Thursday, June 30, 2011

BYSMHABBFT-OUS!

Okay okay I just need to write this down.

Went to one of my Facebook fren's wall today to wish her Happy Birthday, cos you know, it's her birthday and she wished me at my wall last time so it's only fair that I do the same to her wall I mean, and not to her handphone cos we are not that close anyway and she would not have registered my number in her HP and my well wish could end up being deleted, so..anyway..
I scrolled her wall and Oh My Allah! (sumbody said not to use OMG, will story about that sometime).

About 90% of her well wishes (most of them are her 20-or-so year olds college friends) used these 2 alphabets to wish her - HB!


What?!!

I know that stands for Happy Birthday but would it hurt your fingers to type the rest of the alphabets which are a,p,p,y,i,r,t,h,d,a and y?

See? I did it in a jiff and no, my fingers are not hurt at all!
Huh, U students!

If I'm HER, I would not be so thrilled to receive these wishes at all! I will not be HAPPY at all cos it doesn't even spelt HAPPY!

Come on laa pemalas! Shortforms are becoming too much of an 'in' trend now that it is WRONGLY used on PCs instead of only at the limited-word-count smses!

I see that these U students trends will start from 1 single individual and another follows and then another saw it and follows and so gradually in became the 'in' trend for their so-called community.
Followers! Be a leader lah budak-budak woi!

Kenapa la budak-budak U sekarang ni buat trend vudus camni pun aku tak paham. Uik marah aku kata budak U? Ye lah!
Member-member aku (whom by the way left campus life like 10 years ago) semua guna HAPPY BIRTHDAY full, well spelt, nicely accessorised with 'semoga panjang umur murah rezeki, many happy returns, semoga bertambah tahun bertambah bini opps anak' nice well wishes to my FB wall on my birthday. Kan ke sedap dibaca dan menggembirakan si penerima?
Sheeesh..

Ok tu je nak bebel. :-)

Babai!

Eh, lupa, to my fellow readers who belong in the HB-wishers group:  B!
Ha, ko pikir la sendiri perkataan apa aku maksudkan tu ye.


By the way, my entri title stands for - BENDA YANG SANGAT MENJENGKELKAN HATI AKU BILA BUKAK FACEBOOK TADI - OVER USED SHORTFORMS!




P/S: my apologies to the secluded percent of U students who clearly are not in this group I was rambling about but TERASA bila acik dok sebut-sebut U students tu ye. Yes you are my favourites. Jaga negara kita baik-baik macam zaman Tun Mahathir dulu bila acik dah tuo nanti ye! Pis!



SEBENARNYA JADI.. TAPI KERANA.. OLEH ITU, JANGAN LUPAKAN AKU!

Salam Khamis korang.

SEBENARNYA, aku masih sibuk tak cukup masa menyiapkan projek juta-juta banglo mewah 4 tingkat dengan kolam renang atas bumbung 15 unit ekslusif untuk pemain bola Harimau Malaya yang menang 2-1 dengan Taiwan malam tadi.

JADI, aku tak sempat nak sembang panjang dengan korang semua.

TAPI, aku masih memerlukan korang sebagai kawan-kawan blogger ku untuk memeriahkan kemah aku yang sepi ni.

KERANA, kawan-kawan itu sangat penting buat aku.

OLEH ITU, kartun aku cilok dari almari tua pakcik Gugel ini aku tujukan khas buat korang.

*peluk2*


JANGAN LUPAKAN AKU!


P/S: Aku janji, siap je projek banglo juta-juta ni aku akan hapdet blog hari-hari dengan berita-berita terkini hiburan sensasi, eh macam biasa dengar ayat tu *pegang dagu dongak ke atas belah kanan sambil kerut dahi*
Ye, tajuk entri aku poyo. Tak sempat pikir der, kan aku kata : Aku tengah sibuk.. huhu.






Wednesday, June 29, 2011

HOW TRUE IS THIS? YOU LET ME KNOW

STRESS TEST

These pictures are used to test the level of stress a person can handle.

The slower the pictures move, the better your ability to handle stress.

Allegedly, criminals that were tested see them spinning around madly;
however, senior citizens and children see them standing still.

None of these images are animated; they are simple bitmap files.


Now tell me – how stressed are you?



P/S: maafkan tuan kemah yang agak kurang menghapdet blog akhir-akhir ini. Agak kesibukan dengan satu projek eceehhh macam CEO Syarikat Pembinaan Ijazambry lak. Nanti kita citer panjang ek.



Thursday, June 23, 2011

POMPUAN KUAT EMO!

Semalam hari 'ulang tahun jadi orang' untuk Mr Semtz.
Tahun ni ulang tayang kali ke 36! (Whooaa still 4 more years before his life starts! *Men's life starts at 40 rite?)

Celebration?
Nada.
Petang semalam balik kerja kami cuma beli Big Apple donuts (sebab dia taknak kek -takut lagi gemuk.. err donut lagi menggemukkan, kan?).
Pastu sampai umah aku bersilat kat dapur gorengkan mee sanggul masak blackpepper (sebab dia taknak nasi - takut lagi gemuk... err.. mee goreng lagi banyak minyak kan?).

Itu je menu birthday dinner suamiku.

Presents?
Nada.
Aku suh Mikail kish je papa dia as present. Ok la tu.. aku pon takde birthday present maa.

Photos?
Nada (tersedak le sape nama Nada ni iyeee)
Maleh nak snap gambor birthday boy pakai baju Pagoda ngan kain pelikat Cap Gajah Duduk tengah makan secara ayu mee sanggul kaler tak mengancam.
Korang bayangkan je cukup la.

Anyway, despite the 'cool' celebration at home, his FB was heated up with zillions birthday wishes from his FB frens.

Okay maybe NOT zillion, like 50 wishes or so lah.

And being the kaypoh mak nenek wife, I went thru the wishes ONE BY ONE. Hehe aku tau, aku paranoid.
Saje suke nak baca sape la yang wish besday kat laki aku ni, eh eh mamat ni mutual fren ni kat aku tak pulak ko wish ek, eh eh mamat ni ayat jiwang karat cam pompuan laa, eh eh so sweet doakan untuk wife jugak, eh eh panjangnye wish ko ni lelaki ke pompuan ni, eh eh canggih la wish ko lain dari yang lain nanti aku nak pinjam la ayat ko, eh eh sape pompuan ni laki aku kenal ke, eh eh pompuan ni like pulak status laki aku sape ko ni ek?
Curious.
Aku pun klik kat gambo dia.  
'NO FEEDS AVAILABLE'

Ok fine, kena kawan dulu baru leh kenal ek.

Takpe-takpe. Aku klik kat album dia.  
'1 album available'

Woohoo! Gambo profile kemain lawo ko pompuan, meh kita kaypo tengok rupe ko cemana hehehehe! *gelak jahat isteri curiga

Bukak album, tu dia! 250 pictures of her & some girl friends on holiday.
Sampai gambor yang ke 20 lebih aku dah angkat tangan.
Tak larat nak browse dah. Dah cukup aku tengok siapa gerangannya.
Aku tak kenal.
Dan Aku YAKIN Mr Semtz pun tak kenal.
Sebab dia bukan sebaya kitorang pun.
Dia memang pandai pilih profile pic yang menunjukkan dia MASIH in her 20s.
Kenyataannya? Errmmm aku agak dari mekap tebal, gaya rambut, gaya posing, gaya baju, gaya kawan-kawan dia, she is AT LEAST, 45 years old.
Tak tipu, memang Ah So.
A bit plump but fashionable Ah So who clearly has no connection with my husband but is added as his friend in FB.

Eh eh Ija yang ko nak tuduh pompuan ni pulak pehal. Ntah-ntah laki ko yang add dia ke apa ke!

Aku tak marah pon part sape add sape.
I admit there was a time both of us were crazily adding strangers to our fren's list for the sake of 'networking' under the scheming MLM thing (PAST-TENSED. Aku dah fed up ngan MLM ni jangan approach aku nanti aku sepak!).
So, there is a chance Mr Semtz telah add dia berdasarkan profile pic dia yang muda bergetah tu dan Mr Semtz terfikir dalam kepala 'Eh awek cun muda ni mesti nak duit banyak buat beli mekap2 ke baju2 branded ke bek aku add dia bole ajak join kot2 dia terpesona dgn kemachoan aku mau dia trus bank in duit join immediately!' *ayat rekaan penulis
Fine lah, lelaki macho + pompuan muda = *closing (*slang MLM)

Cuma aku pelik kenapa dia nak wish laki aku epi besday kalo dia tak kenal laki aku tu?
He is a married man.
She could be married too for all I care.
Isn't it a bit TAK SESUAI to wish a random MARRIED guy fren in your FB list a happy besday?
And don't say it's because they are friends in FB!
Do people wish ALL their FB frens happy besday?
Oooh? She DOES wish ALL her FB frens on their birthday? Then I rest my case lah.

OK, she might not meant any harm by doing just that but guess what? The harm is done!
Aku mencurigai suamiku sendiri. 

And this is why I think there should be these rules regarding FB for married people:
  • Add only people BOTH of you KNOW and if the other half doesn't, then introduce them
  • Add job related people of the SAME jantina (eg, miss cute receptionist-with-long-hair-smelling-nice at hubby's company is a NO. Ah yes MAKCIK canteen also cannot. Pompuan kan?)
  • Add the SAME people your spouse adds
  • Make status like 'I love my wife today she cooked me a mee sanggul goreng blackpepper which I think NO female in my FRIEND LIST here can lawan so jangan menggatal ok!'
  • Write on your spouse's wall with words like 'Hi Hubby!' 'Hi isteriku sayang!' so that your FB frens can see you are very much in love mutually and they will say 'Cheh, ngengada la laki bini ni, nak muntah aku!', so NOBODY will WANT to kacau you/spouse because you make people puke hehehe
  • Don't join MLM. It involves getting to know strangers on no friendly-basis. 
Ada banyak lagi aku terpikir tapi malas nak taip dan tangan aku keras kejung dek sejuk aircon office ni (errkk kantoi blogging kat opis *ahem)

Jadi, point aku di sini, aku paranoid sekejap bila nampak ada pompuan tak dikenali wish happy besday kat FB Mr Semtz.
Normal ke perangai aku ni?
Aku bukan nye jenis cemburu buta pon tapi entah kenapa kali ni ter'over' emo plak.
Kenapa ek?
Sebab laki aku bertambah hensem ke? *tadah baldi sape nak muntah?
Sebab aku yang bertambah tua dan rasa insecure ke?
Sebab aku takde topik untuk entri jadi aku guna perasaan-tak-berapa-penting ni untuk buat entri best jadi boleh dapatkan mood berblog ke?

Pompuan, pompuan...
Emo tak habis-habis.
Aku pun tak paham perangai aku sendiri hehehe.


Sekian terima kasih.

Entri ni aku akhiri dengan gambar takde kena mengena langsung.

Nasi+kentang+carrot+bayam blended. Mikail makan semangkuk ni 2 kali sehari. Banyak ke?


P/S: haah aku nak guna bahasa rojak dalam blog ni sebab ada ayat yang ditulis dalam Bahasa Melayu pasar tak kena dengan maksud yang aku cuba nak sampaikan, so, to all cikgu-cikgu BM yang baca blog aku - ai em soriiii!

P/S/S: Mr Semtz takde affair tau. Korang jangan nak memandai wat cerita, kan aku cakap kat tajuk tu- POMPUAN KUAT EMO. Ada aku letak tajuk MR SEMTZ MEN KAYU BERTIGA-TIGA? Isk isk iskk




Wednesday, June 22, 2011

20 JUNE 2011

Dimana ada kek, disitu ada Mikail

Happy Birthday Opah! Blowwww!

SEAFOOD GALORE!.... Birthday dinner kat restoran steambot depan umah je. Perhatikan piring kecik di sebelah kiri besday mom - penuh cengkerang ketam dan udang SAHAJA :-)

Oh mak ku yang diabetic makan eskrem 3 rasa habis semangkuk (T_T).. doktor, bukan salah saya tau, mak saya yang nak makan.. Err adik, apa motif ketam tu ko posing gitu ye?

Ankel Lan dalam usaha menghabiskan mangkuk kedua aiskrem 3 rasa - gluttony!

The head is moving towards the food so fast it got blurred during camera snap!

Ankel Lan's. See? 1 bowl finished. 1 more painstakingly to go... err *gambare!   *g'luck!

Hehehe unflattering photo of mak (sorry mak!) yang sangat kenyang malam itu. Luv you mak! Happy Birthday!! Muah muahh!!


Nota besday:

Kesayangan aku yang kedua yang berkongsi bulan kelahiran Jun - MR SEMTZ!

And it's TODAY!!!

Updates esok ye! *sheepish smile*



Tuesday, June 21, 2011

12 JUNE 2011

Assalamualaikum selamat pagi ohayoo chousann vannakam

Saaaangat kerinduan sama ini blog (T_T)

Ramai yang nak tau kenapa menyepi 2 minggu ni kan?

Rahsia.

Hehehe.

Malas nak cerita lah. Cerita kat korang pun bukan dapat duit royalti.

So many updates but first - PHOTOS!!!!

..of my birthday's small celebration last week!

"Epi Besday 2 Mama Mikail" - Mr Semtz yang beli kek. Nak jugak selit nama anak dia.

Err.. murderous mama at training a clueless child?

Ya, Mikail yang tengah pegang pisau kek tu.

Blow candle! Fuuuuuu...

The one who should be celebrating - my MAK! Thank you mak!

Family shot!  ~Keluarga Encik Semut~

Notice how Mikail never took his eyes off the cake except during the family shot?


FINALLY!  Mikail: Penat syaye tenuuuung kek mama ni dari tadi huhuhu

This year I've turned 35!  
Alhamdulillah...

Ada 2 orang kesayangan aku yang berkongsi bulan lahir Jun ni.
Nanti aku cerita kat entri lain ye.







I'M BAAAAAACCKKK!!!!

Sorry kengkawan yang masuk semalam tapi entry hilang!
Err.. entri saya kena makan dek anjing (*a dog ate my entry).

Yes I know. Lame excuse.

Anywayyy, I'm back!
Updates later kay.

Busy busy busy busy

P/S: Soooo happy to be back!

Monday, June 6, 2011

*** PENGUMUMAN ***

Rakan-rakan, teman-teman, sedara-mara pembaca blog ijazambry,

Blog akan DITUTUP mulai esok buat sementara sehingga satu saat yang dirasakan sesuai.
Aku juga akan mengundurkan diri buat sementara dari dunia blog (termasuk blogwalking ke blog2 kawan2 yang saya sayangi semua huhuhuhu).

Jangan tanya kenapa. Panjang ceritanya.

Mulai esok blog ini tak boleh diakses lagi.
Jika ada yang nak bertanya khabar, sila jangan segan email aku di ijazambry[at]gmail[dot]com

Sayonara kawan-kawan.
Jangan marah aku ye.
Aku terpaksa.

(T_T)


MENYAMAR

Ada 2 orang sahabat, Ali dan Abu.
Dua-dua main bola wakil kampung depa, Kg Jeram.
Ali goalkeeper dan Abu defender.

Satu hari ada perlawanan bola antara Kg Jeram dengan Kg Bukit.
Kg Bukit menang 10 -1 .
Si Ali dan Abu kena boo dek orang kampung.
Mana pegi kena baling telur.

Ali ngan Abu nekad nak menyamar supaya orang kampung tak kenal.

Esoknya Ali keluar pakai jubah macam Syeikh Arab.
Tengah jalan ada sorang nenek tegur, "Eh Ali!"
Ali terkejut lari balik rumah, 'Aiseh, orang kenal gak la. Tukar gaya'

Esoknya Ali keluar rumah pakai topi koboi dengan misai palsu.
Tengah jalan Ali perasan dari jauh nenek semalam.
Ali cuak.
Nenek makin dekat dan, "Eh Ali!"
Ali terkejut lagi terus tanya, "Macam mana nenek kenal saya ni?"
Nenek jawab, "Ni aku la. Abu."

Moral entri: buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali, eh-eh tetiba je kan.

Nota tumit:  Selamat Hari Isnin! (nguap)



Friday, June 3, 2011

HADIRMU TAK PERNAH KUNANTI NAMUN SETIAP PURNAMA KAU MESTI NAK DATANG KAN?

Semalam 6:40petang @ home:

Aku:  (muke masam keluar toilet) Huhu..
Dia:  Apesal? Bejot?
Aku:  (angguk) Lagi setengah jam je nak berbuka huhuu
Dia:  Lenkali tahan la bejot tu sampai lepas Maghrib. Jangan bagi dia keluar hahahaha! (sengal)



Hari ini 12:30tengahari @ work;

Aku: (cramp~, ngantuk~, sakit pinggang~, berat~...)

Hazab kecik..


tiap bulan buang duit beli ni (pic credit to doctor gugel)


Oh puasa ganti ku.. (T_T)
6 down, *tuutt* more days to go..


Nota kamus:  bejot itu bahasa rahsia, tak semua orang tahu, tapi sekarang mungkin ramai akan tahu sebab aku hihihi!





SENANGNYA NAK DAPAT PAHALA DARIPADA ALLAH YANG MAHA PENGASIH MAHA PEMURAH.

Salam bulan Rejab!

Hari ni banyak keje sket so takleh citer panjang, jom kongsi info ni.


KELEBIHAN BULAN REJAB

Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.

1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

6. Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

7. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

8. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

9. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

10. Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

11. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

12. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

13. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

14. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

15. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

16. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

17. Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

18. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

19. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

20. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

21. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

22. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

23. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

24. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

25. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

26. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)

27. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

28. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

29. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya
REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.


Renung-renungkan dan selamat beramal~!


Thursday, June 2, 2011

BLOG AKU CERITA AKU

Aku BUKAN blogger tegar.
Bukan sangat.
Aku berblog suka-suka je.
Bukan nak tambah side income.
Aku tau korang tak klik pun iklan ku.
(takpe, aku pon sama ehek)

Asal aku tulis blog sebenarnya sebab satu je.
Pada yang tak mengikuti blog aku dari awal pembabitan aku di arena blogspot (eceh ayat artis), korang klik SINI.
Inilah sebab awal kejadian ijazambry.blogspot.

Aku punya pengalaman yang tak semua orang ada.
Dan ramai yang senasib dengan aku memang mencari rakan senasib.
Jadi aku disini untuk mereka.
Berkongsi pendapat.
Berkongsi cerita.
Berkongsi semangat.
Berkongsi derita.
Memberi harapan.
Memberi semangat.
Memberi kekuatan.
Aku berbesar hati bila ada yang menegur di Facebook, mengirim email, meminta nasihat, meminta cerita lebih detail.
Ya, mereka itu yang senasib dengan aku.
Aku gembira bila mereka kata blog aku menceriakan mereka, memberi harapan dan semangat kepada mereka dan menjadikan aku sumber inspirasi mereka.
Aku terharu dan bersyukur kerana niat aku bercerita akhirnya mencapai matlamatnya.
Jadi pada yang belum tahu, atau mahu tahu, boleh klik sini dan jangan segan memanjangkan kepada yang lain jika dirasakan ada manfaatnya.

Ada yang ingin bertanya? Boleh cerita di blog ini atau di ijazambry@gmail.com atau add aku di Facebook.









Baik aku berhenti di sini sebelum aku bertukar menjadi pembaca berita
(oh ayat-ayatku sudah senada ayat si Bujal)



Nota bayi:
Khas buat Riena, Liza, Sue, Salmi, Thilaga: All the best babes!!





AYAM GORENG CICAH CILI KICAP KELAPA KETUK-KETUK

Dialog petang semalam dalam keta nak balik rumah.

Aku:  Pa, nak makan apa? I dah suh bibik keluarkan ayam tadi.
Dia:  Ayam goreng!
Aku:  Haa? Je? Makan ngan apa?
Dia:  Cicah ngan  kicap, bawang, cili padi pastu kelapa apa tu.. ala kelapa ketuk-ketuk tu.. apa tu?
Aku:  Kelapa ketuk?
Dia:  Alaa yang kelapa ketuk-ketuk tu (buat aksi tumbuk lesung)
Aku:  Kerisik la.
Dia:  Haaa! Perhhh..
Aku:  Lerr.. tu je? Tak kering ke takde kuah? Idea lain?
Dia:  Alaa kang I cakap kang u kata leceh nak buat.
Aku:  Apanya?
Dia:  Ayam masak kurma.
Aku:  Kurma? Beli kentang la jap. Sejak bila u minat kurma? Betul ni kurma?
Dia:  I cakap je.
Aku:  Adehh...

Sudahnya ini yang terjadi malam semalam.
(Sila tatap gambar untuk memotivasikan rembesan saliva, terima kasih)

tumbuk semua sampai lumat

tambah garam pastu gaul pastu goreng

AYAM GORENG HALIA BEREMPAH

nak jugak kurma kann

KURMA TELUR DENGAN KENTANG

make sure bawang basuh bersih, cili padi basuh bersih, kelapa ketuk-ketuk tak hapak

CICAH CILI KICAP DENGAN KELAPA KETUK-KETUK


Nota periuk:
Mulai semalam kerisik juga dikenali sebagai kelapa ketuk-ketuk dalam kamus dapur rumah aku.

Nota periuk 2:
Mr Semtz memang lemah tatabahasa Bahasa Melayunya - tumbuk jadi ketuk, ye dia orang Melayu.




Wednesday, June 1, 2011

NAK FOLLOW TAPI KOTAK FOLLOWER TAKDE?

Korang leh follow kat sini.


 
Cari kat bahagian atas blog yang nak difollow itu.

Sekian terima kasih.





ENTRI SUSU YANG KETIGA HARI NI. LEMBU PUN BANGGA NGAN AKU.

Yang nak tau kenapa ada Hari Susu Sedunia klik sini.

Masa aku umur 4,5 tahun gitu, mak aku akan buat susu dalam cawan suam panas bagi aku minum.
Susu feveret ialah Nespray.
Dan mak aku letak satu ramuan best dalam susu aku.
Gula.
(Alah jangan tipu la wat muke tepelanjat camtu korang pun mesti penah letak gula dalam susu tepung kan kan?)

Sedapp je... maniss je.
Aku suka susu.

Jadinye dalam kepala aku yang naif, semua susu baik ada kaler atau putih suci mesti maniss je.. sedapp je.

TEETTTTT.

Aku mula-mula rasa fresh milk plain kaler putih aku terludah keluar balik. Tawar okeh.
Nespray manis mak aku gak yang sedap.

Tapi susu Nespray manis tu ada kenangan yang aku takleh lupa.
Agak poyo sikit citer ni korang nak baca ke?
Aku citer gak la.

Masa aku kecik dulu mak abah selalu bawak aku ngan kakak aku tengok wayang.
Ada satu hari kitorang tonton wayang filem Melayu.
Tajuk dia kalu tak salah 'Sesejuk Airmata Ibu'
(Sape ingat citer ni sah tua macam aku gak)

Aku tak ingat langsung citer ni berkisar tentang apa (ceh guna 'berkisar' tu).
Pelakon dia Marlia Musa masa tengah budak ya amat. Pelakon lain aku blur sape ntah.
Tapi yang paling tak leh lupa ialah lagu dia. Sayuuu je.
Penyanyi dia Gaya Zakri.

Dan aku ingat sangat.
Citer sedih beb. Sedih betul.
Kena pulak scene sedih tu dengan si Gaya Zakri ni dok meleleh je nyanyi lagu sayu, aduhhh.. berkotak tisu leh abis.
Panggung tu penuh airmata.
Tapi aku menten tak nangis.

Sampai la balik umah.

Elok diam-diam, tiba-tiba je aku teresak-esak.
Sok sek sok sek sok sek..
Dan lepas tu.. "UWAAAAAAA!"
Sungguh-sungguh aku nangis sampai tersengguk-sengguk ko.
Nape aku sampai umah baru nangis?
Sebab feeling naik ketapi, aku naik keta, tu pasal feeling tu lambat sampai (lawak lawak).

Dan mak yang panik tengok aku nangis tapi nak tergelak pon ada (kot la), telah membancuh secawan susu Nespray suam yang maniss je untuk aku.
Perhhh seteguk susu tu terus tenang aku beb. Diam terus.
Miracle of mother's milk. Erk, as in, milk made by mother okeh.

Hehehe poyo kan aku.
Kecik-kecik leh feeling tengok filem. Macam le paham.

Susu Nespray sekarang berapa ek harga dia?




SEBAB HARI NI HARI SUSU MAKA ENTRI INI PUN PASAL..

Cerita susu lagi.

Susu tepung Mikail = RM154.90 = 3 minggu

Ya Allah, hamba redha dengan rezeki susu dari badan hamba untuk anak hamba hanya sehingga umurnya 3 bulan. Murahkan lah rezeki hamba supaya anak hamba tidak terhenti rezekinya dengan susu yang hamba beli ini.
Amin ya rabbal aalamin..



RM154.90 boleh beli ini.

jawapan kepada soalan ' hadiah besday apa ko nak tahun ni?' (pic credit to crocs.com)

Tsk.

Kenapa la susu budak mahal sangat sekarang ni. Grrrr.....





HARI INI HARI SUSU

Cerita pasal susu.

Malam tadi tengah syok layan mimpi, tetiba..

"Ehekk..ehek...pappaa.. pappa..  ehek.."

Adehh... dalam ngantuk merangkak jugak la aku dari tilam buatkan susu Mikail.


<< 2 jam lepas tu >>


"Ehekk.. ehekk.. pappa... PAPPAA!.."

(>_<)!


Isk, budak ni. Tak kool tau mama dengor ko panggil papa mintak susu tengah malam.

Yang bangun MAMAAA jugak.

Cis.

efek susu jam 2 pagi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggal Link Kat Sini Ye!