Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

MARI MAKAN PARU LEMBU SEBAB AYAM DALAM PETI AIS DAH HABIS

Semalam pening-pening pon masak tetap masak.
Teruja tengok blog CikIna yang menggugat level pahala pose aku semalam, aku pon nak tempek gambo kuali beserta lesung batu ku untuk tatapan ramai.

Korang nak resepi penuh jangan tanya la.
Aku men campak je. Tak pernah sukat der.

Sebab tu kot aku masak selalu tak sedap HAHAHAHA (font gelak sengaja dibesarkan).

Sape ada paru lembu dalam peti es?
Sape ada suun ngan fucuk dalam lemari dapur?
Sape ada rutbir A&W ngan ais krim dalam freezer?

Yang takde pi cari resepi kat blog lain.

Tengok gambo je le. Senang benor.


Menu 1:
 PARU GORENG CILI TIRU MACAM CIKGU PUZIAH








 Menu 2:
 TUMIS SUUN & FUCUK TIRU MACAM IJAZAMBRY






 
 Dessert:
FLOAT KEGEMARAN BOS GENG SEMUT BESARR






Lepas masak, lepas makan, suh bibik kemas dapur okey!
Tima kasih bibik!!





Thursday, May 12, 2011

BIARLAH MALAM JUMAAT INI MENJADI RAHSIA KITA SYY..

Jam sekarang 10:31PM

Mikail dah zzzzzzz

Bibik Mikail dah zzzzzzz

Papa Mikail dah zzzzzzzz

Mama Mikail?

Syyy...



Mr Semtz dapat free dari ofisnya hari ni..


Aku dah tak beli cookies femes ni dah, sebab ada alternatif lagi best kat sini.

Tapi ini biskut free... :-)

Ini rahsia kita berdua malam ni ye.. syy..

Dah. Pi tido.




MAKAN DAN PENGSAN DI OFIS


Hari ni di ofis ada makan-makan.

Kucing-kucing campur singa semue dah berjimba di Italy, jadi tikus-tikus mondok, tikus putih, cekelat, jingga, tikus comel macam tuan kemah, semua sepakat setuju nak merembeskan asid perut lebih sikit hari ni  - POT LUCK time!
(haiss.. ada yang tak tau ke metafora aku bagi tu.. kucing tu bos, tikus tu pekerja bawah telunjuk bos le.. tu laa masa kelas BM tak bagi perhatian kat cekgu ajar)

Dah namanye pot luck, maka wajib le ada makanan home made. Dan dek kerana ofis ku 'Satuu! Meleysiaa!' (jerit gaye Tok Najib) hanya yang ada cop 'binti' kat nama sendiri je dibenarkan memasak. Nak masak hape sendiri punye suke la. Janji sedap dimakan hingga bertambah berkali-kali. Yang nama ada 'bin' atau langsung takde tu dibenarkan bawak makanan beli atau pun contribute duit pool money beli makanan.
Adil? Ok la pada aku. Lagipun mak-mak dara ni konfem nak tunjuk skil memasak masing-masing kan (hihi aku le tewww!).

Menu? Klik gambor untuk lebih JELES jelas!



Macam kenduri koo..


Aku masak apa? Hikhik.. apa lagi... INI la.
Gambar? Tak sempat amik la. Hehehe baca bebetul ye - tak sempat tuu.
Cepat sangat ilang masuk perut colleagues ku yang sporting! Eh, aku wat banyak tauuu.
Dan aku dengar banyak perkataan ini - sedap!
Hihihi! Aku kembang setaman dah nih!
Haa cepat-cepat korang terai resepi aku tu. Wat pot luck kat opis korang lak ye. Kompem dapat mengembang macam aku gak hahaha!

P/S: kawan-kawan VSG yang sedang membaca entri ku ini - terima kasih kerna membuat ku rasa berbaloi membanting tulang menggulung sushi malam tadi dengan diiringi tangisan si Mikail yang nak mamanya dukung dia huhuhu..

Wednesday, May 4, 2011

ASAM PEDAS OHH ASAM PEDAS.. SAIKOU!

Yeayy aku dah boleh masak asam pedas!
Heh, asam pedas JE korang kata?
Ooo besar ertinya pada aku dapat masak asam pedas yang bisa menimbulkan bintil-bintil peluh jantan dari badan Mr Semtz sewaktu dia menikmatinya. Berbaloi membanting tulang pas balik kerja pung pang pung pang kat dapur tau hehehe.

Mr Semtz orang Melaka laa. Dan mak mertua aku punya asam pedas memang boleh buat orang termimpi-mimpi tau. Aku ni dok peratii mak mertua masak cemana tapi sebab mak punye sedap sangat aku takut nak try sebab takut fail haha.
Tapi entah la sejak aku merajinkan diri memasak tiap hari balik kerja sekarang ni, menu aku macam terhad sangat. Jadinya teringin pulak nak letak menu makanan sinonim orang Melaka ni atas meja makan aku.
Dok teringat-ingat cara mak mertua aku masak tapi macam tak konfiden, sudahnya aku bukak myresepi- kaji beberapa resepi asam pedas, ye KAJI. Aku bandingkan bahan-bahan dengan cara masakan depa ngan mak mertua aku. Last-last beberapa minggu lepas aku pun try la masak.

1st attempt asam pedas ayam yang agak memberansangkan dan komen Mr Semtz,
"Hmm.. ok ok. Tapi mak punya lain tang mana pun I tak tau".
Ye ye.. asam pedas mak you memang jauh  panggang dari api la dengan I punye ni adehhh jangan la banding, malu I wehh hahaa!


2nd attempt selepas tu (selang seminggu kot) asam pedas ikan pari dan komen Mr Semtz,
"Hmm..ok la, tak la tak sedap langsung."
Tsk. Makan bertambah tapi belum kuar peluh lagi waktu makan tu.

3rd attempt minggu lepas asam pedas ikan pari (lagi. Sedap ko ikan pari beli kat pasar Seksyen 6 Shah Alam). Dan Komen Mr Semtz,
"Lama-lama u terer masak asam pedas la. Saikou! ('Best!' in Japanese)"
Dan peluh nyer berjurai-jurai menitik dari kepala, muka, idung, (ewww) dagu etc, yeayyy!!!
Hahaha berjaya jugak aku. 3 kali je beb! (sedang masuk dalam bakul untuk mengangkat diri sendiri).

Asam Pedas Pari ala Chef Ija Zambry - resepi rahsieee lalalala

Rakan duet asam pedas dinner malam itu - Telur dadar sayur bayam ngamm!

Next mission - KELI SALAI MASAK CILI PADI (ye mak mertua aku punye memang SAIKOU!)



Wednesday, April 13, 2011

MELAYU MAKAN DI RESTORAN MAKANAN KAMPUNG MILIK MELAYU MURTAD

Hari ni julung-julung kali aku lunch date dengan Mr Semtz kat Restoran Mohd Chan (boleh agak restoran genre apa dari nama dia kan?). Bersih + nyaman dek aircond + banyak hiasan dinding tulisan khat + ramai pelayan = nice restaurant.

Tengah tunggu order siap, aku kepochi tengok orang. Hobi.
Ada satu meja penuh Chinese kat meja sebelah kitorang tengah pesan makanan kat pelayan situ.
Pelayannya seorang Melayu lelaki.
Tukang order seorang Cina lelaki. Terdengar suara dia,
"Nasi goleng kam heong dhua, wantan mee... sup ya! sup ya! thiga, ayer ituu plain water! suam suam! air suam, arrr then.. (aku tak dengar dah)".

Dalam kepala aku dok terbayang mcm mana kalo aku order makanan kat restoran masakan Melayu yang tokeynya Melayu murtad dan pelayannya Cina.
Pelik.
Tak boleh bayangkan.

Isu agama ni lebih sensitif pada Melayu/Islam. Sape setuju?


P/S: dalam Restoran Mohd Chan ada surau, ada tempat khas amik wudhuk
Restoran Kak Limah/ Kak Tom/ Pak Usin/ Bob Corner (oppss) ada? 
Malu.


Ni aku makan dengan penuh sopan santun gaya pengantin - tengok la kaler dia wei, kalo kena baju nanges

Monday, April 11, 2011

KENAPA AKU TAK SELIM MACAM LISA SURIHANI

Salam Isnin pada semua penjengah rasmi kemah ijazambry.blogspot
Tak sempat nak update waktu hujung minggu semalam. 
Tuan kemah pening kepala, perut ketat, mata layu.
Gara-gara mereka ini.


Sushi gulung tikar. Jumlah ditelan: Lebih 10 ketul pastinya

Ayam Martha Tetttt (nama ada hakcipta) Jumlah ditelan: Lebih 3 ketul rasanya

Kambing Penyet. Jumlah ditelan: 0. Aku sayang kambing. Tak sampai ati nak makan. Tapi bau dia punca aku pening.

Semuanya terjadi dalam satu malam. Malam ye. Waktu bila mana aktiviti memecah lemak hampir zero.
Perut aku yang mengecut dek dayet sihat aku selama 2 bulan kini meragam.
Seluar jeans aku 'mengecil' semula. Benci.

P/S: ada satu lagi pencemar dayet ku malam itu - Baked cheese potato = kentang penuh carb dilenyek dengan lemak-lemak dan dibakar dengan keju lemak yang rasanya nyammm sangat berlemak - adehh banyak sangat lemak sampai nak upload ke blog ni pon BERAT. Jadi gambar ini telah diabaikan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggal Link Kat Sini Ye!