Skrip bukan dalam filem. (Sile baca dengan intonasi keras)
Suami:
Lipstik kecik tu sampai seratus hengget lebih! Duit tu buat beli makanan lagi baik!
Isteri:
Alaaa orang cantik pun untuk abang jugaak!
Isteri:
Abang punye pasal la ni. Nak cepat sangat! Mana nak cari gam bulu mata palsu kat sini?
Suami:
Yang original dah ada elok je tak payah gam, tapi nak pakai yang pelsu tu pehal?
Kalo wat survey pasal mekap.
LELAKI :
Mekap punye harga tak masuk akal betui! Beli sport rim bagi keta cantik lagi bagus!
Pompuan suke mekap ni pompuan gedik je. Sebab tu aku tak bagi bini aku pakai mekap.
Cantik asli lagi lawo dari cantik mekap.
POMPUAN :
Kalo tak mekap muka pucat la. Tak bersemangat je rasa.
Mekap ikut event je. Kalo shopping dekat-dekat calit lipstik je.
Kosmetik kena beli mahal sikit. Mekap murah nanti muka berjerawat.
Pada aku la, mekap itu perlu kalau pompuan itu rasa dia perlu. Maksud aku kalo muka dia seiras Kak Limah la (kaler putih bibir itam mata lebam). Ramai sebenarnye pompuan yang memiliki muke sebegini (sobss).
Mekap pun kena la ikut kesesuaian tempat jugak.
Kalau setakat pegi Giant pon ko tempek bulu mata Rozigetah Cik Wan ape kes dek oii.
Aku banyak dengar kes suami tak bagi isteri mekap. Aku tak pernah tanya suami orang lain kenapa. Tapi suami aku sendiri kata mekap tu buat setengah orang jadi lagi tak cantik.
Aku setuju.
Kenapa bila Ija Zambry pakai mekap tak cantik macam Lisa Comehani atau Pashah Sendat pakai mekap?
Sebab Ija Zambry takde 'Fifi' (nama sebenar Firdaus) ke, 'Mimi' (nama sebenar Suhaimi) ke, 'Sherry' (nama sebenar Shahril) ke untuk mekap kan.. (mak mintak ampunn buat yang terasa.. peace nyahhh! tapi memang kalau kaum ni mekap monyet pon transform jadi JLo)
Tapi cantik tak cantik, aku tetap gak pakai mekap. Kenapa?
Ayooo muka aku kalo natural dah iras Kak Limah je (kaler putih bibir itam mata lebam).
Jadinye kalo tanpa secalit lipgloss Lipice serta blusher juga eyeliner, aku takut Mr Semtz cari Mrs Semtz nombor 2 umur 20 tahun je (T_T).
Mr Semtz komen? Dia komen dalam hati je hahaha. Ye dia tak suka mekap tebal. Dan aku pun cuba la tak mekap tebal jugak. Sekadar dapat mengaburi mata Mr Semtz yang bini dia ni ada iras Maya Karin cukup la.
Balik keje dah malam, cahaya lampu lak tak seterang matahari, mata Mr Semtz pun dah layu ngantuk, jadi aku pun 'SAFE~!" hehehehe..
Kesimpulannya,
majulah mekap untuk wanita! (hehehe ape la aku merepek ni)
Korang bagaimana?
 |
| Maya Karin |