Saturday, April 2, 2011

ENTRI SEMPENA MAHARAJA LAWAK

Ada sorang budak nama Lan. Umur 20-an gitu. 
Dia ni slalu kena buli ngan abg2 dia.
Ada satu waktu tu, 3 beradik ni balik kampung umah nenek depa.
Umah ni besar tak hengat dunia dan selalu mengundang gosip2 citer misteri nusantara di kalangan sepupu sepapat n mak2 sedara depa. Almaklumla, umah kampung.. kejap dengar bunyi sana, kejap nampak bayang sini..
Si Lan ni walaupun penakut tapi agak alim gak la. 
Menurut tinjauan n semakan adik-beradik, dia ni kalo azan or solat memang tahap caiyok la.

Satu ari tengah dia siap2 nak solat Maghrib (ke Isya’, ntah la) kat salah satu bilik umah kampung tu, abg2 dia yg berdua ni siap2 nak Wakenabeb kan dia.
Pintu bilik tu renggang cun2 nampak si Lan ni tengah nk masuk rakaat kedua.
Khusyuk.
Abg nombor satu dah ready ngintai kat renggang pintu, manakala abg nombor dua amik port luar tingkap bilik.

Tiba-tiba..

Tok tok tok! (Bunyi tingkap kena ketuk.)
Takde reaksi.

Tok tok tok! (Lagi sekali test.)
………………………

Dan seperti yang ditunggu2 si abang2, Lan pun…
rukuk – sujud – tahyat - bagi salam – doa - amin! - semua dalam mode fast-forward!

Kelam kabut member ni sembahyang. 
Terbayang ada ‘sesuatu’  kat luar tingkap la tu mlm2 tu.

Si abang berdua ni gelak tak hengat kat Lan lepas sedar yang dia terkenabeb!
Sengih2 je Lan. Lam hati jenuh nyumpah2

 Pas kena gelak, kena kutuk, pastu kena gelak lagi sampai la keadaan reda sikit, abang nombor satu pon tanye la si Lan ni satu soalan..
Abang >     “Ko doa apa tadi Lan? Cepat gile."
Lan >        Heheee..
    “Ya Allah.. MACAM BIASE!"    

 Boleh gitu??

Cerita di atas adalah berdasarkan kisah benar yang terjadi di Kg Ayer Paabas, Alor Gajah Melaka

P/S: ni lawak ulangan dari blog pertama tuan tanah

Friday, April 1, 2011

ENTRI SEMPENA ABPBH


1 hari di bulan Ramadhan
Petang
Dalam keta


180:   Tadi member I offer berlakon iklan.
155:   Iye? Iklan apa?
180:   Entah. Dia suh pi casting.
155:   Bila? Pi la.
180:   Wiken ni. Hehehe. Depa nak local leh cakap Jepun.
155:   Hihi u boley berlakon ke?
180:   Ntah la hahaha.


************************************************************
Beberapa hari lepas tu
Petang
Dalam keta


180:   Agency call la tadi. Ada iklan baru. Depa suh pi casting lagi.
155:   Heh ye? Iklan apa plak?
180:   Ntah. Ni katanya nak terus amik. Tapi still kena casting gak.
155:   Yeke terus amik? Ari tu tak amik pun.
180:   Try je la.


************************************************************
Beberapa hari lepas tu
Petang
X Talent Agency



17X:   U isi borang ni dulu as usual, nanti kita ambik gambar kat dalam bilik tu.
155:   I boleh masuk sekali tak? Nak tengok heheh.
17X:   Boleh. U nak casting sekali pun boleh. Isi borang ni.
155:   Boleh ke? (sengih)
180:   Cett tak malu.


************************************************************
Beberapa hari sebelum Aidilfitri
Petang
Pasar Ramadhan Stadium Shah Alam


155:   Hello mak, kitorang maybe balik pagi raye la mak. Tadi Agency bagitau ada shooting. Shooting waktu malam katanya. Esok dah nak kena fitting baju.
10:   (Suara mak 155) Takpe takpe, tak balik raye pun takpe janji glemer hahahaha!
155:   Hahaha!



************************************************************
Syawal
Malam
Dalam bilik depan TV



50:   (Berita Tivitige)
50:   (Iklan)
155:   Ehh? Ehh! Biiiii!!
180:   ........
155:   ........
50:   (Iklan habis)
155 & 180:  HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA...!!
155:   Hahahaha alaaaa banyak scene kena POTONG! Muke I tak nampak sangattt! Muke u je yang besar!
180:   Hahahahahahaha OF COURSE!!!!!!!!
 --
--

Hehehehe..... kontroversi kejap kat Parlimen, kecoh je kan? Hehehe..

 dan... ini diaaa..

PELAKON IKLAN KONTROVERSI PALING POPULAR
Gambar ihsan Facebook Ija Zambry
muehehehehe...




 









AL-FATIHAH UNTUK ADIK MUNIRAH (periuktanah.blogspot.com)


Terkejut + Sedih + Pilu
Baru kejap ni status Fesbuk Yong tertera ayat:
  Dapat call dari Kak Raihan sekejap tadi.. Munirah dah tak ada.. AL-FATIHAH

Korang baca lah blog entry Kak An di sini.
Gambar itu meruntun jiwa dan naluri hati keibuan aku meraung mengenangkan si comel dah tiada.

Al-fatihah.. Terjamin Syurga buat Munirah InsyaAllah.
Buat Kak An, tabahkan hati, segalanya mengikut perancangan Allah yang mana ianya terbaik buat kita tanpa kita sedari.

(entri ditaip penuh air mata air mata air mata air mata.....)


BURUNG PUN KELUAR SARANG PAGI-PAGI CARI REZEKI, KORANG NI NAK FREE JE KAN?


Sape tak pueh ati kuiz shawl semalam kejap sangat? Ooo meh sini baca ni baik-baik!
Aku maleh la wat kuiz selalu. Kena pikir soalan susah woo (alasan).
Tapi, korang nak hadiah kan?
Haaa..nah hamikk! > Menang Grandstand ticket tengok keta F1 macam pelesit kat Sepang wehh!!

Nak menang duit?
Hamik ni plakk! > Makan burger besorrr menang duit LIMA RATUS HENGGET!! ngaaaaa...!!! (pensan)

Hahaha senang keje aku. Curik contest orang lain.

Tapi kan, aku rasa, tak payah la korang masuk contest-contest ni seme, kalo luck ada -  menang laH, kalo takde - menung laH. So, bek amik jalan senang je register FREE kat sini  (bagitau depa aku yang suruh tau!).
Siyes, tak payah masuk contest leh dapat adiah ari-ari hehehehehehehehehehehe.....

Dah menang / kaya sok jangan lupa aku yekk!
Hihihihi!

Thursday, March 31, 2011

HADIAH DAH ADA PEMENANG DAAA...

Uik baru buat pagi tadi kuiz dah selesai hahaha. Sape menang?
Jeng jeng jenggg.., pemenang bagi kategori awek lawa tercomel jatuh kepadaaaa PUAN NANIE ARIFFIN !! (tepuk amai-amai semuaaa). Kejap jek kuiz ni orang dah teka ek hehehe.

Pada yang belum habis telek-telek tenung-tenung menatang apakah itu, sila lihat di bawah ini:





Anda kenal pakcik Gugel? Yaaa ini Dudel pakcik Gugel untuk hari ini sempena memperingati 200 tahun Birthday Encik pencipta penunu Bunsen (tepuk amai-amai semuaa). Aku suke betol ngan Doodles (baca betul-betul.. duu-dellss ye) nih. Kretif bertempat la depa yang keje Gugel ni. Pandai buat yang lain dari yang lain.

Hoh, ada yang tanya aku buat kuiz ni apesal? Aik! Tak boleh ke? Kena ada sebab ke? Takde sebab tak boleh ke?
Heheh ada sebab2nye...
Satu - Aku nak galak orang pakai tudung heheh
Dua - Aku saje nak sedekah jariah ari Khamis heheh
Tiga - Aku punye suke la, aku punye blog hehehe

Disklemer: Ika dari Radiusite TAK PERNAH suruh aku pomot blogshop dia kay. Jangan korang pi serbu dia nak pomot blog dapat tudung free lak ye hehehe.

Sekian kuiz ari ni.. Kalo ada rezeki lain aku buat lagi ye.
Korang bagitau je nak hadiah apa heheh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggal Link Kat Sini Ye!