Thursday, June 2, 2011

BLOG AKU CERITA AKU

Aku BUKAN blogger tegar.
Bukan sangat.
Aku berblog suka-suka je.
Bukan nak tambah side income.
Aku tau korang tak klik pun iklan ku.
(takpe, aku pon sama ehek)

Asal aku tulis blog sebenarnya sebab satu je.
Pada yang tak mengikuti blog aku dari awal pembabitan aku di arena blogspot (eceh ayat artis), korang klik SINI.
Inilah sebab awal kejadian ijazambry.blogspot.

Aku punya pengalaman yang tak semua orang ada.
Dan ramai yang senasib dengan aku memang mencari rakan senasib.
Jadi aku disini untuk mereka.
Berkongsi pendapat.
Berkongsi cerita.
Berkongsi semangat.
Berkongsi derita.
Memberi harapan.
Memberi semangat.
Memberi kekuatan.
Aku berbesar hati bila ada yang menegur di Facebook, mengirim email, meminta nasihat, meminta cerita lebih detail.
Ya, mereka itu yang senasib dengan aku.
Aku gembira bila mereka kata blog aku menceriakan mereka, memberi harapan dan semangat kepada mereka dan menjadikan aku sumber inspirasi mereka.
Aku terharu dan bersyukur kerana niat aku bercerita akhirnya mencapai matlamatnya.
Jadi pada yang belum tahu, atau mahu tahu, boleh klik sini dan jangan segan memanjangkan kepada yang lain jika dirasakan ada manfaatnya.

Ada yang ingin bertanya? Boleh cerita di blog ini atau di ijazambry@gmail.com atau add aku di Facebook.









Baik aku berhenti di sini sebelum aku bertukar menjadi pembaca berita
(oh ayat-ayatku sudah senada ayat si Bujal)



Nota bayi:
Khas buat Riena, Liza, Sue, Salmi, Thilaga: All the best babes!!





6 respon yang Tuan Kemah dah baca:

bawal crepe putih said...

saya tag anda di sini...

http://emysk8tergurl.blogspot.com/2011/06/june-for-love-give-away.html

gudLuck =)

*∽ IZAN ∽* said...

baru share link pasal 'cerai kopi' tu ngan kawan2 semalam... ehehehhehe

bujal X said...

jangan pedulikan mulut yang mengata~~chill je~~asal blog tak tulis benda yang bukan2 suda~~

Ija Zambry said...

> emeera asnary - thank you dear, ada masa nanti acik pi noh!

Ija Zambry said...

> izan - maceh izan. pekabo badan? wekwek tak? dah 10 wks ek?

Ija Zambry said...

> bujal x - oh, tiada siapa yang mengata, cuma menyedarkan diri sendiri tujuan asal berblog supaya tak tersimpang bercerita merapu huhuhu (sedap juga guna bahasa melayu betul di skrin pc ya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggal Link Kat Sini Ye!