Tuesday, April 19, 2011

SUSAHNYA NAK DAPAT ANAK, KAN?

Ada bermaaaaaaacam sebab susah nak mengandung. Baik dari segi fizikal, mental, medikal, spiritual, you name it. Mereka yang dah lebih setahun berkahwin tapi masih belum 'lekat' patutnya dah tahu punca jadi begitu. Mereka yang baru kahwin 3,4 bulan tapi dah risau tak 'lekat-lekat' tak patut risau dulu. Buat la 'overtime' sikit (yang paham diam, yang tak paham pon diam hepp!)
Bagi yang dah mencari dan berjumpa solusi (adeh mcm ar-ti-em), usahakan dengan solusi itu.
Tapi bagi yang tercari-cari kat mana nak mula, nasihat aku - pergi kepada yang pakar - Yang Esa.
Bertaubat la cuci diri sebab dosa itu mungkin salah satu penghalang (ye la, umpamanya ko pecahkan mangkuk perex mahal mak, pas tu ko mintak henpon ko expect mak nak bagi?)
Doa selalu minta petunjuk dan panduan. Lepas tu ikut kata hati sebab itu la jawapan dariNya (ko nak tunggu jawapan dalam bentuk apa lagi? email?)

Aku banyak bagi pengalaman sendiri mendapatkan zuriat (klik kat tag Pregnancy - berderet keluor). Ini cuma pengalaman aku dan solusi yang aku dan Mr Semtz ambil mengikut kemampuan kami. Kalau ada yang mencuba cara sama tapi masih tak berhasil, aku mohon maaf. Mungkin serasi bagi kami tapi tidak bagi kamu.
Setiap kejadian pada setiap manusia dijadikan berbeza, jadi solusi nya pun tentu la berbeza.

Aku berharap sangat untuk pasangan yang macam kami ni, jangan berhenti dari perkara yang paling penting > BERDOA. Sebut dalam doa tu bagi terang:

"Ya Allah ya Tuhan kami, permudahkan usaha kami mendapat zuriat, tunjukkan kami jalan yang benar ke arah nikmat rezeki Mu ini, ampunkan dosa-dosa kami andai ia menghalang kami mendapat rezekiMu, kuatkan lah kesabaran kami dalam menjalani ujian Mu"
(Ini contoh doa aku dulu .. sayu plak rasanya. Dah hafal dah ayat-ayat ni ye laa dok ulaaaaaaaaang 3 kali tiap kali lepas solat selama bertahun-tahun dan akhirnya Alhamdulillahh..)

Bila kita berdoa gitu, otomatik hati akan lebih tenang, lebih kurang rasa tekanan, lebih fokus dengan apa yang kita nak buat. Itu magiknya doa. Kalau ada yang berdoa tapi tak rasa begitu, pepaham la, doa tak ikhlas la tu.

So, morale of  the story (er story ke ni?) kepada pasangan-pasangan yang senasib dengan aku + Mr Semtz:
Bertaubat hari-hari >  Doa jangan tinggal > Usaha sungguh-sungguh > Bila tak berjaya, usaha lagi! 

tunggu lama pon berbaloi-baloiii ♥


9 respon yang Tuan Kemah dah baca:

ஐ๑makdara TERdiva๑ஐ said...

penantian itu satu penyiksaan..tp pengakhirannya manis yg berpanjangan!

ecewah!!

Ija Zambry said...

mdt - betui2. manisss aih sampai lupe cemana rase pahit dulu2 echewahh bunge2 ayatkuu hehe

Anonymous said...

Glad for you...itulah berkat doa....

*∽ IZAN ∽* said...

insaf ada kelakar pun ada entry k.ija nih eheheheh.
Alhamdulillah..!! berkat kesabaran lahir putera yg comel ~ berbaloi baloiii eeheheheh

Ija Zambry said...

izan - alhamdulillah..isy sabar tu senang je cakap, yang menempuhnye aduhhhh..tapi ye la berbaloi baloii!

cujen said...

hmm. nak cuba cara ni. dah 6 bulan kawen tp still takde tanda apa2.. umo dah makin lanjut ni. thanks for sharing.

salam singgah dari CUJEN THE LEJEN

PLEASE SUPPORT MY CAMPAIGN.^_^. TQ

Ija Zambry said...

cujen, silakan. 6 bulan masih awal lagi tu yangg. jangan risau. kalu 6 tahun haa barula risau sket hahaha!

Ema Mokzima said...

ija, saya dh setahun kahwin... masih tak de rezeki.. insyallah saya akn amalkan doa mcm awk... mudah-mudahan Allah mendengarkan doa saya dan di perkenankan..amin...

Ija Zambry said...

salam kenal ema - sile2 amalkan la benda baik saya kongsi, benda jahat saya wat sesorang hehehe. jgn putus berdoa. baru setahun insyaAllah ada tu, kena rajin sket ye hehe>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggal Link Kat Sini Ye!