DULU: "zzzzzzzzz......" |
SEKARANG: "♫ goyang goyang goyang montot.. ♪ hmm hmm hmmmm.. ♫" |
23 April ni genap 9 bulan usia si Mikail.
Milestone?
Baru belajar angkat montot dan goyang-goyang ke depan ke belakang. Baaaaaru dapat skill buat kekuda untuk aksi merangkak (hasil training dengan si cousin kat umah nenek).
Ya, Mikail agak lambat sikit perkembangan motornya (motor skill). Mula meniarap di umur 6 bulan. Angkat dada di umur 7 bulan. Gostan dan pusing dalam posisi meniarap di umur 8 bulan. Dan sekarang dah nak masuk 9 bulan, Mikail akan bergolek-golek, berpusing-pusing 360 darjah untuk mendapatkan sesuatu. Dia tak menyulur ke depan tapi menyulur ke belakang (gostan la tu). Gaya tipikal Mikail bila meniarap ialah 'payung terjun' (bayangkan aksi penerjun tatkala payung terjun belum kembang).
Dari segi perkembangan lain, Mikail sudah mula belajar bermain bunyi dengan mulut comel-rase-nak-kunyah-kunyah dia dan bunyi feveret Mikail ialah "Prreeerrrrrrrrr...prrrerrrrrrrr, brrerrrrrrr..brerrrrrrr" sambil diiringi semburan saliva berbau susu. Comel tapi comot.
Tapi sejak 3 minggu lepas, Mikail mula mengeluarkan bunyi seakan-akan perkataan bahasa yang difahami manusia yang mana telah mencetuskan keterujaan dalam hati Mr Semtz dan kejelesan mendalam dalam hati aku - Mikail telah menyebut "PA-PA!" (tamparan hebat untuk mama ko yang penat meneran dulu tauu..).
Bukan baby selalu sebut huruf 'M' dulu ke? Tak puas ati.. tak puas ati..
Well, am I worried with his development? Tipu la kalo kata tak risau. Tambahan pulak Mikail ada seorang cousin yang beza seminggu (Mikail lahir seminggu awal) dan si cousin dah mula memanjat tangga dan tiang buaian bila mana si Mikail hanya mampu melihat dengan penuh eksaited dalam posisi 'payung terjun'nya, adehh la anakku..
Tapi tu la, setiap baby ada lead time masing-masing dan skill 'motor besar' (major motor skill - bukan motor ducati atas jalan tuu..korang pon agak-agak la) iaitu meniarap, merangkak, duduk, berjalan - are all gained naturally and not by learning. Semuanya 'didapati' secara semulajadi oleh si bayi dan bukan 'dipelajari'.
Bak kata opah Mikail masa aku bukak mulut pasal Mikail tak meniarap lagi masa dia 5 bulan - "Kalau Allah tak izinkan Mikail meniarap lagi, maka tak meniarap la Mikail. Buat macam mana pun Mikail akan baring terlentang jugak".
Aku selalu dah google pasal 'babies development milestone' ni dan aku percaya kerisauan aku ni berasas tapi tak bermakna. Lain la kalau si Mikail masih terlentang tangan terkapai-kapai sampai hari ni tak reti-reti nak meniarap kannn.. Lagipun Mikail was a premmie. Dia lahir awal 6 minggu. So lojik nya dia cuma 6 bulan lebih je sekarang. So, aku cuba untuk tak risau lah (dan hati aku eksaited gile tengok Mikail dah angkat montot 2 minggu lepas!).
Well, we'll just have to wait and see how he goes from here. Kan Mikail?
7 respon yang Tuan Kemah dah baca:
relax kak ija..wlpn mika x reti memanjat lg tp die bergigi...ayen ronggak lg..hihihihi
as salam..
wah!.. dia besar sudah.. hehehe
semoga menjadi anak yang soleh adeq.... ^_^
anony - (naza ke?) haha ayen punye kalsium pi kat tulang - tu yang manjat sana sini tulang kuat. mikail pi kat gigi hahahaha!
mujahid - aminn..insyaAllahh..
sabar dear..
ai dulu pun penah rasa cenggitu masa akim lambat berjalan..tp akim ni spesel kes! nak tau ko selak2 la N3 pasal akim yg lepas2
now, alhamdulilah dia dah aktif lagi agresif dari abg dia.. :)
mdt - biasa la ati mak. risau woo. tapi skrg da kurang la. tengok dia pon ektif semacam n fokus seme ok. cume malas nk gerak je. mungkin gak sebab asek berdukuuuung je - anak manja!
eh, akim ada kes? nanti ada masa nt aku godek kemah ko ek.
goyang muntut??? nak tengokkkk!!! this weekend i'm coming... tak kira.
hihi takyah risau sgt, baby2 punye tumbesaran memang tak same kan.ada tu die x ikut step by step..teros je melangkau. kut2 sok mikail terus aje berdiri. yang penting kite as parents kene kasik support..
Post a Comment