Tuesday, May 10, 2011

AKU SUKE MEKAP AKU PUNYE SUKE LA

Skrip bukan dalam filem. (Sile baca dengan intonasi keras)

Suami:  Lipstik kecik tu sampai seratus hengget lebih! Duit tu buat beli makanan lagi baik!
Isteri:  Alaaa orang cantik pun untuk abang jugaak!

Isteri:  Abang punye pasal la ni. Nak cepat sangat! Mana nak cari gam bulu mata palsu kat sini?
Suami:  Yang original dah ada elok je tak payah gam, tapi nak pakai yang pelsu tu pehal?


Kalo wat survey pasal mekap.
   
LELAKI :
   Mekap punye harga tak masuk akal betui! Beli sport rim bagi keta cantik lagi bagus!
   Pompuan suke mekap ni pompuan gedik je. Sebab tu aku tak bagi bini aku pakai mekap.
   Cantik asli lagi lawo dari cantik mekap.

POMPUAN :
   Kalo tak mekap muka pucat la. Tak bersemangat je rasa.
   Mekap ikut event je. Kalo shopping dekat-dekat calit lipstik je.
   Kosmetik kena beli mahal sikit. Mekap murah nanti muka berjerawat.


Pada aku la, mekap itu perlu kalau pompuan itu rasa dia perlu. Maksud aku kalo muka dia seiras Kak Limah la  (kaler putih bibir itam mata lebam). Ramai sebenarnye pompuan yang memiliki muke sebegini (sobss).

Mekap pun kena la ikut kesesuaian tempat jugak.
Kalau setakat pegi Giant pon ko tempek bulu mata Rozigetah Cik Wan ape kes dek oii.

Aku banyak dengar kes suami tak bagi isteri mekap. Aku tak pernah tanya suami orang lain kenapa. Tapi suami aku sendiri kata mekap tu buat setengah orang jadi lagi tak cantik.
Aku setuju.
Kenapa bila Ija Zambry pakai mekap tak cantik macam Lisa Comehani atau Pashah Sendat pakai mekap?
Sebab Ija Zambry takde 'Fifi' (nama sebenar Firdaus) ke, 'Mimi' (nama sebenar Suhaimi) ke, 'Sherry' (nama sebenar Shahril) ke untuk mekap kan.. (mak mintak ampunn buat yang terasa.. peace nyahhh! tapi memang kalau kaum ni mekap monyet pon transform jadi JLo)

Tapi cantik tak cantik, aku tetap gak pakai mekap. Kenapa?
Ayooo muka aku kalo natural dah iras Kak Limah je (kaler putih bibir itam mata lebam).
Jadinye kalo tanpa secalit lipgloss Lipice serta blusher juga eyeliner, aku takut Mr Semtz cari Mrs Semtz nombor 2 umur 20 tahun je (T_T).
Mr Semtz komen? Dia komen dalam hati je hahaha. Ye dia tak suka mekap tebal. Dan aku pun cuba la tak mekap tebal jugak. Sekadar dapat mengaburi mata Mr Semtz yang bini dia ni ada iras Maya Karin cukup la.
Balik keje dah malam, cahaya lampu lak tak seterang matahari, mata Mr Semtz pun dah layu ngantuk, jadi aku pun 'SAFE~!" hehehehe..

Kesimpulannya, majulah mekap untuk wanita! (hehehe ape la aku merepek ni)

Korang bagaimana?

Maya Karin









8 respon yang Tuan Kemah dah baca:

Teratak Hami said...

Ija,

Awak pakai makeup jenama apa yang transform jadik Maya Karin tu??

Ija Zambry said...

hikhik cap ayam je. kalo cap mahal2 takut teros jadik JLo muehehehe

makdara TERdiva said...

orang lelaki ni byk yg hipokrit! dia ckp dia tak suka bini mekap cantik2, pakai lipstik merah2 tapi dia suka benau plak tengok lipstik pompuan lain..grrrrr

disebabkan kita takde natural beauty, so kenalah tempek bedak 5 kati utk penyamaran yg sempurna..sob..sob..

Ija Zambry said...

mdt - setujuuuuu sgt! selfish sebenornye. kang bini cantik jeles plak lelaki lain tengok kan kan kan?

Ija Zambry said...

opp lupe plak - bedak 5 kati! hahaha lawok lawok!

Noriz said...

kite nk nampak gojes depan dia pun tak suke ek...klu kite melawo depan org lain kang jeles lak...huhu...
diriku dan make up tak leh di pisahkan ;)

Ija Zambry said...

noriz - hahaha diriku jugaaa! calitttt!

not irene said...

kalau makeup tu membuatkan lagi orang tergila-gilakan bini orang itu hukumnya Haram.

kalau makeup untuk husband sahaja, mengapa tidak makeup dirumah yang mana husband sorang aja yang melihat. kenapa nak jalan jauh2 wat gathering baru nak makeup pakai bulu mata palsu dan gincu MAC? Kalau bukan dengan niat orang lain akan memuji "cantiknya kau senah lagi cantik dari zaman universiti dulu"

tepuk dada sakit
tepuk la akal, tanya iman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggal Link Kat Sini Ye!