Monday, June 6, 2011

MENYAMAR

Ada 2 orang sahabat, Ali dan Abu.
Dua-dua main bola wakil kampung depa, Kg Jeram.
Ali goalkeeper dan Abu defender.

Satu hari ada perlawanan bola antara Kg Jeram dengan Kg Bukit.
Kg Bukit menang 10 -1 .
Si Ali dan Abu kena boo dek orang kampung.
Mana pegi kena baling telur.

Ali ngan Abu nekad nak menyamar supaya orang kampung tak kenal.

Esoknya Ali keluar pakai jubah macam Syeikh Arab.
Tengah jalan ada sorang nenek tegur, "Eh Ali!"
Ali terkejut lari balik rumah, 'Aiseh, orang kenal gak la. Tukar gaya'

Esoknya Ali keluar rumah pakai topi koboi dengan misai palsu.
Tengah jalan Ali perasan dari jauh nenek semalam.
Ali cuak.
Nenek makin dekat dan, "Eh Ali!"
Ali terkejut lagi terus tanya, "Macam mana nenek kenal saya ni?"
Nenek jawab, "Ni aku la. Abu."

Moral entri: buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali, eh-eh tetiba je kan.

Nota tumit:  Selamat Hari Isnin! (nguap)



14 respon yang Tuan Kemah dah baca:

Kakzakie Purvit said...

Hahaha.... hasil dari sesama menyamar....

Cik Ina Do Do Cheng said...

itulah yang yang cik ina nak cakap, tiba-tiba je. entry ni, cik ina ingat cam ko tengah mengeram ngan seseorang. cik ina paling setuju tentang buat baik berpada pada, sebab cik ina dah banyak kali terkena terlampau buat baik tak berpada pada, akhirnya makan diri sendiri.

bujal X said...

fakta ~kampung jeram dan kampung bukit memang berjiran dan wujud dialam nyata.

cuma nama kampung bukit tu ada tambahan.

kampung bukit kuching~haha~`

Dr K said...

kira hebat lah samaran si Abu jadi nenek, sebab Ali tak perasan langsung! ~haha

Ija Zambry said...

> kakzakie - sorang terer, sorang fail hehe

Ija Zambry said...

> cik ina - mak aihh cam ahlilnujum la cik ina haha. tau2 je ada agenda tersembunyi lam entri ni alamak obvious ke hahaha? tu la kan.. nak ckp direct kang terasa lak. pakai kias je le huhuh. baik sgt pon tettt, jahat sgt lagi tettt!

Ija Zambry said...

> bujal x - biar betul? haha mungkin siempunye citer ni memang penduduk asal salah satu kampung kott. saye copy paste je dari emel ni ha.

Ija Zambry said...

> daddy ziyyad - tu la, sorang terer, sorang failed! hehehe

Unknown said...

haha...nak menyamar jadi apa ye?
N3 telor juga korang basuh telor tak sebelum masak?

Ija Zambry said...

> leyzajamil - ala takyah menyamar.. org baling telor sambut le leklok wat masak lauk

uncle gedek said...

Kah kah kah...!

Pecah perot!

chichi said...

hahahahah..bang bang boom

Anonymous said...

haha! nak menyamar jugaklah.. :D

Anonymous said...

tambah sikit lagi..selamat berpuasa..eh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggal Link Kat Sini Ye!