Wednesday, March 30, 2011

IKUT MUKA SAPE LA KO NI MIKAIL OII!

Okeh tamat sudah episod mak buyung dan episod ngeri di bilik beranak. Buat mak-mak buyung di luar sana selamat mengusung perut dan selamat melahirkan zuriat yang sihat dan sempurna ye!

Ramai yang tanya aku adik Mikail bila pulak? Hamboiii (cekak pinggang angkat kening kanan), kasik can laa Mikail manja-manja dengan papa mama dia duluuu. Lagipun Dr Siti dah pesan ngan kitorang "2 tahun ye!" ngeeee! Err diskaun 1/2 tahun la ye Dr Siti. Saya ni dah kategori makcik-makcik dah (budak-budak sekolah rendah takdek yang panggey 'akak' dah aisehhh..). Dah nak ekspayed dah ni. Tsk. Jamu Mak Daraaaaaa!!!!!

Ok, ekceli kalau ikut plan blog ni, aku nak citer episod-episod menarik masa Mikail dalam pantang. Macam mana mak ngan aku jaga si kenit tak cukup bulan ni, dengan jangkitan paru-parunye, dengan jaundice selama sebulannye, dan perkembangan badan aku Mikail sampai sekarang ni. Tapi macam maaaaalas la plak tehehehee.. KECUALI ada yang bertanya laa. Boleh ada yang tanya, baru aku jawab okeh!

So, selamat menonton muka-muka Mikail yang aku sengaja tepek kat sini untuk tontonan umum (kalo ada mak buyung nak tatap bagi kenan pun bulehh hihih.. ni kecik-kecik je muke ala baby Korea/Jepun, besor sok ada iras-iras Jastin Bibir ni sebab mama hari-hari natap JB kat wallpaper PC ofis lalalalala).
Ramai kata ikut muka mama, tapi akhir-akhir ni aku perasan dia dah mencondong ke arah iras muka papa pulak (alamak tarik tarik idung Mikail kasik mancung balik!)
















Muka sapa korang rasa?
Nak pic latest leh tengok kat Fesbuk Ija Zambry ye! (hehehe, meh jadi kawan fesbuk saya meh)






1 respon yang Tuan Kemah dah baca:

mzhany said...

olololooo comeynya mikail nih, geram tgk pipi tuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggal Link Kat Sini Ye!