan pada umur aku lebih kurang 5 tahun, dek terlalu kerap dipertontonkan aksi jerit menjerit orang sakit beranak dalam Drama Minggu Ini, aku telah mengeluarkan pernyataan yang tak sesuweii langsung dengan umur aku waktu tu "Mak, kalo ada orang datang minang Ija, cakap ija tak nak beranak ek". Adehhh gile gatai aku 5 tahun perasan orang nak minang hahaha.

Anywayyy.. melencong citer plak hikhik, berbalik pada keadaan aku dalam kesakitan tahap dewa tu, bidan India yang baik hati tu suruh aku mengiring pulak untuk hilangkan sakit. Ye lah, aku dok menhan sakit tu sampai terpejam-pejam mata. mak aku dengan Mr Semtz yang cuba menghulur bantuan ikhlas mengurut-urut aku pon kena sedas dengan aku yang rimas ngan urut-urutan tersebut uwaaa sorry Bi, sorry mak! 
Dan-dan aku mengiring terus rasa nak meneran. Erkkk, aku betulkan balik kedudukan, bagitau nurse aku rasa nak meneran. Ayoo bidan India panggil Dr Siti, vay-jay-jay kena seluk lagi. 8 cm. Dr Siti senyum je "Dah boleh ni. Fariza you tahan sikit ye, I tolak kasi bukak sikit lepas tu dah boleh teran." Ullppp, tolak kasi bukak? Aku pejam mata je lah masa Dr Siti beroperasi sedemikian. Kejap je. "Ok Fariza, this is it. I nak you teran kuat-kuat bila I suruh teran ye." This is IT! THE moment! So bidan India dok belah kanan, Mr Semtz dok belah kiri, Dr Siti depan 'pintu", sorang nurse lagi sibuk naikkan tongkat kaki dan buat entah persiapan apa lain. Aku pun bismillahhirahmanirrahimm..tarik nafassssss...tenang...tunggu contraction.


Contraction nombor satu. "Ok Fariza, push!" Aku terannnnnnn sampai terangkat kepala diampu dek Mr Semtz ngan bidan India. Nurse yang sorang lagi kuat betul suaranya "Yes teran! Teran! Boleh lagi! Tahannn! Terann! Kuat Lagi!! Tahannnn!" Adehh, serabut telinga aku daaa. Riuh gile labor room dengan suara teranan aku, suara sokongan bidan India ngan nurse, suara Dr Siti hahaha macam ni rupanye!

"Ok stop". Haihh...rehat jap. Belum kuar lagi si kenit. Errkk sakit balik!

Contraction nombor dua. " Ok teran Fariza!" Iiiiiyahhhhhhhhh hahaha rasa macam nak keluarkan bola dari lubang belon tau! "Haa ok, good good, tahannn tahann. yess tu dah nampak kepala! Good! Ok Fariza stop. Ayahnye nak tengok anak? You can see his head now" Hahaha terpisat-pisat Mr Semtz nak taknak je jenguk. Aku plak bila dengar je dr Siti kata kepala dah nampak, aikkk tak rasa apa-apa pun kat 'pintu' tu. Ohhh dah kebas sangat sampai memang tak rasa apa la kot. Ok. Kepala dah nampak. lepas ni keluar la kot si kenit! Yeayyy!! Erkk sakit balik!

Contraction nombor tiga> " Fariza, tekannn dan tahann tau. Kuat kuat!" Iiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiyahhhhhhhhh!!! Plupppp! Terasa seketul menda bulat keluar dari 'pintu'. "Assalamualaikummm" aku dengar Dr Siti bagi salam. Eh? takde nangis? Nak tengok! Nak tengok! Dan "Nnnggaaaa...nnngaaaaaa..." slow je sore si kenit aku. Mr Semtz cium dahi aku yang basah peluh. Aku senyum lega. ALHAMDULILLAHH.....Bidan India letak si kenit atas dada aku. Pertama kali aku bertentang mata dengan si kenit. MIKAIL NAFIS. Anak mama!




















Friday, January 21, 2011

MAHAP LEE LAMA NYOROK... MEH SAMBUNG CERITA MEH!

 Ai em bekkk! (Ya Allah buruknye English tulis lam suku kata bahasa Melayu ahahaha!)

Salam, salam, salam semua alahaiii lamanya tak jumpa korang yer. Sian kat korang yang rajin jenguk sini tapi yang dok kuar citer lame je, mesti tensen kan? Haha sori yek. Alasan standard laa- acik bizi la korang, macam-macam menda jadi woo. Nanti kita citer satu-satu haa.
Pepehal, selamat meneroka ke tahun 2011.. semoga tahun ini bertambah lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini aminnnnn.

Ok, sambung balik citer acik.
Katner kita benti ye? Oo ye, sambungan kepada ayat terakhir post aku on pregnancy - "ujian datang lagi tanpa diundang"...huhu. Ye, ujian lagi sekali buat kami bila Dr Siti sahkan aku kena deliver awal, which means before fullterm (that is 36 - 40th week). Waktu check up session at 34th week dengan Dr Siti, aku komplen ngilu di bahagian cerclarge. Memang sakit sampai kadang2 kat rumah aku terus baring angkat punggung ke atas sebab terasa baby yang dah makin berat menekan-nekan tempat cerclarge tu. So dengar je komplen tu, Dr Siti check berat baby and he weighed almost 2.3kg! So, satisfied with the figure, Dr Siti ordered immediate admission untuk bagi aku injection mematangkan paru-paru baby and prepare for an early delivery. Gulp!


Pungpang pungpang isi borang, amik beg baju kat umah, tukar baju itu ini, aku pon bermastautin la lagi sekali kat Salam. Ari tu jugak aku dapat jab dose pertama. Cocok kat peha. After 24 hours baru 2nd dose. Dalam waktu tu nurse datang monitor every hours untuk check kot-kot ada contraction. Aku rasa gak baby mengeras kadang-kadang tapi tak pulak sakit. Yang sakit bile dia dok tendang sana sini sampai senget-benget perut aku. Dan aku dilarang keras bergerak aktif. Nak jalan pon setakat pi toilet yang berjarak sekangkang monkey je dari katil.


So, ari kedua lepas cocok nurse datang bawak "Mesin Mengesan Contraction" (erk macam alat dari poket Doraemon lak hihi). So kejap-kejap kena la aku pakai tali pinggang besor tu sambil nurse datang raba perut boyot aku sana sini checking for 'pengerasan'. Nil. So, Dr Siti sent out the ultimate direction - esok, bukak cerclarge!! (cukup 24 jam selepas 2nd dose tu) Ngeee!!! Buat pengetahuan cik-cik dan puan-puan seme, aku memang seriauu je bila pikir pasal nak bukak cerclarge ni tau. Sebab? Sebabnya takde peranan langsung untuk ubat bius atau ubat tahan sakit dalam scene ini - walopun sebagai pelakon tambahan! Uwaaaa...! 


Hari esoknye, pagi-pagi nurse dah datang bawak wheelchair mau diusung aku ke labor room. Perhhh sejuk beb bilik tu. Dalam hati aku wat perkiraan - sejuk = kecut = tak sakit! Hakhak, boleh? Selamat naik atas katil, dengan berbekalkan surah An-Nas berulang kali aku baca dalam hati, aku tutup mata rapat-rapat.. Dan bermula laa seluk-selukan, tarik-tarikan, gunting-guntingan oleh Dr Siti dibantu beberapa orang nurse dalam usaha nak mengeluarkan cerclage ring yang dah berbulan-bulan tertanam lam cervixku. Ngeeee!!... err eh?? tak sakit pon! Hehe..! Alhamdulillah.. Allah permudahkan segala kerja kami. Dan hasil selukan Dr Siti, didapati my cervix has dilated 5cm! Mak aihh melopong dah ko ek!


Cerclarge pon ke tong sampah, aku pon zoom balik wheely ke wad tunggu kedatangan baby hehe - opps tunggu contraction. Kali ni arahan terbaru dari puan doktor- banyak-banyak le gerak & jalan-jalan ye! Haha dengan suke hati aku memang 2,3 kali round la aku usung perut boyot buat tawaf kat 2nd floor Salam tuh (dipimpin Mr Semtz ye ofkoss..). Balik bilik, aku bergulungan dengan mesin doremon pulak. Sejam ke sejam, pejam celik pejam celik, takde jugak le tanda si kenit ni nak kuar haisyyy.. Tak dibagi kuar ko nendang-nendang nak kuar eh kenit! Dah bukak pintu ni ko nak dok dalam lagi pulak kan? Notty tau! So, Dr Siti bagi arahan kalo esok tak kuar gak, induce labor lah nampaknye.. Dan dengan berat hati malam tu nurse lepaskan aku untuk tido dengan harapan kenit tak teringin nak kuar tengah-tengah malam nanti- takut sebab Dr Siti & Dr Nazir paediatrician pon nak tido kat umah depa, kang kelam kabut lak depa nak sambut prematured baby tengah-tengah malam hakhak. Aku pon berdoa gak malam tu sampai la tertido.


Esok paginya, 23 Julai 2010 (sile sile tanda dalam calendar ye cik-cik, puan-puan, sok saye nak tuntut adiah hihi!), kenit ku bakal berjumpa tuan empunya perut yang didiaminya sejak Disember 2009! Dan aku bakal merasai sesuatu yang tak dapat kubayangkan selama ini --- SAKITNYA BERSALIN!

Monday, November 8, 2010

IKLAN & SURAT TERBUKA UNTUK EIN

 ~ Ni entry iklan jap ek. Citer acik sambung next entry yee! ~

Okey, ramaiii yang tanya nombor tepon ustaz & doktor dari post ni. Haa ni sile amik nombor.
Doktor Homeopathy

Haa ni sakit2 yang dia rawat. Banyak ko!

Ustaz magik scan hehe pepandai je aku bagi niknem dia!
Aku mintak sorry ye kalo nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan pulak ye. Almaklum le dah lame aku tak tepon depa hihik!

Pastu ada satu komen aku dapat dari reader nadjwani_ein pasal kes aku. Dia pon lebih kuirang sama kes macam aku nampaknye. Leh pi blog dia eh. (sorry Ein, acik pomot blog awak hehe). So, ni reply terbuka aku untuk Ein:

Dear Ein,
Terima kasih sudi berkongsi cerita dengan Mrs Semtz. Saya tak boleh nak sahkan kes Ein dengan saya sama atau tak sebab yang boleh buat diagnose ni doktor pakar je. Saya nak jawab soalan Ein pasal cerclage tu je - sakit ke, apa rasa bila pakai, etc.

Masa masukkan cerclage tu doc akan bius. Separuh badan (epidural) is the best choice sebab tak ganggu janin. Kalau bius penuh, ubat masuk dalam darah dan akan affect janin. So bila separuh badan, naturally kita sedar la wak. Cuma tak sakit je. Diulang - TAK SAKIT langsung, so jangan risau hehe. Masa tarik2 tu mungkin akan rasa, mungkin tidak. Kes saya ada rasa sikit sebab doktor tarik kuat masa tu, ye la dah pintu terbukak sangat sampai kena tarik la untuk jahit. Kalau buat cerclage early - waktu 3 bulan memang tak rasa apa2 pon sebab cervix still tengah kuncup muncup!


Pastu lepas dah pasang cerclage tu, tak rasa apa2 pon yang. Saaampai la baby dah membesar dan dia mula menekan ke bawah, baru rasa ngilu sikit kalau baby lasak. Tu yang kena baringg je tu, nak elak ngilu. Sebab tu juga, doktor akan monitor kita every 2 weeks selepas kita mula rasa baby dah berat. Doktor akan check cerclage kita masih ok or not (scan je, tak seluk2 pon). Kalu nampak baby dah dekat sangat dengan cerclage, kena la deliver. Tapi most case, by this time dah masuk fullterm (36 weeks & above). Kalo case cerclage dah dekat ngan baby but still under 36 weeks, doktor akan advise bedrest if baby too small (under 1kg) or deliver if baby is big enuff.


Nasihat saya, dengar cakap doktor. Kalo dia dah diagnose awak MUNGKIN ada cervical incompetence, amik nasihat dia - buat cerclage. Kalau awak tak buat, dan baby 'jatuh' lagi, dan masa tu baru awak confirm yang awak ada masalah cervix, haa sanggup ke? (alamak, keras ke bunyi ayat aku ni hehe). Risk tu setakat jangkitan kuman je. Yang lain2 saya rasa tak ada. Jangkitan kuman tu mungkin ada kalau doktor tak bekalkan ubat antibiotik lepas operation. Jadi, nak elakkan yang buruk, cari yang terbaik. Get the best doktor. Ask around. Kalau tanya saya - Dr Siti Mariam of Salam lah :-))


Ok Ein, selamat mencuba mengandung lagi, dan kalau nak nasihat atau pandangan lagi dari Mrs Semtz yang cetek ilmu ni boleh je contact saya kat sini atau email ijazambry@gmail.com. InsyaAllah kalau saya tak tau, kita sama2 cari orang yang tau ye!
Jangan tensen2, nak dapat rezeki tak boleh tensen2, baru rezeki marii! Kan kawan-kawan?!


Yang ikhlas,
Mrs Semtz (^-^)v

Saturday, November 6, 2010

30 MINGGU YANG SELOWW

Hyperthyroidism, satu penyakit yang aku tak pernah terfikir aku akan dapat. Yep, I saw Dr Zul of Salam under Dr Siti's suggestion and as suspected my blood test showed that I have a fairly high level of Thyroidism. Untuk korang yang tak familiar langsung ngan penyakit ni (macam aku gak la, dengor je orang sakit thyroid tapi tahu punca & simptomnye), penyakit ni ada dua jenis -either HyPERthyroid and HyPOthyroid. Hyper tu terlebih hormon, hypo tu terkurang hormon. What hormon? Yang dikeluarkan dek thyroid gland kite kat leher tu lah. Apa keje hormon tu? Gerakkan segala mesin2 aka jantung, paruparu, kelenjar, dalam badan kita. Tu yang bila terlebih hormon tu berat badan turun mendadak, jantung berdegup cepat, cepat penat, tekanan darah tinggi, so badan pon cepat lemah WALAUPUN tak buat keje. On the other hand, orang yang sakit Hypothyroid aktif gile sebab jantung dia gerak lambat so peredaran darah pon slow. Paham dah? Tak paham ko tanye la makcik Wikipidi ek. Acik bagitau ikut pahaman cetek acik je lee.

And the question - cemanaa aku leh dapat sakit ni? Jawapannye - aku sendiri pun tak tahu. Anybody can get it. And some people already have it for years but tak tau it was thyroid until a good doctor detects it (ni Dr Zul la bagitau aku kan). Aku ni cube google pasal punca sakit ni and nahh, it could be becos of pregnancy. Pregnancy plays around with your hormons so it is natural that it mendles with mr thyroid as well. However Dr Zul decided not to assume that it was entirely because of the pregnancy to avoid misdiagnose. 

So, bermula dari hari jumpe Dr Zul tu aku kena telan ubat Thyroid yang pahit ya amat everyday walopun tengah loya2 morning sickness dan jumpe dia follow up setiap 6 minggu. Badan aku memang makin lama makin cekeping keding, muka cekung macam tengkorak ko, siyes. Bile pakai tudung tu tepi pipi aku ada lobang - leh seluk jari sentuh tinger (err paham tak maksud aku?). Keje? Nak duduk lelama pon takbleh camno nak kojo? MC sebulan. Memang idup aku dalam bilik baringgggg je ngadap tv, tido, tido, makan, syensyen, tido, kebil2, tido, kebil2, tido, tido (banyak tak tido aku?). Haaa memang cenggitu le aktiviti orang ada thyroid ni. Nak angkat kepala lelama pon tak larat, tu yang barinnnggg jek. Tak tipu. Tanya Mr Semtz.

Tapi yang tak sedapnya sakit ni satu je. Sekali ko dapat sakit ni seumur idup le dia melekappp ngan ko tau. It can be cured (wif medication etc) temporarily and will come say hi to you again maybe the next 2 weeks or even 2 years or even 20 years. Penyakit degil namanye. Aku dengor tu tak sedap hati tul.

Tapi apa2 pon aku setia makan ubat thyroid ni niat nak sihatkan badan nak carry baby until term. So tiba hari operation untuk pasang cerclage, aku rasa badan aku dah improve banyak. Ngetor dah kurang, bp dah normal, tak lemah sangat, berat pon mula naik. Alhamdulillah cerclage siap pasang, dok satu malam kat wad, esoknye discharge, 3 hari rehat kat umah, esoknya keje. Takyah citer la pasal cemana pasang cerclage tu ek. Macam yang 1st tu gak, cuma kali ni Dr Siti wat rilekk je le hihi.

Pejam celik pejam celik, masuk 5 bulan gitu, aku dah kembali sihat and normal dan hasil blood test aku punye thyroid dah cecah paras normal. Dr Siti terus advise aku stop medication takut thyroid level turun sangat akan affect baby plak. Aku ikut je. Depa doktor kan. Lega gak tak payah makan ubat dah. Banyak ko! Sehari 8 biji pahit ya Rabbi, lekat kat tekak tau pahit dia!

Cukup 20weeks ++, perut aku start besor, baby pon makin berat aku terasa nak jalan laju2 dah bahaya sebab terasa ngilu kat tempat cerclage tu. Bile bagitau Dr Siti, naturally dia suh aku kurang jalan and suggest bedrest kat aku bile kandungan masuk 30 weeks nanti. Bedrest plak sampai aku fullterm (40minggu). Syok woo dengor Dr Siti suh rehat tak payah keje hihi! So aku pun dengan sabornye pi gak keje ala kadar sekadar di pinggiran je pastu tunggu 30 weeks. Tapi keje pon seronok beb, pi ofis dapat pakai maternity dress! Rase bulattt je macam penguin hehehe. Cukup 30weeks, aku dapat MC dok umah layan perut dan baby pon makin besor. Dalam bilik je la aku layan diri. Nak turun naik tangga pon tak dibenarkan. Setakat jalan dari katil ke bilik air je. Boring ko, hari2 yang seloww camtu. tapi apa nak buat, demi beby yang dikandung, aku sabar.. dalam hati "Cepat laaa 40 minggu!" 

Nak citer panjang pasal pregnancy kali ni pon tak best sebenornye sebab aktiviti aku boring sangat so, dipendekkan citer dengan ayat terakhir posting kali ni = Ujian datang lagi tanpa diundang, uhukhuk

Wednesday, November 3, 2010

PREGNANT AGAIN, BUT...

2nd check up with Dr Siti seminggu lepas aku jumpa to confirm the 2nd pregnancy, I was pale, weak, nauseous.. the usual signs of morning sickness. Dr Siti looked at me 1 glance and suspect sumthing else. Not morning sickness alone! She asked to lift both my arms and both of us could clearly see the tremors on both hands. Menggeletar dua2 tangan aku! Aiyoooo I got the symptoms of hyperthyroidism?! 1st thing on my mind - will this harm my baby?

Panjang ceritanya. Nanti acik karang dulu ye.

RAINBOW AFTER THE RAINFALL

Selepas Daris tinggalkan kami, aku pantang sebulan (30 hari) je sebab Dr Siti bagi aku cuti banyak tu jek. Mak jaga aku 2 minggu then my MIL yang jaga lepas tu. Dr Siti siap pesan rehat 6 bulan sebelum buat baby baru :-) aku & Mr Semtz angguk je laa baikk doktor hihi!

Sepanjang pantang aku tenang. Nanges kadang2 je (especially bile aku cium kain pelikat balut Daris yang aku simpan tak basuh2 sampai hari posting ni). Aku tahan taknak ikutkan hati sangat sedih2 dalam pantang tak elok. Aku semangat nak pulihkan badan nak peknen balik as soon as I'm allowed. So bile start kerja, aku memang almost 100% recovered. Rajin giler aku kerja lepas tu sebab dah cuti sebulan kan, kena la cover balik (buat2 sibuk pun ye, nak elak dari terbabas buat baby ahahaha).


Agak2 dah masuk zon selamat, bulan Jun (Daris pergi 6 Jan), aku start makan Biodex balik. Satu set je for 2 weeks. Oh ye sebelum tu, start pantang je aku makan Jamu Mak Dara sampai le waktu aku aku amik Biodex pon aku still amik. JMD - HIGHLY recommended. Tip top hasilnya, cube dulu baru tahu. (Detail kesan dia takleh citer sini. Nak tau kena pm acik kay!).

Kali ni aku tak tau salah katner, Biodex tak jalan walopun lepas sebulan, 2 bulan, 3 bulan aku tunggu penty yang bersih, still good fren datang gak. Aku maintain JMD dan try amik homeopathy Kg Gajah lagi. Kali ni aku kol je doktor tu, dia antar ubat by post. Aku makan ubat dia dalam sebulan gak la, pon nothing happened. Tapi walaupun belum berhasil, aku tak la kecewa sangat sebab aku tau it's a matter of time je. So lepas cuba satu2, aku pon dibawak dek PIL aku ke kampung Melaka jumpe satu ustaz ni mintak air penawar. Dia tengok aku & Mr Semtz, dua2 ok, cuma rahim aku sangat longgar katanya. So kalau peknen lagi kena jagaaaaa sangat2! Dan aku tak boleh kena urut2 badan. Takut tersalah urut, tersalah urat. Aiyakk, baru je masa pantang tu aku kena urut ngan sedapnya 3 hari. Hmmm mungkin tu kot sebab aku susah nak lekat. Wallahua'lamm.

As usual, dalam dok usaha2 gitu, aku still cari info kat internet. Google tu memang paham perasaan aku kot, bila aku taip search 'trying to conceive', aku tertarik ngan website ni. Banyak gak website lain aku baca tapi ntah nape aku suker dgn info dalam website ini. So I contacted the owner mintak subscribe to her newsletter. Tiap2 minggu macam2 tips aku dapat. And one of them really is a miracle sent from Allah SWT - INSTEAD SOFTCUP


Tak payah la acik citer panjang2 apa mende nyer ek. Click kat link ni, you'll now what I'm talking about. Aku cari kat google kat maner nak dapat menda alah ni kat Mesia, and I found out Watson's ada jual. Laju je aku ke SACC Mall carik Watson's and taraaa ada 2 kotak je tinggal. Tu pon cam dah berabukk je kotaknye ko. Aku sambar satu RM19.90 ada 5 keping dalamnye. Balik tu test pakai, ok no problem. So I waited for my fertile day, pakai, jalannn. 2 kali aku pakai, good fren tak jenguk. Syensyen test stick pun mari - POSITIVE! Alhamdulillahhh... ! Aku terus jumpa Dr Siti to confirm and she was happy to announce I was 8 weeks then. We set appointment to do the cerclage at my 13th week. Info: Once you have history of cervical incompetence, you have to do cerclage in every pregnancies thereafter. Must.

Alhamdulillah, yeayy dapat pakai baju maternity balik! Hihik!

Tuesday, November 2, 2010

RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI

Ya, aku demam. Alkisahnya hari aku balik umah tu aku happy sangat dapat balik umah sendiri and bersemangat nak 'bermastautin' atas katil sampai baby 28 weeks. So aku macam rutin kat Salam jugak la malam tu, dan pagi esoknya berangkatla Mr Semtz 1st day kerja balik selepas seminggu cuti jaga aku. So pagi tu mak yang jaga aku - suap makan, lap badan, dan siap tolong keratkan rambut aku bagi pendek - senang nak urus (terer mak potongkan rambut aku tengah baring tapi lawoo tau).

Sampai waktu tengahari, Mr Semtz balik lunch, dia pegang dahi aku (rutin dia sejak aku balik umah, kejap2 check panas badan aku) dan perasan aku panas sikit. Aku pon terus perasan gak aku rasa sejuk sikit walopun takde ekon. Baby pon tak gerak sangat sejak malam tadi nye. Mak aku pon perasan aku kurang makan berbanding kat Salam. Semua mula perasan ada something wrong ngan aku. Terus Mr Semtz amik termometer - 39 darjah! Jap2 tu gak Mr Semtz kol Salam and depa advise datang hospital terus jumpa Dr Siti. So, Mr Semtz kol ambulan Jab Pertahanan Awam (Free service from anywhere to hospital).

Sampai Salam, badan aku mema
ng dah panas sangat & aku pon dah start menggigil. Tunggu Dr Siti yang tengah layan patient sekejap, pastu aku disorong masuk ke bilik dia. Sekali imbas dia tengok pad aku, "Hmm dah ada kuning2 ni, kena infection dah yang. Dia (baby) dah tak ada dah ni. Kita terpaksa keluarkan baby ye. Kalau tak, nyawa mak dengan anak dua2 bahaya. Kesian u, sabar ye. Ingat ini semua ada hikmah dari Allah". Mr Semtz yang dengar terus tekup muka sedih, aku pulak dah tak dengar apa2 lepas tu masa keluar dari bilik dia, air mata je mengalir. Aku pegang tangan Mr Semtz kuat2 nak dapatkan semangat. Rasa kecewa, sedih dan marah dengan diri sendiri sebab tak dapat bertahan untuk baby. Terasa aku bersalah sangat masa tu. Dan mengenangkan baby dah tak bernyawa dalam perut aku lagi bertambah sedih aku.

Aku disorong terus ke labor room. Dr Siti dibantu sorang lagi nurse terus prepare untuk bukak jahitan cerclage aku. Cuma berbekalkan gas etanox, Dr Siti bukak jahit aku pelan2, dan aku dah tak rasa sakit apa pun masa prosedur tu. Air mata je tak henti keluar sampai Dr Siti usap dahi pujuk jangan sedih sangat takut bp aku naik. Lepas jahitan bukak nurse tu bagi aku telan pil untuk induce baby out. Dia suruh aku rehat kat wad sampai ubat tu take effect, that is, sampai aku rasa contraction nak bersalin.

Sampai wad aku nampak Mr Semtz terus aku nangis mintak maaf kat dia tak dapat tahan baby. Dia pun nangis geleng kepala sambil pujuk aku "Takpe2. Gambatta yo (u dah berusaha dah) takpe, bukan rezeki kita kali ni". Berjurai2 la kami laki bini terkenang anak yang dikandung tak sempat jumpa. Allah je tahu perasaan kami waktu tu. Mak pun nangis datang peluk untuk pujuk aku.

Dalam setengah jam lepas aku baring, aku mula rasa sakit dekat ari2. Macam kena hiris je. Aku bagitau mak dah start sakit. Mula2 masih boleh tahan, sampai satu tahap aku sampai tutup mata tahan sakit, nurse datang cucuk ubat tahan sakit kat peha. Aku dengar dia kata, kesian aku sakit tapi baby tak ada so baik bagi ubat tahan sakit terus. Sedihnya aku! Tapi lepas dapat ubat tu aku mula rasa mengantuk. Dalam mamai tu aku sedar MIL dan mak aku ada dekat katil aku tengok kalau aku keluar tanda (darah). Bila darah keluar je mak panggil nurse. Nurse pon sampai dengan Dr Siti, check bukaan aku dan suruh aku teran sikit. Aku yang dah mamai tak lalu nak teran kuat so teran sikit je. Belum boleh lahir lagi. Dr Siti bagitau nurse biar aku bersalin atas katil je dan dia pon keluar. Tinggal nurse sorang tu yang monitor aku.

Akhirnya sampai rasa sakit yang tak tahan sangat . Nurse pun seluk, aku teran kuat2, dan keluarlah putera kami - masih dalam sac. Menangis aku tengok keciknya anak aku. Nurse keluarkan semua uri dan bersihkan rahim aku jap2 tu gak. Dah keluar semua, dia pun panggil Mr Semtz dan Dr Siti.
Dr Siti bukak sac baby bagi kami tengok. Ya Allah comelnya putera kami seorang hamba Allah yang sangat sempurna sifatnya dalam posisi tengah hisap jari tangan. Walaupun mata aku dah kabur dek air mata, aku masih nampak dekat kepala dia ada kuning2 tanda infection. Panjangnya ada dekat panjang pembaris panjang tu kot, dan berat dia Dr Siti kata dalam 800gm. Hidungnya mirip papa, dagu comel mirip mama, kaki tangan panjang mirip papanya jugak, dan jelas terbentuk little birdie anak lelaki mama. Terharu aku pertama kali melihat zuriat sendiri walaupun dah tak bernyawa. Terasa2 dia menendang2 perut aku seminggu yang lepas.

Dr Siti then invited all my family members to come greet my lifeless baby cepat2 sebelum dia biru (darah beku). Meraung kedua2 mak kami, dan yang lain2. Semua ambik gambar buat kenangan. Aku lepas tu dah mula mamai + penat so aku tertidur sampai entah pukul berapa. Aku sedar ada nurse datang amik baby untuk simpan dalam fridge sebelum kebumi esoknya. Malam tu Mr Semtz temankan aku tidur. Tidur yang saaangat nyenyak sejak beberapa hari ni.

Pagi esoknya lepas solat Subuh Mr Semtz ambil baby yang dah siap mandi dan dibalut dengan kain pelikat dia. Menangis dia tatang baby dekat aku bagi cium (aku cium kain je sebab tak boleh bukak kain - baby dah terlalu biru). Dan terus je dibawaknya balik ke rumah kami untuk kebumi.

Ya Allah , hamba redha dengan ujian ini. Berikan kekuatan pada hamba dan suami untuk pulih dan berusaha untuk zuriat lagi. Jangan lah kau hentikan rezeki ini di sini Ya Rahman Ya Rahim. Amin.



Muhammad Daris, papa & mama will always miss you.
May you rest in peace with Allah blessings.
InsyaAllah we will meet you there.
We love you, baby.


Monday, November 1, 2010

PANAS HINGGA KE PETANG? - PART 2

Selesai operate yang ntah berapa lama aku pon tak tau, aku disorong ke recovery room. Again I was left alone terkapai2 tengok syiling with my legs still very numb. Doktor bius (issy aku lupe betul nama dia) came to check on my bp a few times and since bp aku ok dan aku tak dizzy or muntah (reaction to the anesthetic), doktor bius tak-ingat-nama pon bagi OK to release me.

After a few minutes, Dr Siti datang dengan muke siyes, holding my hand asking me how am I doing. She then explained what happened back there - she said, my condition is called cervical incompetence and during op, she could see the baby sac so clearly and she had to sooo gently push back my baby inside the womb in order to pull my dilating cervix together and stitched it up. The cervix muscle was so dilated that she had virtually nothing to stitch up. She hoped it could hold for another 8 weeks so that I could safely deliver my baby at a safe week - 28. But even with all the hardwork done just now, it was still a 50-50 chance of baby holding in. Some more, she could see a tiny weeny dot on the sac, which means air ketuban can leak anytime. She just pray that the tiny dot/hole would seal up in time. She claimed it was the hardest cerclage she had ever had to do and if it was up to other gynaes, they would call her crazy for attempting and simply ask me to let go of the baby. But she, knowing that I had waited so eagerly for this long awaited baby, was determined to help in any way that she could.

Aku terkedu dan tak tahu nak kata apa except thank you, for giving me the hope and for having the faith in qada' qadar Allah. She insisted that I be bedridden throughout the pregnancy and to never even sit up. And my hips should be put up higher than my upper torso while lying down, meaning, aku kena letak bantal bawah punggung and bariiiing sepanjang masa. Syensyen ke yayak ke seme on the bed guna bedpan. Mandi pon lap2 je atas katil. Aku kena duduk wad seminggu untuk monitor then baru discharge. Dia tanya aku boleh tahan ke lagi 8 minggu posisi camtu? Aku ofkos angguk la. Tak fikir dah pasal kerja ke kena amik cuti ke. Apa saja untuk baby.


With all being explained, I was pushed back to my room and at the room door I saw Mr Semtz and straight away explained to him what happened. I had no idea how he perceived the news that time but I can see he was a bit taken back when I told him Dr Siti said it was still a 50-50 chance because of the tiny dot that could cause my water leakage and my womb become infected.

Mak aku, rupa-rupanya lepas dapat call dari Mr Semtz terus start kete berdesup dari Sitiawan ke Shah Alam. Sedih dia. Aku lagi sedih bila mak aku sedih. Mak siap baca air yassin untuk aku berbotol2 untuk aku minum. Sepanjang jalan mak asyik nangis je sambil doa jangan ada benda buruk berlaku. Bila aku cerita apa berlaku, mak masih sedih tapi mak bagi semangat insya Allah baby selamat. Kita dah usaha macam ni, sekarang doa banyak2 dan serah pada Allah. Frankly aku sangat2 lega tengok muka mak masa tu. Kuat balik semangat aku.

Maka mula lah hari2 aku di katil hospital, dengan tiub syensyen, IV, bantal bawah punggung, bedpan, minyak urut burung unta pakcu Chaom, tido yang tak lena, air Yasin mak aku, air jampi MIL, air jampi colleague Mr Semtz. Posisi aku memang tak selesa sangat. Air ketuban sentiasa meleleh keluar. Tapi mujur dalam kuantiti sikit. Setiap jam nurse datang check & tukar pad and monitor berat pad. Dr Siti check everyday rasa balance air ketuban and baby's condition (baby dah start menendang waktu ni so aku tau dia masih ada dengan kami). Malam2 tido aku memang tak lena. Mr Semtz yang temankan aku tiap malam. Dia laa yang tolong sapukan minyak burung unta pakcu Chaom, baru aku tido. Bile yayak, dia la yang tadah bedpan and bersihkan aku huhu. (Iklan: Korang yang anak dara tu kalo nak cari asben, cari mcm asben acik kay.) Pas tu bila waktu nak solat Mr Semtz duduk dekat perut aku bacakan Yasin bagi baby dengar. Aku pulak tak putus2 doa sambil usap perut cakap dengan baby jangan keluar dulu, mama & papa teringinnnnn sangat nak jumpa baby. Kalau keluar sekarang mungkin baby tak dapat tengok kami tau. Oh ya, baby kami - BOY! Dr Siti scanned 1 day and could see his tiny little birdie! Bercahaya muka Mr Semtz suker!

Genap seminggu aku di wad, Dr Siti datang untuk final check sebelum bagi kata putus. And after tengok condition aku ok dia releasekan aku dengan syarat - kalau demam terus datang hospital! Terus! Immediately! Sebab demam tu tanda ada infection. Dan kalau ada infection maknanya aku dan baby dalam bahaya.

So, petang tu siap2 untuk balik rumah guna ambulans called by Salam (bukan Salam punye). Terkial2 gak la mamat2 ambulance tu nak pindahkan aku dari katil ke dalam keta depa. Start jalan je ambulans aku dah rasa tak selesa sebab BERGEGAR GILER! Tangan aku sakit tahan pegang perut aku. Jalan dari Salam ke rumah aku takla jauh sangat tapi ya Allah laju nye ambulans main redah je jalan yang tak rata tu sampai aku rasa nak nanges je pegang perut yang bergoyang teruk! Sampai rumah, aku nampak Mr Semtz dah belikan katil bujang & satu kipas angin besar untuk aku. Waaa terharu tau.
Terus aku baring dan rehat untuk hadapi hari2 pembaringan kat rumah pulak. Home sweet home.

Hari esok nya. Aku DEMAM.

Friday, October 29, 2010

PANAS HINGGA KE PETANG?

Korang perasan tak katner kitorang lam gambar ni? Toksah garu pale, kang jatuh kelemumor merata laptop tu aihh, ni Bukit Tinggi laa. Perasan baju ku ada bump? Dalam bump itu ada baby usia hampir 20 minggu :-) Ekceli kan, sebelum dapat tau aku peknen, kitorang memang dah plan tahun tu nak honeymun for the ntah berapa kali la kan, dek kerana memang dah teringiinn sangat pi Bukit Tinggi aku pon book hotel ni online je, terus set dating ngan Mr Semtz. Ni malam Christmas eve (bukan sebab nak sambut noo.. sebab public holiday lorr). Cantik tempat tu depa deco ngan lampu liplap. Malam tu siap ada show free lagi (alah, nyanyi2, joget2, kuiz kanak2) Fun!

Anyway, balik dari Bukit Tinggi ni I was due to see Dr Siti for my 19th week check up. So, on the 29th, pagi2 tu masa pi toilet nak solat subuh aku pasan kat penty ada discharge putih with 1 very fine line of blood trace. Kencang gak jantung masa tengok tu tapi sebab memang dah nak jumpe doktor pun kann, so kui 9 gitu aku ngan Mr Semtz dah terpacak depan Salam. Pagi tu bekfes roti canai kat Maisya sebelah Salam ja. Eksaited ngan check up kali ni sebab it's the time to see the baby's gender dak laki ka dak pompuan. Saspen gak sebab, hiks, aku dah check guna Chinese calendar online, baby will be girl! And aku tau laki aku tu naaak sangat boy sebab Mr Semtz ku itu penetik ManU, so pepaham je la angan2 bapak penetik bola nih!

Tunggu sekejap, Dr Siti pon panggil masuk bilik. As usual tanya aku ada rasa apa2 ke bla bla. Aku pon terus bagitau pasai blood pagi tadi. Dr Siti doesn't look alarmed and just brush the issue off by saying it was probably due to bacteria infection & it was kinda common. Lega aku dengar! So naik atas katil, bukak tayang perut, gel pon mari, scanner pon mari, 2,3 saat pastu muka Dr Siti cam kelam sket. Dia dok tekan scanner kat bahagian dekat ngan ari2 dengan muka siyes, "Baby awak kat bawah lah". Aku belek skrin tu dok nampak bentuk baby tapi tak gerak2 sangat macam previous check up. "I need to do vaginal scan lah sayang, sorry ye, nampak baby u kat bawah sangat!". Ya Allah, tak elok ke kalo baby dok bawah? Kenapa dengan baby aku? Aku start risau tapi maintain tenang. Hati aku Allah je tau. Tapi dan2 Dr Siti seluk je ayat dia, "Oh sayang, jangan laa, jangan laa. Cervix dah terbukak 4cm dear. I can feel the membrane. We have to do an emergency cerclarge for you. Admit now. Pagi tadi ada makan? Jangan bangun langsung tau. Nanti kita amik wheelchair." Bomb. Aku rasa macam nak pengsan. Nampak muka Mr Semtz pucat. Are we going to lose the baby? Apa cerclarge tu? Aku kena operate ke? Kenapa cervix aku dah opened up? Macam2 aku pikir masa kena tolak masuk wad. Kat wad, lepas tukar baju, isi borang, nurse suh baring under doctor's order aku kena tunggu a few hours before op. Tinggal berdua dalam wad baru aku pandang Mr Semtz, dia pandang aku. Dia tanya nak bagitau mak aku ke? Aku kata bagitau tapi pesan mak jangan datang. Mintak mak doakan je. As for family dia, up to him. Mr Semtz keluar telefon, aku pon pujuk diri takmo nangis, sambil usap perut pujuk baby jangan keluar lagi. Dan memang aku tak nangis. Aku cuma takut dan mulut hati tak henti2 "Ya Allah, selamatkan baby hamba!".

Around pukul 1 tengahari, nurse datang untuk bawak aku masuk bilik operation. Sampai Operating Theatre (OT), aku kena tunggu doktor bius. Terkapai2 aku sorang2 kat bilik menunggu. Nervous sangat sebab tak tau nak expect apa akan berlaku. Masa tu aku harap sangat Mr Semtz ada sekali, rasa helpless betul! Dok sebut2 bius pon, even bius macam mana pon aku tak peduli. Aku asyik fikir baby je. Masih bernyawa ke tak ke. So lepas doktor bius (yang saaangat peramah dan sopan- asal nak pegang aku je dia mintak maaf. yes male doctor) datang pasang IV, sembang2 ngan aku tanya anak berapa etc2 , aku jadi rileks sket. Dia tak putus bagi semangat kata "InsyaAllah u ok. Muda lagi, badan boleh tahan."

Dr Siti masuk je OT, dia terus arahkan aku dibagi epidural shot. Bius separuh badan je, tak boelh full bius sebab takut ada contraction masa full bius can lead to complications. Berdebar je masa doktor bius tu suh aku mengerekot badan, aku takut baby terhimpit (boleh ke?). Dah risau kan, macam2 aku pikir. So, lepas shot, kaki pon start kebas dan beransur tak bermaya, Dr Siti pun mula selak sini, pung pang pung pang kat celah kaki aku, tak rasa sakit tapi terasa masa ditarik2 rahim aku. Terdengar Dr Siti kata susah nak tarik lah, dah bukak besar sangat lah, membrane dah nampak lah, aku yang sangat2 sedar waktu tu siyes tengah khusyuk baca surah alamnasyrah (mak kata baca surah tu utk melapangkan sesuatu kerja) nonstop berselang seli dengan syahadah. Takut ko. 1st time masuk OT, 1st time epidural, 1st time going thru a huge thing like this without Mr Semtz by my side, and it all happened in a blink. Baru pagi tadi aku makan roti canai dengan gembiranya eksaited nak tau gender baby, tetiba sekarang tengahari tengah kena operate dek Dr Siti to do an emergency cerclarge yang apa mendenya pon aku tak sure. Yang aku tau, cervix aku dah terbukak and baby aku nak terkeluar. "Ya Allah yang Maha Pengasih, selamatkan lah hamba dan anak hamba. Permudahkanlah usaha doktor yang merawat hamba sekarang." Itu je doa aku ulang2 baca dalam hati..

Thursday, October 28, 2010

HAPPY UWEKWEKK MOMENTS!

Yeayy, preggie lady in da house! Akhirnya merasa gak aku beli baju kat area maternity dept (bile pi departmental store aku slalu usyar area maternity ngan baby department okey, nak amik aura la kunun!) Baju adalah antara agenda utama aku lepas dpt tau aku peknen. Ntah nape sukerrr sangat tengok orang pakai maternity dress yang lawa2. Nampak comeyy je! Adakah aku pon nampak comey di gambar sebelah? Haha jangan muntah ye kawan2.


Anyway, aku lum citer lagi pasal 1st visit aku ke gynae utk 1st check up kan? Well, I was suggested by a colleague to consult with Dr Siti Mariam from Salam Hospital (now known as Shah Alam Specialist Center)
Aku start jumpa Dr Siti masa kandungan dah 8 weeks. Dia sangat teruja bila aku cerita aku dah 7 tahun kawen baru ngandung. Dan seperti orang lain, dia pon keluarkan soalan "Apa u amik ye? (untuk ngandung)". Aku pon seperti biasa gak lepas orang tanye tu jawab laa rezeki dari Allah, tapi amik jugak Biodex lah, homeopathy lah macam2 lah. Dah rezeki Allah kann, tak elok plak kata sebab ubat itu ini aku peknen plak. Ni 100% datang dari Allah. Biodex etc ni cuma sebahagian usaha aku je. Pada aku Dr Siti adalah gynae terbaik yang Allah anugerahkan untuk aku. Kenapa? Nanti aku cerita.

Masa awal2 ngandung ni aku start mabuk bila dah masuk 2 bulan gitu. Tak lama pun, dalam 3 minggu dah kautim. Mabuk aku memang tipikal. Takleh makan nasik, takleh cium bau Mr Semtz (sian dia ko, balik keje lam keta aku tutup idung turun tingkap macam dia keje lori sampah MBSA je tau ahaks!), takleh tengok citer makanan kat TV, dan yang paling pelik bin ajaib takleh bau durian walhal aku le antu durian kat kalangan family aku weh! (orang Peghok le kate kome..) Walopun morning sickness itu perit, tapi pengalaman sangat indah bile dah abis ngnadung tau! So, jangan riso le kot ngandung sok korang kena morning sickness teruk, beshhh woo hehehe!

Mr Semtz plak bila aku peknen ni terus jadik suami mithali terbaik yee. Mana taknye, sejak kawen tahun 2001, time aku mabuk tu la kali pertama aku tak payah iron baju kerja kilang dia hahaha! Habis dengan baju2 kerja aku sekali dia iron hihihi! Dan pertama kali gak la dia menolak kayu mop & vacuum cleaner sondol satu umah ko! Sayaaaang laki aku tu. Dia ada asma tau, tapi sanggup pakai mask buat seme kerja umah taknak bagi aku buat. Terharu beb! Dan waktu ni la aku betul2 percaya yang dia betul sayang kat bini dia ni (sebelum tu ada la ragu2 sket, sebab ye laa aku kan takleh beranak, terasa2 jee dia nak kawen lain ko hukhuk). Mak aku selalu cakap, nak tau orang tu sayang kat kita, tengok masa kita sakit dia macam mana. Dan aku terharu tahap dinasour ngan kasih sayang Mr Semtz tau, korang baca je laa pas2 ni aku citer. Adeh, sesi tangkap leleh plak mau mari. Sile sile cari tisu sebelum aku cerita next posting.

WE ARE PREGNANT!

Korang penah dengor tak pasal orang tak ber-anak lepas amik anak angkat terus ngandung? Aku ni jenis sangat percaya qada qadar Allah SWT so bila ramai yang suggest angkat anak, aku sangat2 reluctant. Mr Semtz lagi lah, man-ego, hiks! Tapi selepas bertahun lama kawen (7,8 tahun tu lama koo) tak beranak, you will do whatever it takes despite your own principle to get pregnant. Dan aku pon pelan2 pujuk Mr Semtz. Ayat aku masa tu kalo tak salah - "Sape nak jaga kita bila dah tua sok?". Bila dikenangkan ayat tu, memang akan buat aku fikir panjang. Takkan la adik2 aku atau adik2 Mr Semtz nak jaga abang/kakak depa yang tua bangka ni sok2 kann. So, aku pon slowly korek info on adoption. Of course yang guna agent luar ni la, sebab kalo guna jalan lurus a.k.a Jabatan Kebajikan, haa al jawabnye sampai tua sok baru kitorang dapat angkat anak sorang kot (tak caye, korang try tepon welfare office tanya baper panjang list parents yang nak angkat anak? pengsan ko dengor tau!)

Story mory cut shorty, aku tingat la kat ex-colleague aku yang angkat sorang baby boy guna agent ni. Bayor about few thousands and memang bela dari baby tu brape ari jumpa dunia lah. So aku pon tepon minah ni, (dia lagi sian ko, 1st baby meninggal lepas brape ari lahir due to hape ntah, huhuhuuu memang sian sangat) and dia pon suh aku pikir masak2 semasak2nye sebelum dia intro aku kat tempat dia amik baby dia dulu. Kena bayar kalo tak salah 3k ringgit mesia and everything will be done from mahkamah to surat veranak etc. Kitorang cume isi borang, submit almende alah itu ini, goyang kaki, tunggu baby. Siap leh pilih baby lagi. Ekceli agent ni mukan le jenis pasar gelap tu, legal lah kot sebab depa leh buat seme legal doc on your behalf, cuma kena bayar lah. Bukan jual baby tau. Beza ngan Welfare Dept, is the fee. Govt ofkos la free. Tapi lambaaaaaaaaaaat le kan! Yang ni sap sap soy je. Babies yang depa amik ni plak are from a shelter house for young pregnant teenagers, so go figure out yourself lah how the babies was made. (Iklan: Jaga anak2 dara anak2 teruna korang bile depa dah bercouple tu ye.. bile berdua, nomor tiga tu assyaitonnirrojimmm).

Bile dah suh fikir tu, ofkos la, kitorang amik pandang orang keliling gak, especially our family members. Mak aku terang2 tak suker tau. Tetap gak dia suh aku cube lagi, tunggu lagi. Zuriat sendiri lain ngan zuriat orang katenye. Tapi macam mana la mak oii, anakmu ni dah stress tahap gaban bile cecah umur 3 series ni masih tak berzuriat uwaaa! So, dengan opinion mak aku tergantung camtu, aku pon hold dulu lah nak pi tengok baby angkat.

Kuasa Allah, dalam kalut2 fikir nak amik tak nak amik tu, satu hari di bulan pose (masa ni dah tahun 2008) acik pasan good fren lambat lagik, so seperti rutin biasa - mari kita checkk! Jeng jengg... 2 LINES? Dua ke ni? 1st time dalam sejarah testing syensyen acik dapat tengok ngan jelas 2 garis kat stick tuh! Ingat lagi time tu baru nak mandi balik keje, terus kuar balik bilik air tunjuk kat laki i tanya dia nampak 2 lines tak? Blur2 je Mr Semtz angguk (sebab dia tak tau ok, apa makna line2 tu). Aku ofkos la muke eksaited tanya dia sambil dok ulang soalan & dia pun ulang jawab. Then bila aku kata 2 lines tu maknanye peknen baru la aku nampak muke dia plak eksaited haha. So, pas berbuka hari tu, berdesup laju je la kitorang ke klinik Noor Hajar Seksyen 18. Aku sorang je masuk bilik doktor. Hai... Allah je tau perasaan aku masa doktor cakap (sambil pegang test stick) "Ni confirm pregnant ye!" Alhamdulillahhhhhh! Syukurrr Ya Allah!!! I was 6 weeks preggy that time!! Senyum lebar (sambil ketar2 ko! eksaited sangat hihi!) Aku bagitau Mr Semtz, memang lagi lebar la senyum dia! Pastu lam keta balik umah dua2 cam kerang busuk hahaha! "We are going to be mama & papa, finally!

And that was about 1 month after I took Biodex, you all. Haa sape nak beranak (lagi), pi cari kat kedai cepat! :-D

Wednesday, October 27, 2010

KAMI NAK ANAK! - PART 2

Tamatnye pantang makan ustaz magik Seksyen 17 tu, maka tamat juga la harapan aku. Dekat setahun gak lepas 'abis pantang' tu kitorang gigih berusaha nak peknen, tapii..aishh, tiap bulan bila itu 'good fren' datang jugak, saya sedih jugak laa huhu. Asal lambat sket je good fren tu jenguk, aku test. Macam2 jenis test aku try, baik yang murah, yang mahal, yang digital pon aku sambor (kut2 air kumuh ku itu perlu alat canggih je baru menjadik kann). Ada laaa beberapa false alarm yang sanggaattt la bagi harapan tapi fren yang tak berapa good tu jenguk gak aku tiap bulan, uwaaa sedih acik tiap kali kena inpom Mr Semtz tau. Sebbek laa laki den tu cool semedang, takde tunjuk tensen2 cam bini dia ni.

So, next step? Aku torai laa itu produk yang digilai ramai couple cam kitorang - BIODEX. Korang penah dengo kan? Ekceli, masa pantang makan ustaz tu aku dah usyar gak criter pasal Biodex ni kat majalah peberet - Mingguan Wanita. Masa tu still tak banyak testimonis. Ada la dua tiga kerat. Pastu Biodex pon waktu tu glemer ngan produk kuruskan badan je. Untuk dapat zuriat masih ala-ala eksperimen gitu. Aku pon antara nak try, tak nak try, tapi akhirnya aku pon try laa.

Masa beli tu takde pon kena dengar penerangan dari akak toko jamu tu (macam sekarang wajib dengor, katanye, takut user salah makan). Aku men sambor je satu set untuk consume sebulan (ekceli 2 minggu da abes, depa tipuu ka, aku yang salah makan ka ntah la hiks!). Lepas abis satu set tu berdebar gak buat test syesyen macam selalu, tapi kecewa gak. Tak sambung pun set baru sebab masa tu kewangan pon kurang bernas, satu set Biodex plak regenya dekat RM300 tau, mano la den ado allowance every month untuk itu je. Lagipon dalam hati tak laa letak harapan sangat kat Biodex tu, setakat nak cube2 manje je.

So, habis Biodex, aku pon abes ikhtiar nak telan apa lagi. Alkisahnye selepas itu, tak jugak lekat2, acik pon amik keputusan drastik. ANAK ANGKAT.
Uuu?? Giving up? Tak laa.. Ikut kata orang, kalo aku acah je cakap kotkot bile dengor perkataan anak angkat tu, badan aku terkejut sket, terus jadik miracle kee hehehe, boleh gitu? Hehe..Tapi kan, memang macam yang dikata itu laa yang terjadi. (jeng jeng jeng)

Sambung lagi nanti ek! :))

KAMI NAK ANAK!

Banyak orang tanye aku macam mana aku leh ngandung setelah dekat 10 tahun kahwin (8 years to be exact).
Well, bukan senang ye kitorang nak harungi hidup berumahtangga tanpa cahaya mata. Hanya yang pernah lalui je paham yuu.
Stress wooo tengok orang dokong baby. Kena plak kenalan yang baru kawin. Dan macam yang aku citer lam entry sebelum ni la, soalan2 maut dari orang keliling, sedara mara, kawan2, pon menambah stress pada couple macam kitorang. Tambah2 plak kalo wife/hubby is anak pertama dalam family (macam Mr Semtz lerr). Aduhh tertekan sungguh bila tengok PIL aku dok usya cucu orang. Pahamm2 makk..ayahh.. sabor ye.. kami pon nak zuriat jugak huhu. Berendam air mata je idup masa tu, korang tak tauu.

Ok, lepas nikah, aku admit, memang kitorang tak plan nak terus ada anak ok. Tapi takda la sampai pakai protection ke hapa, cuma cakap2 kat mulut je “Kalo boleh takmo anak cepat sangat!” , haaa tu laaa! Jangan eksyen dengan Allah! Terus rezeki anak kami di KIV, insaf kitorang… astarghfirullahala’zimmm.
So, lepas nikah agak2 setahun tu dan aku dah tak bleh tahan dengor jiran tetangga sedara mara tanya soalan yang aku benci sangat waktu tu, kitorang pun mula cari punca masalah nape aku masih tak peknen.

Story cut short, maka bermula la sesi jumpa doktor pakar sakit puan- ambik clomid (ubat horman kesuburan untuk pompuan)- rehat 6 bulan - amik clomid lagi (1 session for 2 months, then break for 6 months before start a new session, so korang kire la total months aku on clomid ni).

Clomid tak jalan, badan aku je yang macam dipam2, plus jerawat merata2 muka uwaaaa! Dah namenye ubat hormon kannn. Pastu kitorang cuba homeopathy laks. Ubatnye bulat2 kecik dalam beberapa botol yang dinombor (kirenye makan ikut giliran nombor botol laa). Sekali sesi, 6,7 botol kena makan. Caranye, amik beberapa biji (ikut arahan), kemam bawah lidah. Time interval is between 2 to 4 hours (ikut arahan). Doktor homeopathy ni spesel sikit. Dia boleh ‘scan’ pesakit dari suara je. Ko angkat tepon, cakap dengan dia, dia leh detect kadar gula lam darah ko brape, bp ko brape, ada urat tergeliat ke, tulang patah ke, ada sel2 kanser ke. memang rezeki Allah kurnia kat dia untuk bantu orang sakit cenggitu gayenye kan. Klinik dia kat Kampung Gajah, Perak. Aku amik ubat homeopathy ni 2 kali, Mr Semtz sekali, so korang agak sendirik la sape yang bermasalah di sini yer (uwaa!)

Homeopathy tak jalan, (waktu ni dah masuk tahun ke 5 ke 6 ke aku pon tak ingat), kitorang cuba ubat tradisional plaks. Kitorang dapat info ada seorang ustaz spesel dekat Seksyen 17, Shah Alam ada klinik air akar kayu. Apa yang spesel? Ustaz ni scan penyakit ngan mata dia je. Ko dok kat kusi ngadap dia, dia gurau2 senda tanya detail ko itu ini, haa pastu dia bagitau le ko ada sakit apa2. Kitorang ni memang suker cari doktor spesel leh scan2 cenggini kan hihi!

Haa, ustaz ni punya air akar kayu memang payau ya amat. Dah la banyak sehhh! 1 atau 2 botol air yang besau botol minyak 5 liter tuh utk setiap jenis penyakit! Kalo ada 10 penyakit, haa togok la lebih 10 botol! Tapi minum ikut arahan la. Pastu satu yang spesel ustaz ni, dia wajibkan kita pantang makan. Siap ada list lagi makanan yang dipantang untuk penyakit2 common macam kencing manis, buah pinggang, fibroid, darah tinggi, etc.

Aku di scannye, terus ustaz tu kata aku ada fibroid. Di scannye Mr Semtz ,“ Awak ok, 7 tahun kawen, 7 orang anak pon leh dapat!”, chett!! Aku le yang bersalah tu! So, berbekalkan air yang ntah berapa botol, dengan list pantang, aku pon berdoa la moga usaha kali ni berjaya, sebab pantangnye mak oii macam orang mengandung ko! – 9 bulan! Apa yang aku takleh makan? Ayam, telur, milo, ais krim, coklat, benda masam2, jeruk2, iskk byk lagi la seme makanan ruji aku! Tapi bab ayam ngan telur tu memang 9 bulan tu aku terasaaa sangat susahnya. Korang bayangkan sendirik le menu aku hari2 kat umah yek. Kot beli tapau pon leh agak la kan ayat order aku “Mi goreng takmo telur takmo ayam yeee!” adehhh, sedap ke ko tanya?

Hmm, berjaya ke usaha murni aku berpantang cenggitu 9 bulan? Tunggu aku citer next posting ye..

Saturday, October 16, 2010

THREE'S A CROWD? NOOOO! :-)



Jangan ada yang tergude ngan jelingan manja si kenit Semtz junior aka Mikail ni ye. Inilah buah hati pengarang jantung makpak dia yang berkurun lamaaa menanti kehadiran seorang angel muke cenggini mmmuahhh!!! Caaayangg anak mama!
Alkisahnya nak mendapat seorang cahaya mata setelah bertahun2 kahwin macam aku ngan Mr Semtz, macam2 jalan onak berduri kena tempuh. Selepas kurang lebey 2 tahun si pengantin lelaki terima nikahnye si pengantin pompuan, physically, mentally, financially, seme kena kuat tahan ribut taufan puting beliung terutamanya ribut taufan al makcik2 yang suke beno smash soalan2 maut “Belum berisi lagi?” , “Dah jumpa doktor?” , “Dah try itu ini?”, “Tak cube ubat kampung?” etc etc etc. Aishh, telinge memang kena tebal bak buku tepon tu le kalo nak survive tatkala berada dalam radius kawasan kumpulan al makcik2 anyam ketupat waktu petang. Pastu hati plak kena cool memanjang bile dengor citer kawan sana dapat baby, member sinun beranak lagi, anak makcik tu tambah askar lagi, yang baru kawin bulan lepas dah uwek2! Huwaaaa kalo tak cool, maunye hati ni kecut mecut macam kismis dek terpendam perasaan jeles, sedih, kecewa etc etc. Sakit woo.
Err, situasi2 di atas ni dari persepsi & perasaan seorang isteri ye. Kalo nak tau dari bab sang suami, sile tepon Mr Semtz tanye sendirik. Bini dia tanye dia takmo jawab.
Nak citer cemana rezeki tak ternilai dari Allah ni akhirnye sampai jugak kepada kami berdua, nanti acik bukak sesi karangan lepas ini ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggal Link Kat Sini Ye!