Showing posts with label Luahan hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan hati. Show all posts

Thursday, June 30, 2011

BYSMHABBFT-OUS!

Okay okay I just need to write this down.

Went to one of my Facebook fren's wall today to wish her Happy Birthday, cos you know, it's her birthday and she wished me at my wall last time so it's only fair that I do the same to her wall I mean, and not to her handphone cos we are not that close anyway and she would not have registered my number in her HP and my well wish could end up being deleted, so..anyway..
I scrolled her wall and Oh My Allah! (sumbody said not to use OMG, will story about that sometime).

About 90% of her well wishes (most of them are her 20-or-so year olds college friends) used these 2 alphabets to wish her - HB!


What?!!

I know that stands for Happy Birthday but would it hurt your fingers to type the rest of the alphabets which are a,p,p,y,i,r,t,h,d,a and y?

See? I did it in a jiff and no, my fingers are not hurt at all!
Huh, U students!

If I'm HER, I would not be so thrilled to receive these wishes at all! I will not be HAPPY at all cos it doesn't even spelt HAPPY!

Come on laa pemalas! Shortforms are becoming too much of an 'in' trend now that it is WRONGLY used on PCs instead of only at the limited-word-count smses!

I see that these U students trends will start from 1 single individual and another follows and then another saw it and follows and so gradually in became the 'in' trend for their so-called community.
Followers! Be a leader lah budak-budak woi!

Kenapa la budak-budak U sekarang ni buat trend vudus camni pun aku tak paham. Uik marah aku kata budak U? Ye lah!
Member-member aku (whom by the way left campus life like 10 years ago) semua guna HAPPY BIRTHDAY full, well spelt, nicely accessorised with 'semoga panjang umur murah rezeki, many happy returns, semoga bertambah tahun bertambah bini opps anak' nice well wishes to my FB wall on my birthday. Kan ke sedap dibaca dan menggembirakan si penerima?
Sheeesh..

Ok tu je nak bebel. :-)

Babai!

Eh, lupa, to my fellow readers who belong in the HB-wishers group:  B!
Ha, ko pikir la sendiri perkataan apa aku maksudkan tu ye.


By the way, my entri title stands for - BENDA YANG SANGAT MENJENGKELKAN HATI AKU BILA BUKAK FACEBOOK TADI - OVER USED SHORTFORMS!




P/S: my apologies to the secluded percent of U students who clearly are not in this group I was rambling about but TERASA bila acik dok sebut-sebut U students tu ye. Yes you are my favourites. Jaga negara kita baik-baik macam zaman Tun Mahathir dulu bila acik dah tuo nanti ye! Pis!



SEBENARNYA JADI.. TAPI KERANA.. OLEH ITU, JANGAN LUPAKAN AKU!

Salam Khamis korang.

SEBENARNYA, aku masih sibuk tak cukup masa menyiapkan projek juta-juta banglo mewah 4 tingkat dengan kolam renang atas bumbung 15 unit ekslusif untuk pemain bola Harimau Malaya yang menang 2-1 dengan Taiwan malam tadi.

JADI, aku tak sempat nak sembang panjang dengan korang semua.

TAPI, aku masih memerlukan korang sebagai kawan-kawan blogger ku untuk memeriahkan kemah aku yang sepi ni.

KERANA, kawan-kawan itu sangat penting buat aku.

OLEH ITU, kartun aku cilok dari almari tua pakcik Gugel ini aku tujukan khas buat korang.

*peluk2*


JANGAN LUPAKAN AKU!


P/S: Aku janji, siap je projek banglo juta-juta ni aku akan hapdet blog hari-hari dengan berita-berita terkini hiburan sensasi, eh macam biasa dengar ayat tu *pegang dagu dongak ke atas belah kanan sambil kerut dahi*
Ye, tajuk entri aku poyo. Tak sempat pikir der, kan aku kata : Aku tengah sibuk.. huhu.






Thursday, June 23, 2011

POMPUAN KUAT EMO!

Semalam hari 'ulang tahun jadi orang' untuk Mr Semtz.
Tahun ni ulang tayang kali ke 36! (Whooaa still 4 more years before his life starts! *Men's life starts at 40 rite?)

Celebration?
Nada.
Petang semalam balik kerja kami cuma beli Big Apple donuts (sebab dia taknak kek -takut lagi gemuk.. err donut lagi menggemukkan, kan?).
Pastu sampai umah aku bersilat kat dapur gorengkan mee sanggul masak blackpepper (sebab dia taknak nasi - takut lagi gemuk... err.. mee goreng lagi banyak minyak kan?).

Itu je menu birthday dinner suamiku.

Presents?
Nada.
Aku suh Mikail kish je papa dia as present. Ok la tu.. aku pon takde birthday present maa.

Photos?
Nada (tersedak le sape nama Nada ni iyeee)
Maleh nak snap gambor birthday boy pakai baju Pagoda ngan kain pelikat Cap Gajah Duduk tengah makan secara ayu mee sanggul kaler tak mengancam.
Korang bayangkan je cukup la.

Anyway, despite the 'cool' celebration at home, his FB was heated up with zillions birthday wishes from his FB frens.

Okay maybe NOT zillion, like 50 wishes or so lah.

And being the kaypoh mak nenek wife, I went thru the wishes ONE BY ONE. Hehe aku tau, aku paranoid.
Saje suke nak baca sape la yang wish besday kat laki aku ni, eh eh mamat ni mutual fren ni kat aku tak pulak ko wish ek, eh eh mamat ni ayat jiwang karat cam pompuan laa, eh eh so sweet doakan untuk wife jugak, eh eh panjangnye wish ko ni lelaki ke pompuan ni, eh eh canggih la wish ko lain dari yang lain nanti aku nak pinjam la ayat ko, eh eh sape pompuan ni laki aku kenal ke, eh eh pompuan ni like pulak status laki aku sape ko ni ek?
Curious.
Aku pun klik kat gambo dia.  
'NO FEEDS AVAILABLE'

Ok fine, kena kawan dulu baru leh kenal ek.

Takpe-takpe. Aku klik kat album dia.  
'1 album available'

Woohoo! Gambo profile kemain lawo ko pompuan, meh kita kaypo tengok rupe ko cemana hehehehe! *gelak jahat isteri curiga

Bukak album, tu dia! 250 pictures of her & some girl friends on holiday.
Sampai gambor yang ke 20 lebih aku dah angkat tangan.
Tak larat nak browse dah. Dah cukup aku tengok siapa gerangannya.
Aku tak kenal.
Dan Aku YAKIN Mr Semtz pun tak kenal.
Sebab dia bukan sebaya kitorang pun.
Dia memang pandai pilih profile pic yang menunjukkan dia MASIH in her 20s.
Kenyataannya? Errmmm aku agak dari mekap tebal, gaya rambut, gaya posing, gaya baju, gaya kawan-kawan dia, she is AT LEAST, 45 years old.
Tak tipu, memang Ah So.
A bit plump but fashionable Ah So who clearly has no connection with my husband but is added as his friend in FB.

Eh eh Ija yang ko nak tuduh pompuan ni pulak pehal. Ntah-ntah laki ko yang add dia ke apa ke!

Aku tak marah pon part sape add sape.
I admit there was a time both of us were crazily adding strangers to our fren's list for the sake of 'networking' under the scheming MLM thing (PAST-TENSED. Aku dah fed up ngan MLM ni jangan approach aku nanti aku sepak!).
So, there is a chance Mr Semtz telah add dia berdasarkan profile pic dia yang muda bergetah tu dan Mr Semtz terfikir dalam kepala 'Eh awek cun muda ni mesti nak duit banyak buat beli mekap2 ke baju2 branded ke bek aku add dia bole ajak join kot2 dia terpesona dgn kemachoan aku mau dia trus bank in duit join immediately!' *ayat rekaan penulis
Fine lah, lelaki macho + pompuan muda = *closing (*slang MLM)

Cuma aku pelik kenapa dia nak wish laki aku epi besday kalo dia tak kenal laki aku tu?
He is a married man.
She could be married too for all I care.
Isn't it a bit TAK SESUAI to wish a random MARRIED guy fren in your FB list a happy besday?
And don't say it's because they are friends in FB!
Do people wish ALL their FB frens happy besday?
Oooh? She DOES wish ALL her FB frens on their birthday? Then I rest my case lah.

OK, she might not meant any harm by doing just that but guess what? The harm is done!
Aku mencurigai suamiku sendiri. 

And this is why I think there should be these rules regarding FB for married people:
  • Add only people BOTH of you KNOW and if the other half doesn't, then introduce them
  • Add job related people of the SAME jantina (eg, miss cute receptionist-with-long-hair-smelling-nice at hubby's company is a NO. Ah yes MAKCIK canteen also cannot. Pompuan kan?)
  • Add the SAME people your spouse adds
  • Make status like 'I love my wife today she cooked me a mee sanggul goreng blackpepper which I think NO female in my FRIEND LIST here can lawan so jangan menggatal ok!'
  • Write on your spouse's wall with words like 'Hi Hubby!' 'Hi isteriku sayang!' so that your FB frens can see you are very much in love mutually and they will say 'Cheh, ngengada la laki bini ni, nak muntah aku!', so NOBODY will WANT to kacau you/spouse because you make people puke hehehe
  • Don't join MLM. It involves getting to know strangers on no friendly-basis. 
Ada banyak lagi aku terpikir tapi malas nak taip dan tangan aku keras kejung dek sejuk aircon office ni (errkk kantoi blogging kat opis *ahem)

Jadi, point aku di sini, aku paranoid sekejap bila nampak ada pompuan tak dikenali wish happy besday kat FB Mr Semtz.
Normal ke perangai aku ni?
Aku bukan nye jenis cemburu buta pon tapi entah kenapa kali ni ter'over' emo plak.
Kenapa ek?
Sebab laki aku bertambah hensem ke? *tadah baldi sape nak muntah?
Sebab aku yang bertambah tua dan rasa insecure ke?
Sebab aku takde topik untuk entri jadi aku guna perasaan-tak-berapa-penting ni untuk buat entri best jadi boleh dapatkan mood berblog ke?

Pompuan, pompuan...
Emo tak habis-habis.
Aku pun tak paham perangai aku sendiri hehehe.


Sekian terima kasih.

Entri ni aku akhiri dengan gambar takde kena mengena langsung.

Nasi+kentang+carrot+bayam blended. Mikail makan semangkuk ni 2 kali sehari. Banyak ke?


P/S: haah aku nak guna bahasa rojak dalam blog ni sebab ada ayat yang ditulis dalam Bahasa Melayu pasar tak kena dengan maksud yang aku cuba nak sampaikan, so, to all cikgu-cikgu BM yang baca blog aku - ai em soriiii!

P/S/S: Mr Semtz takde affair tau. Korang jangan nak memandai wat cerita, kan aku cakap kat tajuk tu- POMPUAN KUAT EMO. Ada aku letak tajuk MR SEMTZ MEN KAYU BERTIGA-TIGA? Isk isk iskk




Friday, June 3, 2011

HADIRMU TAK PERNAH KUNANTI NAMUN SETIAP PURNAMA KAU MESTI NAK DATANG KAN?

Semalam 6:40petang @ home:

Aku:  (muke masam keluar toilet) Huhu..
Dia:  Apesal? Bejot?
Aku:  (angguk) Lagi setengah jam je nak berbuka huhuu
Dia:  Lenkali tahan la bejot tu sampai lepas Maghrib. Jangan bagi dia keluar hahahaha! (sengal)



Hari ini 12:30tengahari @ work;

Aku: (cramp~, ngantuk~, sakit pinggang~, berat~...)

Hazab kecik..


tiap bulan buang duit beli ni (pic credit to doctor gugel)


Oh puasa ganti ku.. (T_T)
6 down, *tuutt* more days to go..


Nota kamus:  bejot itu bahasa rahsia, tak semua orang tahu, tapi sekarang mungkin ramai akan tahu sebab aku hihihi!





Thursday, June 2, 2011

BLOG AKU CERITA AKU

Aku BUKAN blogger tegar.
Bukan sangat.
Aku berblog suka-suka je.
Bukan nak tambah side income.
Aku tau korang tak klik pun iklan ku.
(takpe, aku pon sama ehek)

Asal aku tulis blog sebenarnya sebab satu je.
Pada yang tak mengikuti blog aku dari awal pembabitan aku di arena blogspot (eceh ayat artis), korang klik SINI.
Inilah sebab awal kejadian ijazambry.blogspot.

Aku punya pengalaman yang tak semua orang ada.
Dan ramai yang senasib dengan aku memang mencari rakan senasib.
Jadi aku disini untuk mereka.
Berkongsi pendapat.
Berkongsi cerita.
Berkongsi semangat.
Berkongsi derita.
Memberi harapan.
Memberi semangat.
Memberi kekuatan.
Aku berbesar hati bila ada yang menegur di Facebook, mengirim email, meminta nasihat, meminta cerita lebih detail.
Ya, mereka itu yang senasib dengan aku.
Aku gembira bila mereka kata blog aku menceriakan mereka, memberi harapan dan semangat kepada mereka dan menjadikan aku sumber inspirasi mereka.
Aku terharu dan bersyukur kerana niat aku bercerita akhirnya mencapai matlamatnya.
Jadi pada yang belum tahu, atau mahu tahu, boleh klik sini dan jangan segan memanjangkan kepada yang lain jika dirasakan ada manfaatnya.

Ada yang ingin bertanya? Boleh cerita di blog ini atau di ijazambry@gmail.com atau add aku di Facebook.









Baik aku berhenti di sini sebelum aku bertukar menjadi pembaca berita
(oh ayat-ayatku sudah senada ayat si Bujal)



Nota bayi:
Khas buat Riena, Liza, Sue, Salmi, Thilaga: All the best babes!!





Wednesday, June 1, 2011

SEBAB HARI NI HARI SUSU MAKA ENTRI INI PUN PASAL..

Cerita susu lagi.

Susu tepung Mikail = RM154.90 = 3 minggu

Ya Allah, hamba redha dengan rezeki susu dari badan hamba untuk anak hamba hanya sehingga umurnya 3 bulan. Murahkan lah rezeki hamba supaya anak hamba tidak terhenti rezekinya dengan susu yang hamba beli ini.
Amin ya rabbal aalamin..



RM154.90 boleh beli ini.

jawapan kepada soalan ' hadiah besday apa ko nak tahun ni?' (pic credit to crocs.com)

Tsk.

Kenapa la susu budak mahal sangat sekarang ni. Grrrr.....





Thursday, May 26, 2011

MAIN KASAR NAMPAK!

Salam Khamis kat korang semua! Eeee suke le tu esok dah Jumaat ekk :-)
Ye, masa berlalu terlalu cepat sekarang ini, ececehh ayat drama Yusup Haslam pulak.
Betul kan, rasa cepaaat je masa berjalan (cemana pulak aku tahu masa 'berjalan', tak merangkak ke, berenang ke, terbang ke, merapu jap..).
Tetiba aku rasa seriau pulak bila tengok cepat sangat Mikail membesar depan mata ni.

Yep, aku nak citer pasal anak aku pagi ni.

Baru je berumur 10 bulan ari Isnin 23 May ni, hero aku dah terer:
 - merangkak: both gear R & gear D
 - duduk sendiri
 - minum dari cawan biasa
 - menghabiskan bubur nasi semangkuk PENUH (3/4 je kalu, dia jerittt!) . 2 kali sehari ye (ikut sapee la pelahap ni hehehe)
 - paham bila kata 'no,no,no,no!' tiap kali dia jilat lantai, jilat sofa, jilat dinding (manis gamaknye umah aku)
 - 'tegur' orang, especially kawan baik dia - Mujamil 16 bulan dok umah sebelah. cara dia tegur 'hah! hah!'
 - merajuk!
 - main bola dengan tangan (train hari-hari nak bagi setarap Messi derr heheh)
 - makan pisang! ko bagi sesikat pon abis kot. dia akan makan selagi ko suap pisang lenyek kat dia (ikut sapee la anak onyet ni hehehe)
 - cium sesapa bila kata 'sayang..sayangg' TAPI bila papa dia kata gitu dia tolak muke laki aku tu hahaha tu laaa malas lagi shave janggut tu tajam der! cara dia cium - dia rapatkan muka ke muka kita sooo sweeet!
- senyum gatey (haisyy nak wat cemana dah senyum copycat senyum aku hahaha aku gatey ke?)

Sekejap je aku rasa dia dah macam bukan baby yang baring, tido, minum susu je sepanjang hari.
Sekarang ni pantang letak je atas lantai, abis le lantai tu dia tawap. Nak-nak ada mainan dia. Memang dikejornya la menda tu sampai jemu.
Dah jemu dia jerit. Sabo je kan perangai!

Aku kadang-kadang terfikir perlu ke aku tetapkan satu cara untuk mendidik dia - samada kasar atau lembut.
Tengok kelasakan dia memang tak sesuai langsung la dengan cara aku belai-belai dia macam aku belai anak patung Barbie errr 25 tahun dulu (aku main Barbie umur 10 tahun - haa kire laaa umur aku tak kisaaah)
Mr Semtz lak suke gunakan pendekatan kasar dengan Mikail.
Di gomol-gomolnya budak tu tak kira sikenit tu terjerit-jerit meleding-leding badan marahkan papa dia.
Aku yang tengok mesti marah Mr Semtz.
Aku takut kalo dibiasakan budak tu dengan rasa marah, perlakuan dia nanti kasar.
Contoh, kadang-kadang ada jumpe kan, budak kecik yang marah balik makpak dia bile dia kena marah dengan depa. Hohoooo aku tak boleh tengok situasi tu weh, rase nak tampor je anak orang tu. Kecik mecik!

Pastu Mr Semtz suka biarkan anak dia tergolek jatuh terhantuk lantai terlanggar dinding, 'Biar dia kuat' katanya. Hisyy aku seriau la. Tulang dia bukannya kuat lagi. Nak bagi budak tu lasak sangat pon rasanya tak sesuai lagi ngan umur dia. Pada aku dah masuk setahun lebih tu boleh la nak golek terlentang bagai.

Cemana korang didik anak ye?



Ada muke 'jinak' ke? Tengok tahap blur gambor ni pon dah leh agak betapa tak diamnye budak ni.






Wednesday, May 25, 2011

ATUK JIMMY CHOO TENGOK PON NANGES TAU!

Brand cap ayam harga RM49.90

Mulut kiri tahap makcik-makcik (lebor!)

Mulut kanan masih dara (malu-malu!)  

Ce korang bayangkan.
 - Kasut ni aku beli hari Isnin 23 May masa balik dari klinik lepas check jari kaki aku yang lebam
    (usia kasut = 3 HARI)
 - 3 hari ni aku pakai kat ofis SAHAJA
    (takde nyer aku nak bersoping sakan seret kaki lebam show off kat orang der!)
 - Peratus penggunaan kasut ni di ofis cuma berkisar sekitar 15% SAHAJA
    (ke toilet, surau, bilik bos sebelah ni je)

Berbaloi ke RM49.90 aku?
HAMPEH.
Mana pegi nilai duit sekarang?

Jap nak cari dalam longkang..



P/S: ada ke sore sumbang kata aku jalan ganeh? haaa sebelum ada, ko pikir ye, lojik ke aku yang bengkak jari kaki ni nak jalan ganeh-ganeh? aku beli kasut ni pon sebab kaki sakit dowh, tsk!



Tuesday, May 24, 2011

50 HENGGET JADI 2000 HENGGET

Assalamualaikummm korang. 3 hari tak hapdet.
Rindu tak? Rindu tak? (aku muntah sendiri dulu)

Acik capek der wiken lepas punye penangan.
Penangan apa? Penangan pakcik IKEA  uuuuuu.. abes tau bajet larik woo.
Tapi.....! Hati senang bunge-bunge riang tengok ini barang-barang.
Moh cekidaut gambor-gambor berikut!
(maseh capek untuk menaip jadi ku tepek aje gambor ye kawan-kawan)

Hasil tuaian 3 jam dalam ladang pakcik IKEA


Bukan sotong sumbat mahupun tin sardin tapi keadaan keta ku yang kena dera


Kusi baca paper untuk Papa!

Kusi bergosip untuk Mama dan tetamu. Yang kenit tu untuk Mikail nyebuk gosip sekali







Niat ASAL ke IKEA - cuma RM50. Sudahnye? (rujuk gambar atas) , terbang RM2K (T_T)



Pengajaran untuk diri sendiri: Jangan pegi IKEA dengan kad kredit!


Dan dek kerana kecapekan juga maka Tuan kemah telah tergelincir dari tangga umah lalu mencacatkan pemandangan kaki kiri diri sendiri (sile kesian dengan berkata aloloooo siannye..)

Jari kecik kakiku yang BUKAN kena make up ala smokey eyes okey


Friday, May 20, 2011

ABANG NAK KAWEN LAGI? SABAR..!

Ada ke orang Malaysia yang tak tahu lagi citer Salih Yaakub nak genap kuota?
Sana sini paper heboh weh laaa makin glemer ko Pak Salih!

Aku yang tak gemor sangat citer kawen banyak ni pon terkena tempias tadi!
Uikk??

Err, jangan gabra ahli keluarga ku sekalian.. hehehe Mr Semtz masih di takuk kemampuan SEorang isteri sahaja (oucchh! heheh sowi B, kalo u terasee baca ni hehe)

Tempias nya begini... tengah aku sibuk meminjamkan telinga untuk sesi gosip mak-mak dara di opis ni tadi, terdengar le satu suara nyaring (nape makcik2 suke cakap ngan sore nyaring ek?) wat satu ayat penyata yang merenggut jiwa halus ku ececeee..

  "Salih tu anak dah ramai kan? Kalo bini-bini dia semua TAK BOLEH BERANAK, aku paham la nape dia kawen banyak! Isskkk tak paham aku!" 
(sape suh ko paham cikkak? ada exam pasal Salih Yaakub ke ko kena amik?)


Fakta: 
Suami yang isterinya sukar untuk mengandung boleh kahwin lain tanpa perli / kutukan orang keliling


(T_T) kan?

Tapi Alhamdulillah aku & Mr Semtz insyaAllah takda perang baling pinggan mangkuk hempas pintu baling henpon cakar dada tarik rambut korek mata putar tengkuk (isk brutal imejinasi aku) dek kerana Mr Semtz baru pasang niat nak pasang bini baru sebab anak.
Err aku yang suh dia kawen lagi ada la! Hehehe.

Tapi tipu la kalau aku kata rumahtangga aku tak berkocak waima sedikit pun dek isu anak ini. Gaduh-gaduh, majuk-majuk normal tu ada la. Selalunya aku la yang bangkitkan isu kawen ni. 
Betul tak tipu aku penah suruh dia kawen lain. Siap aku suh dia cari calon sendiri lagi (uwaaa)
Aku baik hati? Hmmm bukan isu baik hati atau jahat hati. Aku rasa waktu tu lebih kepada KECEWA kot. 
At the verge of giving up. Sape yang penah rasa macam aku childless for almost 10 years, tahu la perasaan pompuan macam aku ececece mode sedih pulok ek hehehe.
 
Tetapi aku bersyukur amat ya Allah, kami diberi KESABARAN yang cukup untuk mengikat kuat jodoh ini.

Rahsia rumahtangga bahagia - SABAR!

Kalo tak sabar?
Baca ni ayat Zizan RL : Sabar sabur tak sabar masuk kubur! Pis!






 

Thursday, May 12, 2011

BIARLAH MALAM JUMAAT INI MENJADI RAHSIA KITA SYY..

Jam sekarang 10:31PM

Mikail dah zzzzzzz

Bibik Mikail dah zzzzzzz

Papa Mikail dah zzzzzzzz

Mama Mikail?

Syyy...



Mr Semtz dapat free dari ofisnya hari ni..


Aku dah tak beli cookies femes ni dah, sebab ada alternatif lagi best kat sini.

Tapi ini biskut free... :-)

Ini rahsia kita berdua malam ni ye.. syy..

Dah. Pi tido.




KANTOI..

 Semalam..




Hari ni..


Blogger telah membongkar rahsia nama betul Tuan Kemah. Tsk.

Mengambil kesempatan ini saya ingin berterima kasih kepada MAK saya sebab bagi nama yang sedap :-)







Tuesday, May 10, 2011

AKU SUKE MEKAP AKU PUNYE SUKE LA

Skrip bukan dalam filem. (Sile baca dengan intonasi keras)

Suami:  Lipstik kecik tu sampai seratus hengget lebih! Duit tu buat beli makanan lagi baik!
Isteri:  Alaaa orang cantik pun untuk abang jugaak!

Isteri:  Abang punye pasal la ni. Nak cepat sangat! Mana nak cari gam bulu mata palsu kat sini?
Suami:  Yang original dah ada elok je tak payah gam, tapi nak pakai yang pelsu tu pehal?


Kalo wat survey pasal mekap.
   
LELAKI :
   Mekap punye harga tak masuk akal betui! Beli sport rim bagi keta cantik lagi bagus!
   Pompuan suke mekap ni pompuan gedik je. Sebab tu aku tak bagi bini aku pakai mekap.
   Cantik asli lagi lawo dari cantik mekap.

POMPUAN :
   Kalo tak mekap muka pucat la. Tak bersemangat je rasa.
   Mekap ikut event je. Kalo shopping dekat-dekat calit lipstik je.
   Kosmetik kena beli mahal sikit. Mekap murah nanti muka berjerawat.


Pada aku la, mekap itu perlu kalau pompuan itu rasa dia perlu. Maksud aku kalo muka dia seiras Kak Limah la  (kaler putih bibir itam mata lebam). Ramai sebenarnye pompuan yang memiliki muke sebegini (sobss).

Mekap pun kena la ikut kesesuaian tempat jugak.
Kalau setakat pegi Giant pon ko tempek bulu mata Rozigetah Cik Wan ape kes dek oii.

Aku banyak dengar kes suami tak bagi isteri mekap. Aku tak pernah tanya suami orang lain kenapa. Tapi suami aku sendiri kata mekap tu buat setengah orang jadi lagi tak cantik.
Aku setuju.
Kenapa bila Ija Zambry pakai mekap tak cantik macam Lisa Comehani atau Pashah Sendat pakai mekap?
Sebab Ija Zambry takde 'Fifi' (nama sebenar Firdaus) ke, 'Mimi' (nama sebenar Suhaimi) ke, 'Sherry' (nama sebenar Shahril) ke untuk mekap kan.. (mak mintak ampunn buat yang terasa.. peace nyahhh! tapi memang kalau kaum ni mekap monyet pon transform jadi JLo)

Tapi cantik tak cantik, aku tetap gak pakai mekap. Kenapa?
Ayooo muka aku kalo natural dah iras Kak Limah je (kaler putih bibir itam mata lebam).
Jadinye kalo tanpa secalit lipgloss Lipice serta blusher juga eyeliner, aku takut Mr Semtz cari Mrs Semtz nombor 2 umur 20 tahun je (T_T).
Mr Semtz komen? Dia komen dalam hati je hahaha. Ye dia tak suka mekap tebal. Dan aku pun cuba la tak mekap tebal jugak. Sekadar dapat mengaburi mata Mr Semtz yang bini dia ni ada iras Maya Karin cukup la.
Balik keje dah malam, cahaya lampu lak tak seterang matahari, mata Mr Semtz pun dah layu ngantuk, jadi aku pun 'SAFE~!" hehehehe..

Kesimpulannya, majulah mekap untuk wanita! (hehehe ape la aku merepek ni)

Korang bagaimana?

Maya Karin









Monday, May 9, 2011

TIADA KATA SECANTIK BAHASA UNTUK KU PUJI IBUNDA

Everyday is Mother's Day! WE U MAK!  



Ya Khaliq, Ya Rahman, Ya Rahim... sesungguhnya hambaMu yang dhaif ini ingin memohon keampunan buat kedua orang tuaku, khususnya buat ibunda ku yang tercinta, kerana tanpanya aku mungkin tidak mampu untuk merafakkan kesyukuran kehadratmu Ya Azim... Andainya Engkau mengurniakan syahid terhadapku, maka ku hadiahkan pahalanya terhadap ibundaku, dan kupohon agar Engkau sentiasa menaungi ibundaku dengan Rahmat dan InayahMu... Panjangkanlah hayat ibunda ku Ya Rahman, agar dia sentiasa memperingatkan aku untuk sentiasa sama-sama bersyukur dan beribadah padaMu, dan penuhilah hari-harinya yang mendatang dengan segala kebaikan yang ada, kerana tiada apa yang dapat aku berikan kepadanya selain doa ini jika membandingkan kasih sayang serta pengorbanannya selama membesarkan aku... Dan sesunggunhnya, tiada satu perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa besarnya jasa ibunda terhadap aku selama ini, dan hanya padaMu Ya Allah aku serahkan segalanya, moga Engkau sentiasa merahmati kedua orang tuaku.... Amin yaa rabbal alamin...


''Seorang pemuda berjumpa dengan Rasulullah S.A.W dan berkata:  Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah orang yang lebih berhak mendapat layanan dan kasih sayangku?  Nabi s.a.w berkata:  Ibumu.  Kemudian siapa pula?  Nabi s.a.w berkata:  Ibumu.  Dia bertanya lagi:  Kemudian siapa pula?  Nabi menjawab:  Ibumu.  Bertanya lagi beliau:  Kemudian siapa?  Nabi s.a.w berkata:  Bapamu...''               (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Friday, May 6, 2011

AMINAH KATA SUAMI AKU TAK ROMANTIC TAPI.. MANA DIA TAHU

Balik dari keje semalam dalam kereta kitorang dengar radio panas efem.
Entah segmen apa ntah tapi DJ Adik Brader dengan Dinda Brader tengah layan sorang pemanggil - aku bagi nama Aminah binti Mat Usop ye. 

Si Aminah binti Mat Usop ni punye satu ayat:
Saya tak suka la suami lelaki Melayu! Tak romantic! Saya nak cari bakal suami orang asing! Hihihii! Tapi wajib la dia convert dulu kann hihihi!
(sape setuju dengan si Aminah ni sila angkat mouse pi cari blog lain)

Ayooo Aminah binti Mat Usop.. meluatnye aku dengor!
Ko nak kawen dengan Mat Saleh ke Mat Bangla ke Mat Vietnam ke kawen je la, jangan la kutuk lelaki bangsa ko sendiri tu tak romentik la hape. Tengok nama ko pun orang dah tau ko anak bangsa yang ko kata tak romentik tu. Mat Usop tu kalo tak romentik ngan bini Mat Usop, ko tu tak wujud tau.

Iskk ntah ngape aku meluat lak dengor ayat ala-ala 'I'm too good..' camni. Tambah lak from pompuan Melayu bujang gitu. Buat lak statement gitu kat radio yang majoriti lelaki Melayu dengor. Aku jamin lepas dengor ayat si Aminah tu ramai lelaki Melayu akan buat statement cenggini,

"PIIIRAHHHH!"



Hmmm... tapi betul ke lelaki Melayu kebanyakannya tak romantic?


romantic? not?


 




Thursday, May 5, 2011

PADAN MUKA AKU YANG PERASAN AYU KAT GIANT

Petang semalam sebelum amik Mr Semtz kat kilang dia aku singgah beli barang kat Giant (kenapa agaknya orang Shah Alam suke pegi Giant ek).
Ramai jugak yang bershopping semalam, almaklum le baru masyuukk.

Dah hampir penuh bakul aku dengan segala jajan (bahan-bahan untuk kek batik jawa koo! ehekss aku tingin der), aku pon dengan sabornye berbaris belakang sorang pompuan India yang didepannya sorang pompuan Melayu yang di depannya sorang pompuan Melayu dan didepannya pulak sorang lagi pompuan Melayu (eh eh memang pompuan suker soping ek) yang sedang menunggu cik cashier buat magic tukar duit kertas dia jadi resit Giant.

Lalalala.. dengan sabar aku yang penuh perasan ayu berbaju kurung hitam berkasut tumit 2 inci dengan beg tangan Vincci tersangkut dibahu gaya cikgu-cikgu baru habis sekolah bershopping barang dapur awal bulan je lagaknya.
Sampai juga giliran aku akhirnya.
Aku senyum kat cik cashier... sebab dia senyum kat aku.
Satu satu barang aku di'tett' dengan penuh kecekapan dan pantas.
Aku mula seluk dompet, tiba-tiba.. erkk.. aduiiii hancur luluh hati tatkala terpandang lengan baju kurung hitam kesayangan...






(T_T)

 Bibikkkk!!!!!!


P/S: sebenarnya masa kat ofis sorang kawan prihatin dah tegur," Eh Fariza, lengan baju u tersangkut kat mana-mana ke? Koyak dah tu". Hah? Ohh... aku malu sekejap tapi dek sibuk buat kerja lepas tu aku terus terlupa sampai la saat aku perasan ayu di Giant tu. 

Bibik, next time careful with the ironing lah! you owe me 50 hengget tau! hukhukhukk.. malu wei..



Wednesday, May 4, 2011

ISNIN SAMPAI JUMAAT MACAM NI LAH BIASANYA. KORANG?

7:00am - Pegi keje

7:00pm - Sampai umah balik keje
 - Masak
 - Mandi, Maghrib
 - Makan, Main Mikail, Tengok TV

9:00pm - Naik bilik, Golek-golek dengan Mikail
 - Tidurkan Mikail
 - Isyak
 - Internet (kalo sempat) , Tengok TV

11:00pm - Ngantuk
 - Tido

2:00am - Buat susu Mikail

4:00am - Buat susu Mikail

5:45am - Bangun mandi
 - Subuh

6:15am - Kejut Mr Semtz
 - Bersiap pakai baju, mekap etc
 - Bawak turun bakul Mikail
 - Bawak turun Mikail

7:00am - Pegi keje

Tuesday, April 26, 2011

PELIK DAN ANEH! DUIT KERTAS BERTUKAR MENJADI RESIT GIANT!

Pagi tadi aku nak bayar utang 2 hengget kat sorang colleague.
Hutang dek hasil transaksi tanpa duit belian sekampit kerepek ubi sira pedas pada minggu lepas.
Aku bukak henbeg cap Vincci kaler itam ku, aku seluk purse kaler maroon ku dan aku tarik zipp....
Dalamnya... kosong.
Yang banyak dalam tu - resit Giant.

Aku cepat turun tingkat bawah opis nak cucuk duit kat ATM.

Baki akaun aku (meleleh air mata)...


RM15.50




Mari nangis sama-sama kalau korang pun senasib.


gambar curi oleh gugel




Monday, April 25, 2011

MUSLIMAH BERTUDUNG AKHLAK KELAUT vs MUSLIMAH FREE HAIR AKHLAK GRED A? MARI TENGOK APA KATA USTAZ ZAHARUDDIN

Kawan-kawan seIslam ku, mari baca ramai-ramaii....SINI

P/S: mood tuan kemah dah ke laut sejak Sabtu lepas sebab Bold Tigaku sakit dijangkiti virus (T_T)


Tuesday, April 19, 2011

"SYAYE DULU DAN SYEKALANG" - MIKAIL NAFIS

DULU: "zzzzzzzzz......"
SEKARANG: "♫ goyang goyang goyang montot.. ♪ hmm hmm hmmmm.. ♫"

23 April ni genap 9 bulan usia si Mikail.
Milestone?
Baru belajar angkat montot dan goyang-goyang ke depan ke belakang. Baaaaaru dapat skill buat kekuda untuk aksi merangkak (hasil training dengan si cousin kat umah nenek).

Ya, Mikail agak lambat sikit perkembangan motornya (motor skill). Mula meniarap di umur 6 bulan. Angkat dada di umur 7 bulan. Gostan dan pusing dalam posisi meniarap di umur 8 bulan. Dan sekarang dah nak masuk 9 bulan, Mikail akan bergolek-golek, berpusing-pusing 360 darjah untuk mendapatkan sesuatu. Dia tak menyulur ke depan tapi menyulur ke belakang (gostan la tu). Gaya tipikal Mikail bila meniarap ialah 'payung terjun' (bayangkan aksi penerjun tatkala payung terjun belum kembang).

Dari segi perkembangan lain, Mikail sudah mula belajar bermain bunyi dengan mulut comel-rase-nak-kunyah-kunyah dia dan bunyi feveret Mikail ialah "Prreeerrrrrrrrr...prrrerrrrrrrr, brrerrrrrrr..brerrrrrrr" sambil diiringi semburan saliva berbau susu. Comel tapi comot. 
Tapi sejak 3 minggu lepas, Mikail mula mengeluarkan bunyi seakan-akan perkataan bahasa yang difahami manusia yang mana telah mencetuskan keterujaan dalam hati Mr Semtz dan kejelesan mendalam dalam hati aku - Mikail telah menyebut "PA-PA!" (tamparan hebat untuk mama ko yang penat meneran dulu tauu..).
Bukan baby selalu sebut huruf 'M' dulu ke? Tak puas ati.. tak puas ati..

Well, am I worried with his development? Tipu la kalo kata tak risau. Tambahan pulak Mikail ada seorang cousin yang beza seminggu (Mikail lahir seminggu awal) dan si cousin dah mula memanjat tangga dan tiang buaian bila mana si Mikail hanya mampu melihat dengan penuh eksaited dalam posisi 'payung terjun'nya, adehh la anakku..

Tapi tu la, setiap baby ada lead time masing-masing dan skill 'motor besar' (major motor skill - bukan motor ducati atas jalan tuu..korang pon agak-agak la) iaitu meniarap, merangkak, duduk, berjalan - are all gained naturally and not by learning. Semuanya 'didapati' secara semulajadi oleh si bayi dan bukan 'dipelajari'.
Bak kata opah Mikail masa aku bukak mulut pasal Mikail tak meniarap lagi masa dia 5 bulan - "Kalau Allah tak izinkan Mikail meniarap lagi, maka tak meniarap la Mikail. Buat macam mana pun Mikail akan baring terlentang jugak".

Aku selalu dah google pasal 'babies development milestone' ni dan aku percaya kerisauan aku ni berasas tapi tak bermakna. Lain la kalau si Mikail masih terlentang tangan terkapai-kapai sampai hari ni tak reti-reti nak meniarap kannn.. Lagipun Mikail was a premmie. Dia lahir awal 6 minggu. So lojik nya dia cuma 6 bulan lebih je sekarang. So, aku cuba untuk tak risau lah (dan hati aku eksaited gile tengok Mikail dah angkat montot 2 minggu lepas!).

Well, we'll just have to wait and see how he goes from here. Kan Mikail?







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggal Link Kat Sini Ye!