Wednesday, May 25, 2011

DOA HARD & DOA SMART!

Hari ni aku nak kongsi menda ni je ngan korang.
Dipetik dari Minda Tajdid.

**************************************************************

Soalan: Saya mudah kecewa. Apabila saya doa, saya rasa doa saya Allah tidak akan terima. Saya dah minta doa macam-macam, tapi banyak benda yang minta itu tak berlaku seperti yang diminta. Kadang-kadang sehingga saya rasa macam tidak larat hendak berdoa. Tolonglah saya Dr!

Wardini, Kuala Kangsar.

Jawapan Dr MAZA:

Saudari, semoga Allah merahmati kita semua. Untuk menjawab kemusykilan saudari itu, saya nyatakan seperti berikut:
1. Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepadaNya, hendaklah ia dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya.
Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah. Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan: (maksudnya)
“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).
Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah, kita menghampiri pintu kemakbulan.
2. Bersangka buruk kepada Allah seperti menganggap Allah tidak akan terima doa adalah perasaan yang salah dan perlu dibaiki. Bagaimana mungkin Allah menolak doa, sedangkan Dia yang memerintahkan kita berdoa kepadaNya. Firman Allah:
(maksudnya): “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).
FirmanNya juga: (maksudnya)
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).
Doa yang dilakukan dengan penuh penghayatan pasti diterima Allah. Itulah jaminan Allah sendiri.
3. Maka seseorang hamba yang berdoa hendaklah dia penuh dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doanya. Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa sahaja yang ragu-ragu terhadap penerimaan Allah. Sabda Nabi s.a.w:
“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
4. Namun, waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam ilmu Allah. Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya. Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam berdoa. Sabda Nabi s.a.w :
« Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah ». Ditanya baginda : « Apa itu tergopoh-gapah ? ». Sabda baginda : «Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa » (Riwayat Muslim).
5. Cara bagaimana Allah memustajabkan sesuatu pengharapan atau doa hamba itu juga berbeza-beza. Mungkin tidak seperti jalan yang disangka hamba yang berdoa itu, tetapi Allah sesuatu yang lain yang lebih baik untuknya. Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar atas andaian dengan kekayaan itu maka dia akan bahagia.
Namun Allah mengetahui tentang hal hamba tersebut yang mana kekayaan besar boleh memudaratkan iman atau persekitarannya yang lain. Allah mungkin menggantikan kekayaan yang besar itu dengan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh dan keluarga yang bahagia. Kesemua itu membawanya mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut. Sabda Nabi s.a.w :
« “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).
6. Doa tidak sia-sia. Doa adalah lambang pengabdian diri seorang hamba Allah kepada Allah Yang Maha Agung. Sebab itulah berdoa kepada selain Allah, sekalipun memohon kemustajaban dari nabi atau wali adalah dianggap sebagai syrik. Sementara berdoa kepada Allah adalah ibadah. Ertinya, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadah selama sejam. Jika dia berdoa sepanjang malam, bererti dia beribadah sepanjang malam. Sabda Nabi s.a.w :
“Doa itu adalah ibadah” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Adapun berdoa selain Allah pula adalah syirik dan memusuhi penyerunya pada hari Kiamat kelak. Firman Allah: (maksudnya):
“Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka” (Surah al-Ahqaf, 5-6).
7. Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.
Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan.
8. Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim. Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.
9. Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepadaNya.

**************************************************************


Tuesday, May 24, 2011

LAGI DUA BULAN GENAP SETAHUN?! ULP! CEPATNYA MASA BERLALU

aaa? mama nak syaye posying atash kusyi ni? cannew?

errrr..canner mama? syaye tak weti aarr! gaye syupan encem kew?

syupan canni bole?

wat muke syuke? haaa sengehhhh!! heheee


dah ke mama? dah? okeyy!


Pakcik IKEA, ce tengok ce tengok anak teman ni weh!
Tak bekenan ke ngambik jadi model kusi POANG mike ni!
Shooting kat Sweden?
BOOOLLLEHHHHHH!!! (verangans hiks!)




haisyyy kecoh arr mama ni owang syuke dok gini laaa






50 HENGGET JADI 2000 HENGGET

Assalamualaikummm korang. 3 hari tak hapdet.
Rindu tak? Rindu tak? (aku muntah sendiri dulu)

Acik capek der wiken lepas punye penangan.
Penangan apa? Penangan pakcik IKEA  uuuuuu.. abes tau bajet larik woo.
Tapi.....! Hati senang bunge-bunge riang tengok ini barang-barang.
Moh cekidaut gambor-gambor berikut!
(maseh capek untuk menaip jadi ku tepek aje gambor ye kawan-kawan)

Hasil tuaian 3 jam dalam ladang pakcik IKEA


Bukan sotong sumbat mahupun tin sardin tapi keadaan keta ku yang kena dera


Kusi baca paper untuk Papa!

Kusi bergosip untuk Mama dan tetamu. Yang kenit tu untuk Mikail nyebuk gosip sekali







Niat ASAL ke IKEA - cuma RM50. Sudahnye? (rujuk gambar atas) , terbang RM2K (T_T)



Pengajaran untuk diri sendiri: Jangan pegi IKEA dengan kad kredit!


Dan dek kerana kecapekan juga maka Tuan kemah telah tergelincir dari tangga umah lalu mencacatkan pemandangan kaki kiri diri sendiri (sile kesian dengan berkata aloloooo siannye..)

Jari kecik kakiku yang BUKAN kena make up ala smokey eyes okey


Friday, May 20, 2011

ABANG NAK KAWEN LAGI? SABAR..!

Ada ke orang Malaysia yang tak tahu lagi citer Salih Yaakub nak genap kuota?
Sana sini paper heboh weh laaa makin glemer ko Pak Salih!

Aku yang tak gemor sangat citer kawen banyak ni pon terkena tempias tadi!
Uikk??

Err, jangan gabra ahli keluarga ku sekalian.. hehehe Mr Semtz masih di takuk kemampuan SEorang isteri sahaja (oucchh! heheh sowi B, kalo u terasee baca ni hehe)

Tempias nya begini... tengah aku sibuk meminjamkan telinga untuk sesi gosip mak-mak dara di opis ni tadi, terdengar le satu suara nyaring (nape makcik2 suke cakap ngan sore nyaring ek?) wat satu ayat penyata yang merenggut jiwa halus ku ececeee..

  "Salih tu anak dah ramai kan? Kalo bini-bini dia semua TAK BOLEH BERANAK, aku paham la nape dia kawen banyak! Isskkk tak paham aku!" 
(sape suh ko paham cikkak? ada exam pasal Salih Yaakub ke ko kena amik?)


Fakta: 
Suami yang isterinya sukar untuk mengandung boleh kahwin lain tanpa perli / kutukan orang keliling


(T_T) kan?

Tapi Alhamdulillah aku & Mr Semtz insyaAllah takda perang baling pinggan mangkuk hempas pintu baling henpon cakar dada tarik rambut korek mata putar tengkuk (isk brutal imejinasi aku) dek kerana Mr Semtz baru pasang niat nak pasang bini baru sebab anak.
Err aku yang suh dia kawen lagi ada la! Hehehe.

Tapi tipu la kalau aku kata rumahtangga aku tak berkocak waima sedikit pun dek isu anak ini. Gaduh-gaduh, majuk-majuk normal tu ada la. Selalunya aku la yang bangkitkan isu kawen ni. 
Betul tak tipu aku penah suruh dia kawen lain. Siap aku suh dia cari calon sendiri lagi (uwaaa)
Aku baik hati? Hmmm bukan isu baik hati atau jahat hati. Aku rasa waktu tu lebih kepada KECEWA kot. 
At the verge of giving up. Sape yang penah rasa macam aku childless for almost 10 years, tahu la perasaan pompuan macam aku ececece mode sedih pulok ek hehehe.
 
Tetapi aku bersyukur amat ya Allah, kami diberi KESABARAN yang cukup untuk mengikat kuat jodoh ini.

Rahsia rumahtangga bahagia - SABAR!

Kalo tak sabar?
Baca ni ayat Zizan RL : Sabar sabur tak sabar masuk kubur! Pis!






 

Thursday, May 19, 2011

MULUT MAMA MASIN? MULUT OPAH LAAAAGI MASIN!

Sebelum balik Stewan ari tu mak tanya aku, Mikail pandai apa dah?
Aku jawab la, duduk dan merangkak masih gostan lagi.
Mak kata, haaa takpe balik umah opah nanti Mikail leh merangkak ke depan dah.

Masin tau itu mulut!

Pejam celik pejam celik, lepas 4 hari bercoti-coti makan tido makan tido kat Stewan, kitorang pon balik Shah Alam.
Kat umah malam tu Mikail main-main dengan mainan dia atas lantai cam bese (mainan lazim Mikail adalah dua ketul menda yang dipegang kiri kanan kemudian dilaga-laga untuk menghasilkan bunyi).
Dah agak boring dia duduk lama-lama ketuk 2 ketul toy blocks, Mikail start ubah posisi merangkak. Aku offer botol Minute Maid Pulpy (tak tau nape dia suke benorr botol minuman yang ini). Biasa la rasuah dia ngan menda feveret dia nak latih dia merangkak kedepan ke arah aku.

Tiba-tiba..
Hah! Uh ah uh aah uh ah! Dengan muncung panjang, air liur meleleh, Mikail MERANGKAK ke depan ke arah aku nak capai botol feveret dia.
Sekelip mata je camtu! Macam magic okeh!
Alalalalaaaaaa! Anak mama dah boleh merangkak KE DEPAN yeayyyy!!!
Kitorang seme eksaited terjerit-jerit tengok dia lajuuu je ke depan.

Tapi.. HAHAHAHAHA!... nape ko merangkak cam PELIK sikit eh?
Lawak tau cara Mikail merangkak!

Korang imejin ye.
Biasa budak merangkak lutut tu yang disorong ke depan selang seli kiri kanan kan?
Mikail punye version - dua-dua lutut disorong kedepan at the same time! Tangan dia kiri kanan ke depan kuat menarik badan, mengheret lutut/kaki. Kalo tengok dari belakang comey je 2 tapak kaki dia selarii je tak macam kalau merangkak normal, tapak kaki tu akan kedepan kiri kanan selang seli! Iskk susah aku nak explain laa tapi, PELIK! Comey siut! Hahahah!
Nanti kalo dapat amik video aku post kat sini.

Tapi pepe pun, kata-kata mak-mak ni memang ibarat doa la.

Hmmm... nanti nak suh mak cakap gini la,
"Haaa Mikail umur setahun nanti dapat adik ye!"

Boleh?

Hehehehehehehehe..

budak yang nak masuk 10 bulan minggu depan :-)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggal Link Kat Sini Ye!