Thursday, June 2, 2011

AYAM GORENG CICAH CILI KICAP KELAPA KETUK-KETUK

Dialog petang semalam dalam keta nak balik rumah.

Aku:  Pa, nak makan apa? I dah suh bibik keluarkan ayam tadi.
Dia:  Ayam goreng!
Aku:  Haa? Je? Makan ngan apa?
Dia:  Cicah ngan  kicap, bawang, cili padi pastu kelapa apa tu.. ala kelapa ketuk-ketuk tu.. apa tu?
Aku:  Kelapa ketuk?
Dia:  Alaa yang kelapa ketuk-ketuk tu (buat aksi tumbuk lesung)
Aku:  Kerisik la.
Dia:  Haaa! Perhhh..
Aku:  Lerr.. tu je? Tak kering ke takde kuah? Idea lain?
Dia:  Alaa kang I cakap kang u kata leceh nak buat.
Aku:  Apanya?
Dia:  Ayam masak kurma.
Aku:  Kurma? Beli kentang la jap. Sejak bila u minat kurma? Betul ni kurma?
Dia:  I cakap je.
Aku:  Adehh...

Sudahnya ini yang terjadi malam semalam.
(Sila tatap gambar untuk memotivasikan rembesan saliva, terima kasih)

tumbuk semua sampai lumat

tambah garam pastu gaul pastu goreng

AYAM GORENG HALIA BEREMPAH

nak jugak kurma kann

KURMA TELUR DENGAN KENTANG

make sure bawang basuh bersih, cili padi basuh bersih, kelapa ketuk-ketuk tak hapak

CICAH CILI KICAP DENGAN KELAPA KETUK-KETUK


Nota periuk:
Mulai semalam kerisik juga dikenali sebagai kelapa ketuk-ketuk dalam kamus dapur rumah aku.

Nota periuk 2:
Mr Semtz memang lemah tatabahasa Bahasa Melayunya - tumbuk jadi ketuk, ye dia orang Melayu.




15 respon yang Tuan Kemah dah baca:

chichi said...

kelapa ketuk ketuk tu mcm kerisik kelapa je kak...

Kakzakie Purvit said...

Dah jadi isteri mesti tahu waima apa juga bahasa yg digunakan oleh suami.

Mesti selera sunguh makan malam tadi.

bujal X said...

jin 2 beradik~~he~~

chichi said...

ooohhh..lupa baca nota periuk 1.
baiklah saya terima

Ija Zambry said...

> chichi - haaa perasan pon hehe

Ija Zambry said...

> kakzakie - insyaAllah kak, setakat ni selagi dia guna bahasa melayu memang saya paham le :-]

Ija Zambry said...

> bujal x - frasa glemer kat kedai runcit/pasar kampung teman. senang.

wahida said...

wallaweh...sedapnya ayam goreng berempah ko...harus aku nak buat jugak nnt ni...

Dr K said...

amboiiii..dua dua sekali dia buat..isteri mithali ni... :)

Ija Zambry said...

> wahida - cube jgn tak cube, tak sedap jgn hentak aku. hoh kena buat disclaimer la pasni lepas entri masak2 - 'kesedapan resepi tiada jaminan, segala kerugian adalah tanggungan pembaca'. bole? :-)

Cik Ina Do Do Cheng said...

ko masak pun ganas, nanti cik ina bolehlah cilok resepi ko yang mengcongkam kat sini. sama-samalah kita meningkat kerajinan masak, cam menteri perusahahan wanita tak?ko memang isteri mitahali kan.kemas rajin tak? cik ina malas.

Ija Zambry said...

> daddy ziyyad - ahem. itu laa jasa seorang isteri. hari-hari pening pale pikir menu tau. dah dpt idea pon pening pale gak haisy. tak caye tanye mummy ziyyad.

Ija Zambry said...

> cik ina - saya suker masak sekarang sebab ada bibik tolong kemas hehehehehehe.

Teratak Hami said...

Ija, pandainya awak masak guna jin 2 beradik, bijik ketumbar bagai. Dapur akak ada jugak benda2 tu tapi dah bertahun tak disentuh.

Ija Zambry said...

> kak aja - hamtam saja ni labuuuu :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggal Link Kat Sini Ye!