Aku rasa badan lesu je akhir-akhir ni. Kelesuan yang agak melampau jugak la. Pagi-pagi dah rase nak zzzzzzzz padahal malamnya tidur awal giler.
Kelopak mata ni kalo tak kuat semangat memang dah serender melabuhkan tirai mata depan PC pagi-pagi cenggini. Kelam kabut la meeting schedule incek boss aku jawabnye.
Aku ni susah nak rasa letih pagi-pagi. Tapi lepas beranak ni memang selalu mengantuk kat opis waktu pagi. Adehh.. buruk ok imej seorang secretary ngantuk hidang teh Cine kat incek boss dengan mata merah muka sembab (kesan curi landing muke atas meja). Tak vogue tau. Dia pon kompem ngantuk tengok aku.
Aku pikir-pikir kenapa aku lesu semacam ni?
Sebab cuaca panas ke? Mungkin.
Sebab tak cukup tidur ke? Sama je sejak dah ada Mikail ni tapi dulu aku ok je.
Hmmm.. pikir punye pikir aku pon perasan.
Badan aku rasa camni sejak aku stop amik jamu cik Roguy ni.
Aku mula makan jamu cik Roguy ni lepas pantang.
Jangan betulkan mata korang. Memang aku taip LEPAS PANTANG. In fact, 2 bulan lepas pantang.
Aik? Ni bukan untuk orang dalam pantang ke?
Memang le dek non. Tapi aku dilarang makan segala bentuk jamu dalam pantang sebab Mikail preemie. Lepas abis pantang pon aku bf (susu cap gantung lah) Mikail so still tak amik apa-apa jamu (redho je dengan bentuk body yang bisa buat Mr Semtz merintih sedih).
Mikail stop je bf waktu dia nak masuk 4 bulan gitu, aku hilang sabar terus telan 2 jenis jamu sehari.
1 tu jamu apa lagi - Mak Dara ler. Lagi satu yang ni -Phyto Natal. Pagi-pagi telan Mak dara, nak tidur telan Phyto. Gile jamu.
Kesannya?
PANAS! Kulit aku itam terbakor (kite bako! kite bako! ehh melalut)
Heheh acah Mak Enon kelepett.. mana ada itam la. Tapi berpeluh sakan aku hatta tengah termenung kat bilik kecik selama 5 minit (ye la bilik kecik mana ada ekon kan).
Tak tahan panas sangat, aku stop Mak Dara sebab Phyto ni kureng sikit panas (sikit je) dan lebih kepada nak bagi ko yayak dengan lancarnya (ampunnn untuk yang tengah makan sambil baca blog aku).
Aku memang susah yayak lepas beranak. Jadinya bergembiralah usus perut aku selama aku amik Phyto ni. Memang terasa badan semakin ringan. Perut ku ada ilusi kempis sikit di mata aku (ilusi je, realitinya kelepup tu ada gak sikit). Tapi seronok rasa segar dan cargas je hari-hari.
Abis je Phyto, aku tak amik apa-apa dah sebab kekurangan dana dalam bank (sebotol besar isi 180biji aku beli harga RM200, tahan 2 bulan lebih). Mak Dara lak aku stop amik sebab panas sangat sampai muke aku naik jerawat. Tak tau la nape sejak lepas bersalin ni aku tak tahan pulak makan jamu panas. Walhal masa galak nak mengandung dulu aku telan elokkk je.
Bila dah takde jamu, aku telan air kosong je banyak-banyak untuk bantu usus aku. Tapi tu la, jamu jugak yang best. Walopun panas, tapi best. Memang badan rasa lain kalau ada dan takda amik jamu.
Jadinya semalam, aku telah sambar sebotol Phyto yeayy! Aku akan kembali cargas untuk 3 bulan seterusnya weehuuu!
Motif entri ni sebenarnya ehehe, aku nak ajak kawan-kawan aku, sempena menyambut hari panas seMalaysia dengan alang-alang dah berpeluh sakan ni, meh berpeluh lagi dengan JAMU! :-)
Erkk.. kawan kawan aku yang pompuan je ye.. laki-laki kalo panas sangat tak elok wo..terutama yang merancang nak tambah umat tu (nak tau nape, email aku lalalala).
P/S: entri ini bukan iklan Cik Roguy dan aku bukan dealer NR. Kalo nak beli Phytonatal ni cari kat toko-toko jamu berhampiran anda ye. :-)

Mikail melakonkan semula aksi kelesuan melampau mamanye |
P/S: entri ini bukan iklan Cik Roguy dan aku bukan dealer NR. Kalo nak beli Phytonatal ni cari kat toko-toko jamu berhampiran anda ye. :-)
0 respon yang Tuan Kemah dah baca:
Post a Comment