Thursday, May 26, 2011

MAIN KASAR NAMPAK!

Salam Khamis kat korang semua! Eeee suke le tu esok dah Jumaat ekk :-)
Ye, masa berlalu terlalu cepat sekarang ini, ececehh ayat drama Yusup Haslam pulak.
Betul kan, rasa cepaaat je masa berjalan (cemana pulak aku tahu masa 'berjalan', tak merangkak ke, berenang ke, terbang ke, merapu jap..).
Tetiba aku rasa seriau pulak bila tengok cepat sangat Mikail membesar depan mata ni.

Yep, aku nak citer pasal anak aku pagi ni.

Baru je berumur 10 bulan ari Isnin 23 May ni, hero aku dah terer:
 - merangkak: both gear R & gear D
 - duduk sendiri
 - minum dari cawan biasa
 - menghabiskan bubur nasi semangkuk PENUH (3/4 je kalu, dia jerittt!) . 2 kali sehari ye (ikut sapee la pelahap ni hehehe)
 - paham bila kata 'no,no,no,no!' tiap kali dia jilat lantai, jilat sofa, jilat dinding (manis gamaknye umah aku)
 - 'tegur' orang, especially kawan baik dia - Mujamil 16 bulan dok umah sebelah. cara dia tegur 'hah! hah!'
 - merajuk!
 - main bola dengan tangan (train hari-hari nak bagi setarap Messi derr heheh)
 - makan pisang! ko bagi sesikat pon abis kot. dia akan makan selagi ko suap pisang lenyek kat dia (ikut sapee la anak onyet ni hehehe)
 - cium sesapa bila kata 'sayang..sayangg' TAPI bila papa dia kata gitu dia tolak muke laki aku tu hahaha tu laaa malas lagi shave janggut tu tajam der! cara dia cium - dia rapatkan muka ke muka kita sooo sweeet!
- senyum gatey (haisyy nak wat cemana dah senyum copycat senyum aku hahaha aku gatey ke?)

Sekejap je aku rasa dia dah macam bukan baby yang baring, tido, minum susu je sepanjang hari.
Sekarang ni pantang letak je atas lantai, abis le lantai tu dia tawap. Nak-nak ada mainan dia. Memang dikejornya la menda tu sampai jemu.
Dah jemu dia jerit. Sabo je kan perangai!

Aku kadang-kadang terfikir perlu ke aku tetapkan satu cara untuk mendidik dia - samada kasar atau lembut.
Tengok kelasakan dia memang tak sesuai langsung la dengan cara aku belai-belai dia macam aku belai anak patung Barbie errr 25 tahun dulu (aku main Barbie umur 10 tahun - haa kire laaa umur aku tak kisaaah)
Mr Semtz lak suke gunakan pendekatan kasar dengan Mikail.
Di gomol-gomolnya budak tu tak kira sikenit tu terjerit-jerit meleding-leding badan marahkan papa dia.
Aku yang tengok mesti marah Mr Semtz.
Aku takut kalo dibiasakan budak tu dengan rasa marah, perlakuan dia nanti kasar.
Contoh, kadang-kadang ada jumpe kan, budak kecik yang marah balik makpak dia bile dia kena marah dengan depa. Hohoooo aku tak boleh tengok situasi tu weh, rase nak tampor je anak orang tu. Kecik mecik!

Pastu Mr Semtz suka biarkan anak dia tergolek jatuh terhantuk lantai terlanggar dinding, 'Biar dia kuat' katanya. Hisyy aku seriau la. Tulang dia bukannya kuat lagi. Nak bagi budak tu lasak sangat pon rasanya tak sesuai lagi ngan umur dia. Pada aku dah masuk setahun lebih tu boleh la nak golek terlentang bagai.

Cemana korang didik anak ye?



Ada muke 'jinak' ke? Tengok tahap blur gambor ni pon dah leh agak betapa tak diamnye budak ni.






14 respon yang Tuan Kemah dah baca:

Kakzakie said...

Comelnyerrr..... geram kakak tengok dia. Best kan kalau cium pipinya tu. Syok....

Ija Zambry said...

kakzakie - uihh memang best cium, berselemoih ngan ayaq lioq haha!

gedek! said...

Hensem budak ni...

Ikot sapa?

Sedar-tak sedar, jap lagi ada awek....

Ija Zambry said...

uncle dek, ensem itu zahir je. nak bagi dia ensem batin gak.
awek?? (T_T) cant i forever be THE woman in his life?

Daddy Ziyyad said...

hahah..anak saya dulu pun masa umur dia sekitar setahun, suka jilat dinding..memang manis agaknya dinding rumah..ekekekeke

untuk budak bawah 2-3 tahun, tiada konkongan sangat yang perlu diberi...biar mereka explore..ini yang saya baca dan belajar...cuma kita perlu slowly & istiqomah terapkan nilai nilai murni kepada mereka...

thanks visiting my blog...:)
Salam perkenalan

makdara TERdiva said...

kalau ikot ai..memang suka manjakan anak..tp kalau salah tetap kena marah tak kiralah abang,kakak @ adik..nak bagi adil..semua sekali kita bagi marah..haha!

aku suka arini ari khamis sbb esok cuti nak berho yeah! hoyeah! bersama yg tercintan.. :D

MrS. F!zA said...

alololo tomeinya dia...

Ija Zambry said...

> daddy ziyyad - teringat iklan apa ke kat tv tu dinding, sofa seme tukar coklat hihi! rasenye bukan anak-anak kite je. aduhh nak biar explore tu yang seriau je ati mak ni haa.
zayyan n wife sihat? congrats again on ur new born ye!

Ija Zambry said...

> mdt - seb bekk aku tak lahir sebagai anak ko, ape kes adik badik lain wat salah aku pon kena gak? hahah mak yang ganeh la ko ni!
uikk leting pi mana tu siap amik cotiii!

Ija Zambry said...

> mrs fiza - maceh laaa budak tomot je ilang tomei dah nakai benor ni iskk.

Cik Ina Do do Cheng said...

Budak lelaki kita kena didik cara brutal.ko kalau tengok suami akak wat anak lelaki dia lagi gerun. memang brutal habislah. tapi agak agak terjatuh sikit tak pelah.

Ija Zambry said...

> kak cheng - memang la anak lelaki nak kena kasi lasak sikit tapi adeh la, tgu dah besor sikit main brutal gitu takleh ke? kesian wo tengok dia nanges bila terjatuh huhu

Lizz said...

eh, comel nyer ur baby!!! mcm anak cina pun yek.putih melepa muka dia.

Ija Zambry said...

> lizz - haah muke dia pakai bedak sejuk masa dalam pantang. part badan lain aka kaki tangan tak pakai bedak sejuk jadi tak putih sgt hehehe. muke jepun dia ni terkenan ngan bos saye hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggal Link Kat Sini Ye!