Monday, November 1, 2010

PANAS HINGGA KE PETANG? - PART 2

Selesai operate yang ntah berapa lama aku pon tak tau, aku disorong ke recovery room. Again I was left alone terkapai2 tengok syiling with my legs still very numb. Doktor bius (issy aku lupe betul nama dia) came to check on my bp a few times and since bp aku ok dan aku tak dizzy or muntah (reaction to the anesthetic), doktor bius tak-ingat-nama pon bagi OK to release me.

After a few minutes, Dr Siti datang dengan muke siyes, holding my hand asking me how am I doing. She then explained what happened back there - she said, my condition is called cervical incompetence and during op, she could see the baby sac so clearly and she had to sooo gently push back my baby inside the womb in order to pull my dilating cervix together and stitched it up. The cervix muscle was so dilated that she had virtually nothing to stitch up. She hoped it could hold for another 8 weeks so that I could safely deliver my baby at a safe week - 28. But even with all the hardwork done just now, it was still a 50-50 chance of baby holding in. Some more, she could see a tiny weeny dot on the sac, which means air ketuban can leak anytime. She just pray that the tiny dot/hole would seal up in time. She claimed it was the hardest cerclage she had ever had to do and if it was up to other gynaes, they would call her crazy for attempting and simply ask me to let go of the baby. But she, knowing that I had waited so eagerly for this long awaited baby, was determined to help in any way that she could.

Aku terkedu dan tak tahu nak kata apa except thank you, for giving me the hope and for having the faith in qada' qadar Allah. She insisted that I be bedridden throughout the pregnancy and to never even sit up. And my hips should be put up higher than my upper torso while lying down, meaning, aku kena letak bantal bawah punggung and bariiiing sepanjang masa. Syensyen ke yayak ke seme on the bed guna bedpan. Mandi pon lap2 je atas katil. Aku kena duduk wad seminggu untuk monitor then baru discharge. Dia tanya aku boleh tahan ke lagi 8 minggu posisi camtu? Aku ofkos angguk la. Tak fikir dah pasal kerja ke kena amik cuti ke. Apa saja untuk baby.


With all being explained, I was pushed back to my room and at the room door I saw Mr Semtz and straight away explained to him what happened. I had no idea how he perceived the news that time but I can see he was a bit taken back when I told him Dr Siti said it was still a 50-50 chance because of the tiny dot that could cause my water leakage and my womb become infected.

Mak aku, rupa-rupanya lepas dapat call dari Mr Semtz terus start kete berdesup dari Sitiawan ke Shah Alam. Sedih dia. Aku lagi sedih bila mak aku sedih. Mak siap baca air yassin untuk aku berbotol2 untuk aku minum. Sepanjang jalan mak asyik nangis je sambil doa jangan ada benda buruk berlaku. Bila aku cerita apa berlaku, mak masih sedih tapi mak bagi semangat insya Allah baby selamat. Kita dah usaha macam ni, sekarang doa banyak2 dan serah pada Allah. Frankly aku sangat2 lega tengok muka mak masa tu. Kuat balik semangat aku.

Maka mula lah hari2 aku di katil hospital, dengan tiub syensyen, IV, bantal bawah punggung, bedpan, minyak urut burung unta pakcu Chaom, tido yang tak lena, air Yasin mak aku, air jampi MIL, air jampi colleague Mr Semtz. Posisi aku memang tak selesa sangat. Air ketuban sentiasa meleleh keluar. Tapi mujur dalam kuantiti sikit. Setiap jam nurse datang check & tukar pad and monitor berat pad. Dr Siti check everyday rasa balance air ketuban and baby's condition (baby dah start menendang waktu ni so aku tau dia masih ada dengan kami). Malam2 tido aku memang tak lena. Mr Semtz yang temankan aku tiap malam. Dia laa yang tolong sapukan minyak burung unta pakcu Chaom, baru aku tido. Bile yayak, dia la yang tadah bedpan and bersihkan aku huhu. (Iklan: Korang yang anak dara tu kalo nak cari asben, cari mcm asben acik kay.) Pas tu bila waktu nak solat Mr Semtz duduk dekat perut aku bacakan Yasin bagi baby dengar. Aku pulak tak putus2 doa sambil usap perut cakap dengan baby jangan keluar dulu, mama & papa teringinnnnn sangat nak jumpa baby. Kalau keluar sekarang mungkin baby tak dapat tengok kami tau. Oh ya, baby kami - BOY! Dr Siti scanned 1 day and could see his tiny little birdie! Bercahaya muka Mr Semtz suker!

Genap seminggu aku di wad, Dr Siti datang untuk final check sebelum bagi kata putus. And after tengok condition aku ok dia releasekan aku dengan syarat - kalau demam terus datang hospital! Terus! Immediately! Sebab demam tu tanda ada infection. Dan kalau ada infection maknanya aku dan baby dalam bahaya.

So, petang tu siap2 untuk balik rumah guna ambulans called by Salam (bukan Salam punye). Terkial2 gak la mamat2 ambulance tu nak pindahkan aku dari katil ke dalam keta depa. Start jalan je ambulans aku dah rasa tak selesa sebab BERGEGAR GILER! Tangan aku sakit tahan pegang perut aku. Jalan dari Salam ke rumah aku takla jauh sangat tapi ya Allah laju nye ambulans main redah je jalan yang tak rata tu sampai aku rasa nak nanges je pegang perut yang bergoyang teruk! Sampai rumah, aku nampak Mr Semtz dah belikan katil bujang & satu kipas angin besar untuk aku. Waaa terharu tau.
Terus aku baring dan rehat untuk hadapi hari2 pembaringan kat rumah pulak. Home sweet home.

Hari esok nya. Aku DEMAM.

5 respon yang Tuan Kemah dah baca:

Fith said...

suka amat sangat baca blog akak ni,sedih plak rasa.dah hbs dah baca semua entry,rajin2 yer update,hehe.
kitorg pun after 2years baru ada baby,sbb masa tu fith student lg,kawen masa 3nensei so ninja takmau baby lg,takut effect study,huhu.boleh faham camne perasaan nak hadap soalan2 n sindiran2 org,tertekan jugak time tu.alhamdulillah at last atas kesabaran akak dan suami,Allah bagi jugak cahayamata,moga2 ada rezeki lagi utk next2 insyaAllah...
btw,akak batch brp yer?mesti senpai lg dari kak noora kan?

mrs semtz said...

salam fith, thanks sudi jengah sini. insyaAllah update slalu tgh mood rajin ni hehehe. ekceli ramai yg tny pasal camner leh ngandung ni so akak blogkan la.
haah akak batch atas noora. mr semtz lak atas akak. natsukashii je baca citer fith pasal yamaguchi, siyes :)

charlyzediana said...

sedihhhnyeee..baru tau camne keadaan yg k.ija n semut lalui...org pon x mungkin tabah camni...iskk!!

mrs semtz said...

nana, sodih sodih gak tapi hikmah nye ada.. tapi k ija lagi rilek dari abg semut hohoho, sampai doktor siti leh tanya k ija how is your husband? he looked more devastated than u. u tabah sgt ye. adehh, terpakse la doc..hati dalam sapa tauu, kan.

charlyzediana said...

ye la..kalo k.ija down..mr semtz tuh tah mcm mane lagi teruk agaknyeee...walopon dia lelaki tp hati sendu gak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggal Link Kat Sini Ye!