Everyday is Mother's Day! WE ♥ U MAK! |
Ya Khaliq, Ya Rahman, Ya Rahim... sesungguhnya hambaMu yang dhaif ini ingin memohon keampunan buat kedua orang tuaku, khususnya buat ibunda ku yang tercinta, kerana tanpanya aku mungkin tidak mampu untuk merafakkan kesyukuran kehadratmu Ya Azim... Andainya Engkau mengurniakan syahid terhadapku, maka ku hadiahkan pahalanya terhadap ibundaku, dan kupohon agar Engkau sentiasa menaungi ibundaku dengan Rahmat dan InayahMu... Panjangkanlah hayat ibunda ku Ya Rahman, agar dia sentiasa memperingatkan aku untuk sentiasa sama-sama bersyukur dan beribadah padaMu, dan penuhilah hari-harinya yang mendatang dengan segala kebaikan yang ada, kerana tiada apa yang dapat aku berikan kepadanya selain doa ini jika membandingkan kasih sayang serta pengorbanannya selama membesarkan aku... Dan sesunggunhnya, tiada satu perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa besarnya jasa ibunda terhadap aku selama ini, dan hanya padaMu Ya Allah aku serahkan segalanya, moga Engkau sentiasa merahmati kedua orang tuaku.... Amin yaa rabbal alamin...
''Seorang pemuda berjumpa dengan Rasulullah S.A.W dan berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah orang yang lebih berhak mendapat layanan dan kasih sayangku? Nabi s.a.w berkata: Ibumu. Kemudian siapa pula? Nabi s.a.w berkata: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa pula? Nabi menjawab: Ibumu. Bertanya lagi beliau: Kemudian siapa? Nabi s.a.w berkata: Bapamu...'' (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
0 respon yang Tuan Kemah dah baca:
Post a Comment