Wednesday, April 20, 2011

DAH JUMPA DOKTOR DAH.. SEMUA OK DAH.. TAPI KENAPA BELUM MENGANDUNG LAGI NI?

Terima kasih pada kengkawan Fesbuk tuan kemah yang sudi share entri aku semalam kat wall depa. Nasihat yang elok, apa salahnya dipanjang-panjangkan kannn, ni asek citer gosip je nak share ngan orang len (eh, KD dah ngandung EMPAT bulan? bukan baru kawen SATU bulan ke? opppsss tergosip pulakkk lalalalala)

Tapi aku tahu, ramai yang akan kata doa dan usaha tu depa dah lama tahu. Tapi usaha yang macam mana? Adeh usaha laa. Usaha buat check up kat spital, jumpa pakar, buat treatment, cuba berurut, ambik petua orang lama, kaji anatomi diri sendiri, monitor waktu subur si isteri, buat 'overtime' sikit, makan makanan fertility-friendly etc etc.. banyak la.
Adeh, bukak tenet tu jangan la asek masuk kemah gosip je atau kemah masak-masak je atau kemah blogger pemes je, masuk le kemah pakcik gugel ke, kemah amid arshat ke, cari info. Usaha, usaha!
Di samping tu jangan lupa DOA.. macam aku tekankan semalam.

Dah jumpa doktor?
Dah buat treatment?
Dah cuba petua macam-macam?
Dah doa?
Kalau seme dah, tapi masih belum ada rezeki lagi, SABAR... Jangan stresskan diri ok.
Kita dah usaha, dah ikhtiar, dah doa, sekarang sabar la. Kalau tanam pokok durian pon kena SABAR tunggu pokok besar- berbunga- berbuah- buah gugur- baru dapat makan kann?

TAPI, kalau ada yang TAK BOLEH sabar, dan rasa ada sesuatu 'lain' yang menghalang rezeki zuriat ni, baiklah cuba berubat cara Islamik. Mungkin ada 'hamba Allah' yang mengganggu rahim si isteri (makan telur, makan embrio, rosakkan ovari) atau kilang si suami.
Bab ni sebenarnya antara penyumbang terbesar kenapa ada istilah mandul.
Tapi dengan izin Allah, 'mereka' boleh dihalau dari mengganggu sebab dengan izin Allah juga mereka dapat mengganggu.

Aku tak suka nak cerita pasal isu mistik dalam hal sukar mengandung ni sebab bukan semua orang boleh terima dan boleh percaya adanya sebab ni. Tapi ce korang taip 'ciri-ciri gangguan jin" kat tenet, confirm akan ada frasa 'sukar mengandung' yang kuar. Tak caye ce taip.

Ok, aku takkan elaborate lebih-lebih bab ni hanya sebab aku tak suka cerita pasal 'diorang'. Tapi macam aku cakap, ini adalah salah satu sebab sukar mengandung. One of the major, I'm afraid. Selalu kan kita dengar, "Dah check merata doktor dah, seme kata ok.. tak tau salah kat mana dah.."  ..hmmm tu kemungkinan besar ada yang 'nakal' la tu. Cuba cari perawat Islam dan tengok kalau ada gangguan saka atau sihir atau ada yang menumpang dalam badan tu, dan cuba buang ye.

Segala yang buruk dari aku, yang baik dari Allah.

"syemayang jangan tinggal laa anti ankel.. baru syetan tamo dekat!"









7 respon yang Tuan Kemah dah baca:

dwaty said...

info yang baik tuk mereka yang dah kahwen...

Sari Yusa Ibrahim said...

urmmm... rupanya...

Ija Zambry said...

dwaty - yes. yang nak kawen pon elok gak :-))

sari - ramai yg tahu tapi menidakkan..

*∽ IZAN ∽* said...

teringat drama mantera anjasmoro uhuhuhu

Ija Zambry said...

izan - huuu citer2 slot seremm2 ni memang takkan terbukak la kat tv umah k ija. tak suke taww hihih!

lizz said...

saje nak share ape yg ustaz mase kat mekah bgtau we all. dia kate, org yang belum dapat anak ni even dah usaha macam2...Allah belum percaya dia boleh pikul tanggungjawab sebagai ibu bapa. cuz anak-anak tu amanah. katanya lah. huhuhuhu

Ija Zambry said...

salam lizz - ye, wallahualam la kan. hanya Allah yang tau apa yang terbaik untuk kita. selalu dengar tu, tapi untuk yang boleh terima, takpe la. untuk yang tgh stress mungkin akan lebih stress bila dlm fikiran dia ada kekurangan amat besar sampai Allah tak boleh amanahkan anak seorang pon kat dia walhal yang dok buang2 tepi longkang tong sampah tu dah bersedia ke? sensitif isu ni. siapa yang melalui je tahu sebenarnya rasa mcm mana.
seronoknya lizz da ke mekah ek. tu yg blog lama sepi tu ek?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggal Link Kat Sini Ye!